Berita kematian Kim Jong Il, apakah reaksi pemimpin dunia?

Kematian Kim Jong Il akibat serangan jantung.

Kim Jong Il pemimpin Korea Utara

Kim Jong Il pemimpin Korea Utara

Dunia dikejutkan dengan kematian pemimpin diktator Korea Utara iaitu Kim Jong Il pada usia 69 tahun akibat serangan jantung ketika didalam perjalanan menaiki keretapi pada hari Sabtu jam 8.30pagi waktu tempatan. Tampuk pemerintahan beliau akan diambil alih oleh anak lelaki beliau iaitu Kim Jong Un yang berusia awal 20an. Korea Utara telah melancarkan ujian peluru berpandu jarak dekat pada hari pengumuman kematian Kim Jong Il sebalik menafikan ia adalah reaksi berita kematian.

Reaksi pemimpin dunia mengenai berita kematian Kim Jong Il

Rumah Putih berkata Presiden Barack Obama bercakap dengan rakan sejawatannya dari Korea Selatan dan telah mengesahkan komitmen AS untuk “kestabilan di Semenanjung Korea, dan kepada kebebasan dan keselamatan sekutu kami.”

Di Korea Selatan, Presiden Lee membatalkan semua acara yang dijadualkan. Majlis Keselamatan Negara Korea Selatan telah bermesyuarat pada hari Isnin dan meletakkan tentera Korea Selatan pada isyarat kecemasan dengan peningkatan pengawasan udara di sepanjang sempadan Korea Utara.

Di Tokyo, Perdana Menteri Jepun Yoshihiko noda mengadakan mesyuarat dengan penasihat kanan untuk merumuskan tindak balas terhadap kematian pemimpin Korea Utara.

Agensi berita rasmi China, Xinhua, berkata pegawai-pegawai di Beijing tertekan dengan berita kematian Kim Jong Il dan menawarkan takziah kepada rakyat Korea Utara. China dianggap sekutu rapat Korea Utara dan juga rakan perdagangan.

Pelik dengan negara-negara yang bermusuhan dengan Korea Utara ini seolah-olah “double standard” berbanding tekanan kepada negara Iraq yang pernah diperintah oleh Sadam Hussein dengan mengenakan sekatan ekonomi. Mereka juga meminta negara Iraq untuk membenarkan International Atomic Energy Agency (IAEA) memeriksa loji-loji nukear yang didakwa membangunkan senjata nuklear. Akhirnya gagal ditemui.

King Jung Un akan mengambil tapuk pemerintahan selepas kematian Kim Jong Il

Kim Jong Il bersama anaknya Kim Jong Un

Video watak Kim Jong Il didalam Team America I’m so Ronery.

 

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • yoonshik91 December 23, 2011 at 8:34 am

    Komunisme pengasasnya adalah karl max,seorang yahudi… tengoklah,bagaimana yahudi telah membuat kerosakan di muka bumi. Yakinlah,kegelapan malam pasti akan berlalu,dan fajar baru akan menyinari bumi ini.dengan cahaya Islam,kerana Islam itu datang daripada Allah,Tuhan yang menjadikan manusia dan seluruh alam ini.

  • yoonshik91 December 23, 2011 at 8:29 am

    Firman Allah taa’la yang bermaksud:
    Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yang lain daripadaku; oleh itu, wahai Haman, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yang tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yang dikatakannya itu); dan sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yang berdusta”.
    Dan berlaku sombong takburlah Firaun dan tenteranya di negeri itu dengan tiada alasan yang benar, dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.
    Dengan sebab itu Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim. (Al-Qasas 28:38-40)

  • zulkbo December 21, 2011 at 6:57 pm

    salam…
    pemimpin dunia lain saya tak pasti..
    yang pasti pemimpin negara kita ada
    menghantar kawat Takziah melalui
    wisma putra..

    Kim Jonh 2 telah meninggalkan
    anaknya yang nampak lebih
    berkaliber dari beliau..selain
    berpelajaran dan ini akan membawa
    satu pembaharuan pada negara
    Korea Utara di masa hadapan

  • kios obat December 21, 2011 at 2:51 pm

    pokoknya penggantinya itu harus lebih baik lagi dari dia…

  • ohcikgu December 21, 2011 at 12:33 am

    orang amerika mesti suka hati bila kim jong ii ni dah takde..
    ohcikgu recently posted..Harimau Muda mengamuk. Kalahkan Central Coast Mariner (4-1)My Profile

    • akubiomed December 21, 2011 at 1:25 am

      Tetapi perlu diingat anak mendiang Kim Jong Il baru sahaja umur 28 tahun mengambil alih tampuk pemerintahan negara Korea Utara. Tidak pasti corak pemerintahan beliau ini lagi.

