Anak-anak gembira dapat berbuka puasa di kampung.
Semalam saya dan famili menunju ke selatan tanah air untuk balik kampung. Kami bertolak agak lewat kira-kira jam 6.30 petang kerana ada beberapa tempat yang perlu singgah diantaranya membeli kuih untuk juadah berbuka didalam kereta dan melapor balai polis mengenai tempoh meninggal rumah.

Abang Long berbuka puasa didalam kereta
Buat pertama kalinya kami anak beranak berbuka didalam kereta. Apabila sampai Taman Rimba Templer Park saya terus masuk untuk mendapatkan port yang sesuai berbuka puasa. Tidak jauh beberapa meter dari kereta kami ada famili turut berbuka didalam samar-samar Mahgrib.
Saya kemudiannya singgah rumah orang tua saya di Bangi. Sempat juga berjumpa anak buah perempuan pertama yang semakin membesar. Isteri saya mengirim beberapa biskut Raya untuk ibu saya dan persalinan untuk kedua orang tua saya.
Seterusnya saya meneruskan perjalanan ke selatan tanah air tanpa ada masalah kesesakkan sepanjang perjalan cuma agak terkilan ada pengguna yang mementingkan diri sendiri mengunakan lampu HID hingga mengganggu tumpuan pemanduan.
***************
Hari ini buat pertama kali berbuka puasa di kampung bersama ipar duai selain anak beranak bagai sebuah famili yang besar. Boleh dikatakan meriah dengan lauk pauk yang banyak berbanding kami di rumah bersederhana sahaja.

Pinjam buaian sepupu untuk baby Aslah

abang long periksa lampu minyak tanah

Gelagat abang Ngah menunggu masuk waktu berbuka puasa
AkuBiomed: Kehangatan menyambut Hari Raya semakin hari semakin terasa hanya menanti kemunculan bulan Syawal.



lama ko cuti ni hee… ker smggu cutinya mgu dopan mula keje?
yaho meriahnya cam umh mak mertua sy lagaknya juadah btk org ramai heee
meriah bila dpt berkumpul sama ni
mesti meriah bila waktu berbuka puasa beramai ramai tu
Selamat hari raya n maaf zahir batin utk bro sekeluarga.
abg ngah menahan kesabaran..hehe
Jebeng Otai™ recently posted..Selamat Kembali
Wah semua anak lelaki ke? best lah nampak bahagia je
Bila ramai anak lelaki faham-fahamlah memang riuh rendah rumah.
belun girl sure smpi mlm pok pek nyer heee
meriah betul hidangan berbuka puasa~
hafidz recently posted..Aidilfitri di 1 Syawal 1433 Hijrah
Tu le pasal meriah je tgk
Selamat hari Raya bro….:D, sambut raya kt Johor ke???
yas recently posted..GAMBAR SITI NURHALIZA TEST KERETA DI JPJ
Bukan Johor tetapi Melaka.
Orang melaka ke bro? ke rumah isteri?
wah,da sampai d kg da. alhamdulillah.
apa pun,salam lebaran buat bro AB dan family. ampun dan maaf d pnta ya andai ada tersinggung perasaan :p
Sudah sampai. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.
mkn ramai2 mmg best hee…
amboi..sampai empat kaler air dia tu..hehehe..
Pak saudara belanja untuk anak-anak buah.:-)
Semangat nak berbuka ke biomed? hehe
wahhhh dah sampai kampung halaman yer…tentu best kan…
Sudah tentulah best.:-)
Raya mcmana pulak best ke?