Amoi sorak jejaskan fokus pasukan bola tampar Yaman

Pasukan bola tampar pantai lelaki Yaman salahkan amoi sorak kerana kalah.

amoi sorak

Berita jumlah pengutan pingat emas sukan Asia di Guangzhou China menjadi tarikan terutama dengan kehadiran pasukan dari Malaysia yang turut bertanding didalam beberapa acara yang dijangka menyumbangkan kilauan emas.

Semalam; 20hb Nov 2010) menyaksikan regu sepak takraw kempunan membawa pulang pingat emas dengan gelaran Raja Sepak Takraw masih kekal milik Thailand. Semalam menyaksikan pasukan sepak takraw terpaksa berpuashati dengan meraih pingat perak setelah gagal memecah kebuntuan memecah tembok pasukan dari negara gajah putih itu.

Pasukan badminton negara yang dijangka meraih pingat emas melalui beregu Koo Kien Keat-Tan Boo Heong gagal menunduk juara Olimpik dari Indonesia iaitu Markis Kido-Hendra Setiawan dengan berpuas hati pingat perak. Aku sempat mengintai disebalik laptop dengan tangan asyik klik mouse membersihkan error web crawler di dalam Google Webmaster yang berjumlah sebanyak 2k++ error.  Nak patah jari dibuatnya asyik copy dan paste url error yang sejumlah banyak itu. Terima kasih pada Kulanzsalleh kerana memberi tip membuang Error 404 yang menjejaskan trafik ke blog dan bot web crawler meng-indek

“Kehadiran mereka memberi impak besar kepada cara kami bermain,” kata pemain bola tampar pantai Yemen, Adeeb Mahfoudh

Pada mula aku tidak kisah sangat untuk memasukkan entri kegedikan amoi gadis sorak berpakaian bikini kerana ia pernah dibicarakan didalam surat khabar Harian Metro beberapa hari lalu dan hari ini  diruangan Bicara dari Guangzhou. Pasukan bola tampar pantai lelaki dari Yaman  telah menyalahkan kegedikan amoi sorak menyebabkan mereka hilang fokus dan kalah pada tangan Indonesia .

pasukan bola tampar pantai wanita

Didalam pada itu pasukan bola tampar pantai wanita negara Luk Teck Hua-Beh Shun Thing telah membuat kejutan dengan mara ke suku akhir setelah mengalahkan pasukan ranking ke-16 dunia Kazakhstan. Harap pasukan bola tampar pantai wanita negara dapat mencipta sejarah di sukan Asia dengan membawa pulang pingat emas. Hari ini juga menyaksikan pertembungan badminton perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada acara akhir bagi penentuan pingat emas  atau perak yang sudah tentu didalam gengaman. Jika Datuk Lee Chong Wei berjaya menundukkan Lin Dan dihadapan penyokong tuan rumah akan melakar sejarah  baru bagi mengakhiri kemarau 40 tahun selepas kali terakhir Datuk Punch Gunalan  telah memenangi pingat emas pada Sukan Asia 1970.

Sempena cuti akhir tahun yang sudah bermula aku ingin megambil kesempatan mengucapkan selamat menjadi raja sehari kepada bekas  sekerja dan pasangannya yang bernikah Jumaat baru ini dan adik aku yang akan melansungkan perkahwinandengan jejaka pilihannya  dari Sabah.

p/s: Streamyx agak slow beberapa hari ini jangan terkena macam malam tadi anak aku tutup suis modem Wifi :-)

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • fendidahada December 2, 2010 at 1:42 am

    alasan munasabah ke tak ni..kakaka…pasni nak menang susun model tepi padang..confirm lawan terleka..kekeke

    • akubiomed December 2, 2010 at 10:56 am

      Susun gambar model actual size keliling padang buat pagar :-)

  • keenan salim December 1, 2010 at 11:24 am

    Aku pon tak mampu melawan pihak lawan cam amoi ne,gerenti tersungkur,,huhu
    keenan salim recently posted..Get Personal Christmas Gifts For Your WifeMy Profile

    • akubiomed December 1, 2010 at 11:41 am

      Mana taknya tentu tak terangkat bola tampar kerana memerhati amoi beraksi

  • akubiomed November 27, 2010 at 10:38 pm

    Alah asalan jer tuh lain kali kena biasakan semasa buat latihan :-)

  • Faarihin November 26, 2010 at 6:20 pm

    Dugaan yang sangat kuat bagi mereka.. huhuhu..
    Faarihin recently posted..Bara Cinta Canberra Di Bumi CintaMy Profile

  • suri November 25, 2010 at 12:05 pm

    aduh tak pasal2 dah terkutipn zina adeiii…sakit mata suri..

