Apple melancarkan iPhone 4S

Akhirnya teka-teki sudah terjawab Apple melancarkan iPhone 4S

Ramai yang berteka-teki mengenai gajet kegilaan dunia dan pesaing kepada Samsung Galaxy S II yang sudah menjangkau 10 juta penjualan. Spekulasi mengenai rupa bentuk dan ciri-ciri yang terkini yang dibangunkan oleh Apple yang di terajui oleh Tim Cook.  Ternyata semua sangkaan mengenai iPhone 5 meleset.

Gajet iPhone 4S adalah penambahbaikan kepada iPhone  4 yang ada dipasaran seperti yang pernah dilakukan kepada iPhone 3G kepada iPhone 3GS.

iphone 4sciri ciri iphone 4s

Beberapa ciri-ciri baru yang ada pada iPhone 4S

  • Siri – adalah adalah suara sintesis yang mempunyai kebolehan menerima arahan suara pemilik. Pemilik hanya perlu arahan suara untuk menghantar sms, menjadual mesyuarat, membuat panggilan dan memberitahu keadaan cuaca. Siri seolah-olah memahami dan memberi maklum balas setiap arahan pemilik

  • Dikuasakan A5 dual core memberi kepantasan ketika melancar aplikasi dan bermain games dan penjimatan kuasa bateri.
  • Kamera 8 Mega piksel memberi hasil kualiti kepada gambar yang diambil
  • Kemampuan merekod video HD 1080p.
  • IOS5 mengantikan IOS4 rujuk sini
  • iCloud menyimpan semua maklumat dan kandungan secara virtual . Sambungan wayar tidak diperlukan.

Get the iPhone 4s with iDiGi88 today!

p/s: Sedih iPhone 3G semakin terpinggir apabila iPhone 4S dilancarkan

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • bEe October 18, 2011 at 1:58 pm

    Merosot penjualan utk apple…..

    • akubiomed October 18, 2011 at 11:30 pm

      Khabaran penjualan Apple 4S luar jangkaan

  • New Monitor review 2011 October 13, 2011 at 10:20 pm

    Bagus tuhhh,,,,, benar benar mantapppp abies !!!!!!!!!!!!!!

  • nizamghazi October 10, 2011 at 10:12 pm

    Kemampuan merekod video 1080p tu yg buat sy sgt tertarik selain design n lain2 features

    • akubiomed October 11, 2011 at 1:24 am

      Kualiti HD lagi tuh. Tidak salah sudah ada external hardware yang boleh dipasangkan pada iPhone untuk ditukarkan menjadi kamera DSLR dengan memasang lensa Nikon atau Canon

  • MR.Z October 8, 2011 at 1:59 am

    nampak macam tidak banyak improvement yang dapat dilihat. mungkin ada yang masih menunggu iphone 5 dilancarkan dengan harapan major upgrade dilaksanakan.

  • Fahmi Raazali October 7, 2011 at 6:56 pm

    Lagi canggih handphone, masin mahal pula harganya. Bilalah boleh memiliki gadget canggih-canggih macam iphone agaknya… :-)
    Fahmi Raazali recently posted..Gembirakan Diri SendiriMy Profile

  • tehr October 7, 2011 at 2:00 pm

    sehingga penciptanya meninggal dunia pun aku masih tak mampu miliki iphone
    huhu

  • Dulu Lain Sekarang Lain October 7, 2011 at 9:10 am

    pandang-pandang..jeling-jeling jer.. Nak angkat tak boleh lagi ehhh :D

  • Norizwan October 7, 2011 at 1:16 am

    terus terang tak suka brand apple hehe…

  • faizul October 6, 2011 at 9:57 pm

    Rasanya ini memang plan Apple sebelum dilancarkan iPhone 5. Lagipun iPhone 4s ni lebih diutamakan kepada ‘speed’ dan penambahbaikan sahaja. Tiada apa yang baru jika di bandingkan dgn iPhone 4. Saya dah lost interest dgn iOS ni. Apsal ntah.

    • akubiomed October 7, 2011 at 12:21 am

      Saya miliki iPhone 3G generasi ke 2 dan iPhone 4S saya tidak melihat setakat pembangunan hardware semata-mata. Aplikasi seperti SIRI ,iCloud dan OS5 tidak boleh dipandang rendah kemampuannya kerana ia adalah teknologi dan trend masa hadapan. Developer lain cuba lakukan apa yang Apple telah lakukan awal dulu tetapi gagal seperti skrin sentuh PDA perlu guna Stylus dan Table PC Windows menjadi sampah kerana ia tidak sebaik iPad.