      • hafizmd December 21, 2011 at 8:22 am

        Graduan sekolah tentera dan pandai dalam beberapa bahasa asing. Kita tunggu apakah anaknya ni dapat kurangkan ketegangan atau menambahnya.

        Menarik juga dinasti pemerintahan di korea utara =)
        hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #1 Masuk anginMy Profile

      • shaharil December 25, 2011 at 10:58 am

        Hebat. Pada usia muda sudah menjadi presiden.

        • akubiomed December 25, 2011 at 11:20 am

          Sudah macam disnati pula yang mana kuasa diwarisi.

  • hafidz December 20, 2011 at 11:23 pm

    gugurnya seorang pemerintah komunis dan lahirnya pemerintah komunis muda yang baru. kita lihat bagaimana pemimpin muda ini memerintah negaranya… Dan pemimpin2 negara lain pasti ada sesuatu yang bermain difikiran mereka untuk merancang sesuatu.
    hafidz recently posted..Adidas Vespa PK LoMy Profile

    • akubiomed December 21, 2011 at 1:27 am

      Banyak perkara yang tidak ketahui pemimpin muda Kim Jung Un selain beliau menuntut pengajian di negara Switzerland.

      • hafizmd December 21, 2011 at 8:23 am

        sekarang, pak2 sedara, mak sedara dan yg terdekat adik ipar bapak dialah yg menjd tukang penasihat…
        hafizmd recently posted..Celoteh Kakak #1 Masuk anginMy Profile

  • Denaihati December 20, 2011 at 9:45 pm

    anak dia sangat muda dan kurang pengalaman, ini mungkin yg dirisaukan sangat. aku pun xfaham sangat pemerintahan komunis ni.

    • akubiomed December 20, 2011 at 11:16 pm

      Ada betul apa yang diperkatakan oleh bro kerana pada usia muda sudah memerintah negara yang mempunyai kekuatan tentera dan senjata nuklear.

  • b3njy December 20, 2011 at 9:41 pm

    Betul tu broo banyak kuasa besar double standard iraq dan korea utara.
    b3njy recently posted..CERITA OMBAK RINDU VERSI BLOGGERMy Profile

  • b3njy December 20, 2011 at 9:40 pm

    Diharapkan pengantinya seorang yang masih muda lebih bersikap positif dan mementingkan keamanaan.
    b3njy recently posted..CERITA OMBAK RINDU VERSI BLOGGERMy Profile

    • dnoBiz December 20, 2011 at 10:19 pm

      aku takut lebih agrasif je..
      dan yang paling menakutkan ialah takut dia jadi boneka kepada mereka yang dibelakang tabir..
      dnoBiz recently posted..Pelajar Biadap – UPSI siasat pelajar ‘biadab’My Profile

      • akubiomed December 20, 2011 at 11:14 pm

        Saya bimbang pemimpin baru ini dilantik terus seperti dinasti berbanding Kim Jong Il melalui banyak proses sebelum menjadi pemimpin. Berkemungkinan orang muda lebih agresif.

  • b3njy December 20, 2011 at 9:39 pm

    Benjy rasa korea utara tu amat di takuti kerana mempunyai payung china… kalau tak dah lama kena bedal dahhh …
    b3njy recently posted..CERITA OMBAK RINDU VERSI BLOGGERMy Profile

  • b3njy December 20, 2011 at 9:38 pm

    Nampaknya negara2 ni sangat takut dengan korea utara daripada negara2 di arab.
    b3njy recently posted..CERITA OMBAK RINDU VERSI BLOGGERMy Profile

    • akubiomed December 20, 2011 at 11:13 pm

      Mungkin negara barat pun takut jentik Korea Utara kerana ia mendapat sokongan sekutu kuat daripada negara China.

      • hafizmd December 21, 2011 at 8:25 am

        mungkin juga, sbb China dah jadi kuasa besar ekonomi sekarang…takleh nak buat lebih kurang

  • b3njy December 20, 2011 at 9:37 pm

    Benjy pun pelik juga kenapa negara2 ni risau pula … tak kanlah sudah sekian lama korea Utara tu tak serang mana2 negara tetiba pula nak serang …
    b3njy recently posted..CERITA OMBAK RINDU VERSI BLOGGERMy Profile

  • yas December 20, 2011 at 6:18 pm

    Bapak dia mati je terus anak dia sambung…pas tu terus test dgn peluru berpandu….lain macam je pemimpin yang baru nih….tang sikap double standat negara2 barat tu aku dah tak heran bro…masa perang korea dulu, tak de keputusan…dua2 menang…dedua kalah…kalau depa nak test lagi sekali dgn korea utara…aku rasa rakyat derang nanti yg mengamuk…pemimpin barat skg dok sibuk jaga kerusi memasing…panass…
    yas recently posted..Terima Kasih Cahaya Cinta – Hadiah dari Teman BloggerMy Profile

    • akubiomed December 20, 2011 at 11:11 pm

      Ujian peluru berpandu pendek sebenarnya ada maksud simbolik. Tidak pasti presiden muda ini dapat berlembut dengan negara barat.