  • fitri November 25, 2010 at 11:21 am

    diorang tak biasa tgk pemandangan macam tu kat negara diorang..sekali tengok terus tergugat..hahaha
    fitri recently posted..Jom Baca Al-Quran Dengan Quran Flash!My Profile

    • akubiomed November 25, 2010 at 12:49 pm

      Kita jangan lihat didalam kelompok kita sahaja. Cuba fikirkan sejenak umat islam yang berada dinegara seperti Amerika dan Eropah yang majoriti beragama kristian. Bayangkan godaan dan cabaran mereka menjalankan ibadah mereka disana kalau nak dibandingkan negara yang majoritinya islam.

  • Anwar Osman November 24, 2010 at 2:33 pm

    sian depa. mmg sah ilang fokus tu, x pernah nampak ramai amoi2 gedik.
    Anwar Osman recently posted..Kaspersky Antivirus 2010 License Update using 2011 License CodeMy Profile

    • akubiomed November 25, 2010 at 12:30 am

      Kalau nak ikut arab pun lebih moden kat Malaysia. Pengalaman saya di Beirut Lubanan subahannallah kena kuat iman memang moden sungguh yang pakai litup pun lawa ini kan yang bergaya gaya Eropah

  • Ismail N November 24, 2010 at 12:32 am

    Ha ha.. teringat aku iklan Myeg. “Amoi, cukai jalan…” :D
    Ismail N recently posted..Hoki Sukan Asia 2010 – Malaysia Tewaskan India 4 – 3My Profile

  • mijie November 23, 2010 at 11:39 pm

    bola tampar pantai kalau pasukan wanita bertanding memang kecoh kat ofis aku, hehe
    mijie recently posted..Cik Shida dari paritMy Profile

  • akubiomed November 23, 2010 at 11:13 pm

    Saya baru balik dari bengkel ‘Human Factors Techniques To Human Error in Healthcare With A Special Focus On Medical Devices oleh Dr. Anthony Easty. Secara ringkas didalam satu point yang dibentangkan saya tertarik dengan memang fitrah manusia susah hendak mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan kekadang tidak sedar dan sengaja bahawa ia telah melakukan kesilapan. Hinggakan ditegur baru sedar dan untuk mengaku kesilapan yang dilakukan memerlukan kekuatan untuk mengakunya :-)

  • yanmie November 23, 2010 at 12:59 pm

    Salam, adoiii hahhaa blh pulak buat alasan mcm tu ye :P

  • donny November 23, 2010 at 12:39 pm

    haha.. amoi tu memang kacau betul..

  • hafidz November 23, 2010 at 10:37 am

    dah kalah tuh ada jer alasan hihi :P
    hafidz recently posted..Kord Gitar – Couple – Love You YesMy Profile

  • Bijen M. November 23, 2010 at 10:31 am

    Kazakhstan kalah tu sebab tengok amoi Malaysia pula.
    Ha ha ha.
    Bijen M. recently posted..Kejadah busana muslimahMy Profile

    • akubiomed November 23, 2010 at 10:19 pm

      Bukan pasal amoi Malaysia tapi gadis sorak kejohanan. Mereka ni buat pertunjukkan diwaktu rehat permainan :-)

  • Hadi Rofiee November 23, 2010 at 7:23 am

    Huhu, mungkin sebahagian daripada taktik & strategi. ;-)

  • Norizwan November 23, 2010 at 1:36 am

    adoi…sbb amoi dia salahkan, wat malu jerla….hilang gentle…memang patut kalah pun…

  • dnoBiz November 23, 2010 at 12:04 am

    nasib baik bukan aku yang main,
    kalau tak mau aku berhenti main dan join pom pom girl tu :D
    dnoBiz recently posted..Peluang Perniagaan – Berani Untuk Gagal- Tapi Beranikah Untuk Hilang My Profile

    • akubiomed November 23, 2010 at 12:28 am

      Kalau dah jadi pemain pasukan tentu negara tentu dah hantar balik :-)

  • Mohd Hafiz November 22, 2010 at 11:50 pm

    amoi cantik…. :)

  • Farahwahida November 22, 2010 at 10:56 pm

    alasan jer tu..hehehe
    Farahwahida recently posted..Cara Mudah Print Screen Dengan ScreengrabMy Profile

  • Pencacai Alim November 22, 2010 at 10:49 am

    dh kalah mcm2 alasan
    Pencacai Alim recently posted..Lucah itu indahMy Profile

    • akubiomed November 22, 2010 at 9:18 pm

      Biasalar tuh tapi jadi atlet kena tahan telinga ada yang kata pergi melancong

  • Ladfe Amir November 22, 2010 at 10:04 am

    alasan sebab kalah. tapi elok juga ada alasan.