  • nadri October 6, 2011 at 7:40 pm

    dgrnya iPhone 4S banyak terima kritikan..featurenya tak byk beza dgn iPhone4…

    • akubiomed October 7, 2011 at 12:22 am

      Kalau perbezaan hardware akan memberi respond negatif tetapi aplikasi ada yang baru diperkenalkan seperti SIRI dan iCloud

  • Khidhir October 6, 2011 at 7:34 pm

    jgn sedih2 ye. kalau dikejar gajet2 ni semua, mmg boleh bankrupt kita. oh, mungkin sy je. huhu
    Khidhir recently posted..Pastikan RSS Feed Anda Tidak Mengandungi JunkMy Profile

  • Mekar October 6, 2011 at 7:19 pm

    Gadjet2 macam ni bukan keperluan utama saya. Setakat ni tak pernah teringin pun gadjet canggih-manggih ni. pakai mana yg ada jer :-)

  • Izwan October 6, 2011 at 6:29 pm

    pasni mesti iPhone 4 jatuh harga.. ok lah tuh leh merasa pakai smartphone.. hahaha
    Izwan recently posted..Kanak-Kanak Tak Perlukan PopularitiMy Profile

  • Pacifista October 6, 2011 at 6:09 pm

    dengar kata saham Apple jatuh mendadak selepas pengumuman iphone4s ni.tambah pulak steve job dah meninggal.makin jatuh la saham diorang tu…
    Pacifista recently posted..Tahukah Anda: Lalat Oh Lalat…My Profile

  • bEe October 6, 2011 at 5:21 pm

    Nasib bEe ni bkn jenis hantu dgn gadget
    kalau tidak…… asyik kos melepas selalu :-P

  • Juan October 6, 2011 at 3:11 pm

    nak tau harga dia jer

  • W.R October 6, 2011 at 2:42 pm

    ramai yang kecewa dgn iPhone 4s ni..sbb ramai yg ternantikan iPhone 5…:)

  • eiela October 6, 2011 at 2:36 pm

    cantik jugak nih. tengok je la dulu, nak pakai takde keperluan plak.
    eiela recently posted..Tiada Lagi GravatarMy Profile

  • chii October 6, 2011 at 12:54 pm

    best gak kalo dapat angkat satu

  • suri October 6, 2011 at 12:36 pm

    ketahanan btri tahan lama mmg best dok le keje kita ayik nak mencucuk jer hee…
    warna putih mmg ctik

  • adele October 6, 2011 at 12:14 pm

    cepatnya dah kuar yg latest kan..tp iphone ni sesuai utk org yg dah berkerjaya..student sgtlah tak sesuai :D

    • bEe October 6, 2011 at 2:10 pm

      Adele,
      Ayat koman seorg student :-P

      bEe dulupun mcm tu gak… (padahal RM takde!) hahahaha

  • pipoq October 6, 2011 at 11:53 am

    best memang best..tapi harga dia pun best jugak tu..

  • sweet October 6, 2011 at 10:33 am

    wahh bestnya.. malaysia price ?

    • suri October 6, 2011 at 12:44 pm

      ada? mmg tak der klu nak ada kena bli kena simpan duit heee..klu tak der usaha tgok jelah org pakai hee…

  • anif October 6, 2011 at 9:30 am

    Rasanya berita kematian Steve Jobs lebih sensasi daripada majlis pelancaran iPhone ini…
    anif recently posted..Steve Jobs, 1955 – 2011My Profile

    • akubiomed October 6, 2011 at 11:10 pm

      Sudah tentu, kerana personaliti dan reputasi Steve Jobs

Trackbacks
  • [...] iTunes. Peminat boleh memuat turun kandungan media berupa video, muzik dan applikasi terus ke gajet Apple mereka. iTunes bertindak sebagai satu pusat pengkalan kandungan media digital dan applikasi boleh [...]

  • [...] sudah tiba masanya menunaikan janji yang telah dikota. Agak terlewat keluar hari ini kerana tunggu iPhone di caj untuk digunakan twitter mengemaskini aktiviti yang berlaku di PDN.Sampai sahaja sudah [...]