  • Kimmy December 20, 2011 at 6:03 pm

    Kalau saya…errr..tunggu dan lihat..hehe

  • shraqs December 20, 2011 at 5:45 pm

    Dah sampai masa dia. yang merisaukan sekarang ni camana la pulak corak kepimpinan si anaknya tu. Masa depan rakyat dia tu….

    • akubiomed December 20, 2011 at 11:09 pm

      Kuasa ditangan orang muda faham-fahamlah.

  • blackrosehunter December 20, 2011 at 5:35 pm

    muda kot anak dia nak jadi presiden..

    • akubiomed December 20, 2011 at 11:09 pm

      Anak mendiang presiden baru umur 28tahun.

      • blackrosehunter December 20, 2011 at 11:22 pm

        pengalaman belum cukup untuk memerintah negara yang besar.

  • maza December 20, 2011 at 4:54 pm

    …reaksi rakyat malaysia; hujan sebegini sedap makan ubi rebus, cicah sambal tumis dgn kopi 0 kaw satu kali….

    pasal Kim Jong IL, dah mati, kebumikan ajelah… ahaks.. hehehehe (petanda rakyat malaysia tak kisah)

  • faiz December 20, 2011 at 4:47 pm

    dieorng akan merasa takut bila pepimpin yg byk bg faedah dieorng meninggal..

  • wahida December 20, 2011 at 4:45 pm

    tgk kat berita semlm ramai betul rakyat dia menangis…

  • suri December 20, 2011 at 3:41 pm

    bila bermusuhan jdilah begini..kelak rkyt pula bakal jdi mangsa

  • Affan Ruslan December 20, 2011 at 1:58 pm

    Double standard? Biasalah tu.

    Ada tgk video rakyat die meratap kematian die. Sampai camtu sekali ye taksub. Bila tgk video tu, teringat satu lagi video yg dilihat minggu lepas atau dua minggu lepas mengenai ketaksuban org2 syiah kepada presiden mereka, presiden syria (kalau tak silap). Diorang siap cakap diorang sembah pemimpin diorang no 1, sembah Allah no 2. Na’uzubillah, sampai camtu sekali fanatik
    Affan Ruslan recently posted..Kos Haji Semakin Rendah Dengan DinarMy Profile

    • blackrosehunter December 20, 2011 at 5:33 pm

      uish..teruknya..orang kat negara kita pun ramai juga yang taksub kat pemimpin..

      • akubiomed December 20, 2011 at 11:04 pm

        Boleh timbul perkara syirik kerana menduakan Allah.

    • akubiomed December 20, 2011 at 11:07 pm

      Perkara ini berlaku kerana dari usia muda telah diterapkan ideologi supaya menghormati pemimpin sehingga satu tahap menganggap pemimpin itu sebagai tuhan.

      Kalau zaman pemerintahan Saddam Hussien kebencian terhadap Amerika hingga muka Bush dibentuk dari lantai mamar supaya dipijak-pijak.

      • blackrosehunter December 20, 2011 at 11:21 pm

        muka Bush memang layak pun dipijak, bro..kejam sangat..jahat..

  • Norizwan December 20, 2011 at 1:44 pm

    huru-hara dibuatnya yerk…

  • puanbee December 20, 2011 at 1:02 pm

    kelam kabut juga seluruh dunia ye ..

    • akubiomed December 20, 2011 at 11:03 pm

      Sudah tentu kerana kekuatan tentera dan teknologi nuklear mampu mengacam dan Korea Utara mendapat sokongan dari negara tanah besar China.

  • tehr December 20, 2011 at 12:58 pm

    aku tak biasa dengan korea utara ni
    selalunya yang popular korea selatan je

    • akubiomed December 20, 2011 at 11:02 pm

      Banyak perkara dunia tidak didedahkan mengenai apa yang berlaku di negara Korea Utara ini tapi apa yang mengkagumkan mereka mampu milik loji nuklear.

  • Belajar SEO December 20, 2011 at 12:35 pm

    yang paling perlu dilihat responya pada kejadian ini adalah Amerika…kita lihat saja nanti bagaimana kelanjutan dan perancangan yang dibuat sekutunya…

    • akubiomed December 20, 2011 at 11:00 pm

      Sudah tentu pihak Amerika akan melindungi rakan sejawat mereka iaitu Korea Selatan.

