Bermacam watak cosplay anime dapat jumpa di AniManGaki
Sudah beberapa kali berhajat untuk menghdiri event Cosplay Malaysia tetapi terlepas. Melalui entri di Broframestone dapat mengetahui penganjurang AniManGaki 2014 di Sunway Pyramid Convection Center. Acara AniManGaki berlangsung selama 2 hari bermula 9 sehingga 10 Ogos 2014.
Boleh tahan ramai pengunjung dengan mengayakan cosplay watak mereka minat. Kreatif juga mengenakan pakaian cosplay dengan pelbagai gaya dan posisi kita diminta untuk mengambil gambar. Memang sempoi cosplay ini.
Pentas utama AniManGaki.
AniManGaki Idol tempat menunjuk bakat menyanyi.
Johan Yusof menyanyikan La la la love song nyanyian asal Kubota Toshinobu. Lagu ini pernah popular sekitar 90an dan dijadikan lagu tema drama Long Vacation lakonan Takuya Kimura dan Tomoko Yamaguchi
Ada booth Doujin dimana ada jualan untuk pengunjung antaranya khidmat lakaran, pakaian cosplay, game, patung dan bermacam lagi.
Pameran koleksi patung anime yang comel.
Beberapa watak cosplay yang berjaya dirakam oleh lensa saya.
Diluar dewan ada permainan kad. Memang leka diorang bermain kad.
Boleh bersaing main game
Tiket masuk sehari RM15 dan 2 harr berharga RM25. Walaupun begitu diluar dewan ada juga booth dan aktiviti yang tidak kurang hebatnya.
Boleh layari laman rasmi AniManGaki untuk mengetahui aktiviti sepanjang 2 hari –> AniManGaki
ada sorang member ni cina, minat dgn cosplay ni…
nama page dia “Nelissa Luffy T”
comel gak.. tapi klu diri sendiri nk try, mmg lari bapak den.hahah
saya x tahu pula kalau kat Malaysia ada buat juga, tp jauh la saya nak datang situ, hehee
Sudah banyak kali AniManGaki dianjurkan di Malaysia. Saya baru ini dapat pergi.
anak saya takut tengok gambar zombi itu hu…
Solekan Zombie nampak realistikkan.
frust xde gambar kakashi ni….hehehe..
tak pernah lagi nak join anime cosplay ni….
Ada cuma saya tidak snap gambarnya. 🙂
err..star wars kira anime ke? hehehe
di Malaysia masih kurang yg cukup berani nak bercosplay beria ria.. kalau di jepun diorang selamba naik train.. dan sangat sporting siap bergambar dengan orang lain..tapi rasanya cosplay dah makin mendapat sambutan kat malaysia.. sebelum ni kurang.. sekarang dah makin dapat coverage media berbanding dulu..
Mula-mula rasa janggal juga mungkin di Malaysia ada kelonggaran sedikit.
menarik.. saya suka spiderman tu..
Kostum Spiderman memang terbaik.
ngeri aku tengok…kalau jumpa confirm aku lari walaupun cuma make up jer…
Kalau terserempak tidak cukup tanah lari ketakutan.
wah best juga ni kalau dapat pergi, asyik tengok gambar jer hehehe
Tujuan ke sana untuk snap gambar. Misi tercapai.
wah best gila heeee…untunglah sebab dapat ke sana
Kebetuan hari Sabtu tak ada aktiviti ambil peluang untuk ke AniManGaki di Sunway Pyramid.
Dulu memang minat dengan anime ni. Sekarang ni dah slow pulak tengok. Kalau tak bleach, full metal alchemist memang jadi kegemaran.. Bankai!! Hehe
Saya pun jarang menonton anime sekarang ini.
Nasib baik ler time kawe kat KL itu hari mende ni belum start, kalu tak sure anak2 kawe suruh berkhemah kat sana sehari suntuk. 😀
Memant tahu bro IsmailN mesti pergi kalau masih lagi berada di Semenanjung.
Wah..anime..kalau dekat mesti dah pegi ni..
Macam-macam cosplay boleh jumpa. 🙂
Memanh minat dgn anime ni…kalau ada peluang memang pergi punya
Harap suatu hari akan ada event anime untuk peminat di Johor.
Sibuk sket sekarang..kalau tak..memang nak pegii
Minat juga anime.
saya minat tengok2 begitu saja…
kalau adik ipar, memamng peminat anime
Ada anime yang saya minat menonton dan ada yang tidak.
Alamak..seram gak tengok muka cam tu…haha….kalau malam2 pakai macam ni, memang pengsan tak terkata dah ni..hehe
Serius menakutkan kalau terserempak zombie tersebut.
Sebelum ni selalu juga tengok dalam web mengenai event cosplay macam ni, tapi tak pernah tahu bila diorang anjurkan. Seronok bila tengok peserta sungguh-sungguh dengan make up dan pakaian untuk sama dengan watak yang mereka cuba tiru.
Peminat cosplay bersusah payah memakai cosplay watak yang mereka sukai.
nampak star wars pun ada tu
Mencari juga cosplay watak-watak Star Wars.
suka kalau dapat pergi mesti agaknya saya akan ambil gambar tanpa henti