    • akubiomed November 22, 2010 at 9:18 pm

      Berat alasan kalau kalah sebabkan perempuan tapi kira okay dibandingkan pasukan bola sepak Korea Utara yang kalah masa Piala dunia, dengar kena hukuman kerja berat. Tak tahu benar atau tidak

  • hafizmd November 22, 2010 at 7:10 am

    amoi gedik….adui…tapi aku rasa pemain tu bergurau saja…hehe…mungkin pemain yaman terasa ada ‘gangguan’ luar…menjerit2…tu yang hilang fokus tuh…
    hafizmd recently posted..Pendidikan seks tahun depan- apa pandangan andaMy Profile

    • akubiomed November 22, 2010 at 9:16 pm

      Jerit-jerit tu biasa kalau hendak dibandingkan dengan crowd penyokong bola sepak

  • zik November 22, 2010 at 2:30 am

    lee chong wei kalah… 3 set… last set tuh… sayur lah pulak…
    zik recently posted..Lee Chong Wei sekadar Perak- perseorangan badminton lelaki Guangzhao 2010My Profile

    • hafizmd November 22, 2010 at 7:09 am

      tak larat dah dato’ LCW nampak gayanya..huhu…apa2pun..tahniah juga buat Dato’
      hafizmd recently posted..Pendidikan seks tahun depan- apa pandangan andaMy Profile

      • akubiomed November 22, 2010 at 9:15 pm

        Mungkin prestasi tak sampai benchmark sebab dengar dia kurang sihat masa game berkumpulan bermula

    • akubiomed November 22, 2010 at 9:15 pm

      Kena terima jer lah memang kebal si Lin Dan nih

  • Panduan Buah Pinggang Sihat November 22, 2010 at 12:51 am

    Tapi betul juga bro.Kalau dah perempuan cantik pakai pulak bikini tergedik-gedik memang ganggu konsentrasi.

    Lelaki mana yang tak terliurkan.Kalau tengah memandu pun boleh langgar tiang telefon dibuatnya.
    Panduan Buah Pinggang Sihat recently posted..Air kencing anda berdarahWajib baca ini!My Profile

    • akubiomed November 22, 2010 at 9:13 pm

      Itu baru nama lelaki sebenar ada nafsu :-)

      • Panduan Buah Pinggang Sihat November 23, 2010 at 6:38 pm

        Itulah masalah yang melanda umat kita sekarang ni.Bila wanita dah tiada perasaan malu dan berlumba mendedahkan aurat.

        Maka disitulah akan lahirnya masalah perzinaan,buan anak dan bermacam-macam gejala lagi.Sebab Nabi ada bersabda:

        “Wanita itu tiang negara,kalau baik maka baiklah negara itu,kalau rosak maka runtuhlah negara itu”

        Lihatlah sekarang akan kebenaran sabda Nabi.
        Panduan Buah Pinggang Sihat recently posted..Ketahui Tahap Kreatinin Melalui Ujian DarahMy Profile

  • kulanz November 22, 2010 at 12:36 am

    Alasan yang munasabah.. tapi sapa suruh tak kawal mata tu, hehehe
    tempat aku skrg ni pun streamyx lembab sangat..
    kulanz recently posted..Badminton Sukan Asia- Datuk Lee Chong Wei vs Lin DanMy Profile

    • akubiomed November 22, 2010 at 9:13 pm

      He..hee.. dari mata turun ke hati :-)

  • syahrilhafiz November 22, 2010 at 12:09 am

    biomed2..auwww..haha!
    crawler tu nasib dah kurang dalam blog saya…
    syahrilhafiz recently posted..Gandingan Photoshop dan Shutter Edit GambarMy Profile

    • akubiomed November 22, 2010 at 9:12 pm

      Boleh tahan penat jari nak lik satu-satu clear error

      • syahrilhafiz November 22, 2010 at 10:19 pm

        ha itu la pasal..
        nasib saya punya dah kurang
        ala awal2 je lepas ni
        fuh,laju je …=)

  • tehr November 21, 2010 at 11:31 pm

    alasan je tu
    tak pandai menari, dikatakan lantai jongkang jongkit :)
    tehr recently posted..Kilat Seminggu CintaMy Profile

  • anif November 21, 2010 at 10:22 pm

    Penonton/Penyokong biasanya menaikan semangat pasukan/pemain yang disokong.. tetapi bagi pihak lawan tentunya ia merupakan “gangguan” :)
    anif recently posted..Blogger Tegar – Siri 8My Profile

    • akubiomed November 21, 2010 at 10:40 pm

      Kalau game tenis dan golf biasanya penonton lebih berdisiplin dengan senyap apabila pemain beraksi. Penyokong bola sepak kalau senyap rasa pelik juga

  • sumpit November 21, 2010 at 8:24 pm

    ada jer alasan mereka
    sumpit recently posted..Pengalaman Menemani Isteri Bersalin Part 1My Profile

  • suffer8zine November 21, 2010 at 7:18 pm

    alahai amoi, hekkk

    Panas!!! : ENTER
    suffer8zine recently posted..Selamat Hari Raya Aidiladha 1431HMy Profile