  • kimmie December 20, 2011 at 11:41 am

    kematian pemimpin sesebuah negara pasti memberi kesan kepada negara tersebut dan negara yang mempunyai hubungan baik dgnnya.

    • akubiomed December 20, 2011 at 10:59 pm

      Kalau macam ke kematian pemimpin Korea Utara memberi kesan kepada sekutu kuat mereka dan juga rakan dagangan terbesar iaitu negara China.

  • eLLy December 20, 2011 at 11:31 am

    Pemimpin Korea saya tak kenal .. tapi klu pelakon Korea saya sangattt kenal :p

    In conjunction of my 4th Blog anniversary … Nak RM40?

    • akubiomed December 20, 2011 at 10:58 pm

      Yang mana satu artis K-Pop yang eLLy minat? :-)

  • ciksembang December 20, 2011 at 10:56 am

    rakyat nya menangis teruk dengan kematian pemimpin mereka sebab mereka menganggapkan pemimpin ini seperti Tuhan mereka

    • suri December 20, 2011 at 3:43 pm

      rakyat terllu sykan pemimpin entah akan dtg sapa plk yg memegang tampuk pemeritahan ini yer huu..

      • akubiomed December 20, 2011 at 10:57 pm

        Kuasa pemerintahan sudah macam ada dinasti daripada datuk ke ayah kemudian ke anak.

    • akubiomed December 20, 2011 at 10:56 pm

      Betul tuh ada yang menganggap pemimpin sudah sebagai tuhan sepatutnya kita menjadikan tauladan jangan terlalu taksub dengan pemimpin.

  • anif December 20, 2011 at 10:00 am

    Apa pun pasaran saham memberikan respon negatif terhadap kematian Presiden Korea Utara. Mungkin penganalisa pasaran menjangkakan ketidakstabilan akan berlaku dalam jangka masa terdekat.
    anif recently posted..Playstation Vita – Penyelamat Sony?My Profile

  • ZoOL December 20, 2011 at 7:31 am

    aku ingatkan Perang Dunia Ke-3 tak lama lagi.. hehe.. tapi org takut dgn negara komunis ni, tentera diorg antara ke-4 terkuat di dunia ni.. pasal tu Korea Selatan, Jepun & US amik langkah berjaga2..
    ZoOL recently posted..Plastic Pulse for Windows 7 [Desktop]My Profile

    • akubiomed December 20, 2011 at 10:55 pm

      Kalau buat dia buat gila lancar peluru perpandu nuklear tidak haru rantau asia. :-(

  • Ekspresi Ruang December 20, 2011 at 7:26 am

    komunis atau kapitalis barat yg bertelagah, hakikatnya umat Islam yg mati tersepit di tgh2.
    Ekspresi Ruang recently posted..Bang Boom Lamp Oleh Ingo Maurer: Typography Komik Dalam Bentuk 3DMy Profile

    • akubiomed December 20, 2011 at 10:54 pm

      Sebenar idelogi dan fahaman politik berasal dari barat. Mereka yang banyak memesong negara didunia dengan ideologi yang akhir mengancam kestabilan sesebuah negara.

  • tips December 20, 2011 at 4:56 am

    ‘Kepop’ tu dekat Korea Selatan yek? Utara ni > komunis, kan…??

    • akubiomed December 20, 2011 at 10:51 pm

      He..hee..betul tuh K-Pop berasal dari Korea Selatan mana kala Korea Utara adalah sebuah negara komunis.

  • Juan December 20, 2011 at 4:32 am

    xtau la reaksi pemimpin dunia, tp bagi saya kematian pemimpin besar korea utara pasti merubah landskap suasana di semenanjung korea, kita akan lihat apa perancangan dan hala tuju yg akan dibawa oleh anak pemimpin korea utara, adalah mengikut cara bapanya atau sebaliknya….

    • akubiomed December 20, 2011 at 10:50 pm

      Anaknya kom Jong Il baru 28tahun. Negara barat bimbang beliau lebih agresif kerana perwatakan muda beliau mengerak semua program nuklear.

Trackbacks
  • Filem Korea My Way mesti tonton March 23, 2012 at 12:20 am

    [...] mengenai konflik rumahtangga dan kekeluargaan. Sedikit sebanyak saya dapat memahami sosio budaya rakyat Korea Selatan ini.Sinopsis filem Korea My WayFilem Korea My Way berdasarkan kisah benar. Jun Shik yang bekerja [...]

  • Disebalik negara Korea Utara December 21, 2011 at 12:50 am

    [...] sudah biasa dengan kehangatan K-Pop di Korea Selatan tetapi tidak ramai yang tahu apa yang ada disebalik negara Korea Utara. Video YouTube yang bakal ditunjukkan tentu menimbulkan pelbagai soalan yang bakal bermain dikepala [...]