Aktiviti hujung minggu dengan membersih kebun.

Aktiviti hujung minggu dengan mesin rumput di kebun.

Cuti hujung minggu saya habiskan dengan aktiviti membersihkan kebun orang tua di Bangi. Menebas pokok-pokok yang mula meninggi dan menganggu pandangan. Pada masa sama bertujuan keselamatan terutama binatang liar dan berbisa berselindung disebalik semak pokok.

aktiviti hujung minggu dengan memotong rumput

Kalau sebelum ini saya ada menyebut entri pemanas badan mengenai majlis rumah terbuka last kopek dan majlis perkahwinan sempena cuti panjang sambutan Hari Malaysia. Saya memilih mengurus hal keluarga dengan membersih semak samun dan memotong rumput di kebun orang tua.

mesin rumput sandang

Mesin rumput sandang

Didedahkan kerja kampung seawal belasan tahun.

Ketika umur belasan tahun lagi arwah bapa saya telah mengajar saya melakukan kerja-kerja kampung seperti menebas lalang mengunakan parang panjang dan sabit. Sehingga satu ketika saya mengkaji teknik menebas rumput supaya rumput yang dipotong pendek dengan pengunaan tenaga yang efisien. Saya juga disuruh kutip buah koko, buat kelapa kopra, menarik getah skrap. Saya sudah dibiasakan dengan kerja-kerja kampung walaupun dilahirkan sebagai anak orang bandar tidak dimanjakan. Tapak tangan saya menjadi kasar dan kematu.

mesin rumput sandang

Berbalik mengenai pengalaman memotong rumput di kebun orang tua dengan mengunakan mesin pemotong rumput sandang. Terus terang ia adalah pengalaman pertama kali bagi saya mengunakan mesin pemotong rumput tersebut kalau sebelum ini saya hanya dibenarkan mengunakan sabit sahaja.

Saya bernasib baik kerana manual mesin rumput ini masih lagi ada jadi dapatlah saya membaca cara pengunaan dan bancuhan minyak dengan minyak 2T. Mesin pemotong rumput arwah bapa saya mengunakan bancuhan 500ml minyak dan 1 penutup minyak 2T. Bancuhan ini perlu digoncangkan sebelum dituang ke dalam tanki mesin.

tangki minyak

botol bancuh minyak dan 2T

Botol bancuh minyak dan 2T

Pada mula saya mengunakan tali sebagai pemotong tetapi hasil pemotongan rumput mengecewakan seolah-olah tidak lut. Atas nasihat isteri menukar tali pemotong kepada pisau pemotong rumput kerana rumput yang menebal. Perasaan bimbang tetap hadir dengan keselamatan diri walaupun memakai kasut keselamatan dan ia adalah pertama kali saya mengunakan mesin rumput sandang ini.

cakera pemotong rumput

tali pemotong rumput

pisau pemotong rumput

Alhamdulillah saya dapat menguasai pengunaan mesin rumput sandang dengan masa singkat tanpa ada risiko kemalangan dan bahaya yang boleh mengundang kecelakaan kepada diri sendiri.

Kasut keselamatan

Ibu saya menjadi mandur tidak rasmi untuk mengarah kawasan rumput yang perlu dipotong kalau dibiarkan saya habis semua tempat saya kerjakan. :-)

AkuBiomed berehat selepas habis potong rumput

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • hairulafiz November 8, 2012 at 12:57 pm

    rajinnyer….

  • Kamal Mustafa September 25, 2012 at 10:50 am

    Kalau rmh berkawasan luas selalunya kat kampung memang kono rajin bersihkan kalau tak banyaklah penunggunya.Cam kito yang duduk rmh teres nie tanah pun dah takdo huhuhu
    Kamal Mustafa recently posted..Pertama Kali Menjejakkan Kaki Di Kuantan, Pahang Darul MakmurMy Profile

    • hairulafiz November 23, 2012 at 4:30 pm

      yela kalau mesti semangat dia lainkan. ni rumah teres nak tanam serai pun malas

  • suri September 23, 2012 at 12:08 pm

    mula2 jer tak biasa klu dh lama tak buat keje2 kg lama2 buat jadi biasa blh senyum smbil mencangkul..menebas pokok bagai

  • suri September 23, 2012 at 12:03 pm

    byj projek hee bro anak yg tua dari kluga tu ker? sb lagak dia cm bang long saya

  • Mekar September 22, 2012 at 4:38 pm

    Bertuah mak akubio dapat anak yg boleh membantu.

    Aktiviti mcmni bagus selain dpt membersih kawasan, ia juga dapat mgeluarkan peluh jantan
    Mekar recently posted..Ayuh Kitar Semula Barang TerbuangMy Profile

    • suri September 23, 2012 at 12:05 pm

      semua toksid dpt d singkirkan secara semulajadi

    • suri September 23, 2012 at 12:06 pm

      kak mekar anak2 besar mmg tu tugas mrka berbakti pd kedua ibu bapa selgi mrka ada. mmbantu bg ringankan beban mrka.. bukan takat bg wet tu hujung bulan tapi kasih syg harus mesra dan mewangi sllu

  • Hairul Hissam September 21, 2012 at 3:52 pm

    kalo duduk bandar mcm saya, mmg tak merasalah aktiviti menebas rumput mcm nie.. satu aktiviti yg menyihatkan tubuh badan… :D
    Hairul Hissam recently posted..Petua Ubat Gastrik | Dugaan Kedua Rumah BarukuMy Profile

  • Zarul Umbrella September 19, 2012 at 11:09 pm

    hoho ngeri gak nengok bilah pemotong tu..kot2 tercabut melayang kena kaki

  • KiD September 19, 2012 at 10:24 pm

    waaaaahhhh… ini sudah boleh jadi hang kebun! :)
    KiD recently posted..MARI KREATIF BERSAMA ASTRO SEPTEMBER INIMy Profile

  • Hairul Azni September 19, 2012 at 6:11 pm

    Ketar-ketar tangan dah hilang ke bro?.. :-)

  • bitt September 19, 2012 at 5:50 pm

    best wooo tak payah p gym!

  • daddydee September 19, 2012 at 3:10 pm

    pakai pisau kena hati-hati sikit la…kalau lalai parah akibatnya…

    yang tali tu lebih safety tapi tu lah dah tak lut nak buat camne…

  • irsah September 19, 2012 at 12:01 pm

    Yer memang betul.. rumput kampung /kebun memang lain macam dengan rumput bandar. Kekadang tali pemotong memang tak lut.

    p/s: nampak betol keletihan dalam pix last….
    irsah recently posted..Legoland Masuk Percuma Untuk Blogger Sepanjang TahunMy Profile

  • ProfHariz September 19, 2012 at 11:32 am

    Rajin bro mesin rumput. Tapi skrg pakai cable tight ja senang.

  • CMRatu September 19, 2012 at 9:12 am

    bestnya ada kebun sendiri… saya duduk rumah pangsa, jgnkan kebun nak tanam apa pun tak boleh.. hehe
    CMRatu recently posted..Petua melayan kerenah anak kecilMy Profile

  • nurmisnan September 19, 2012 at 9:05 am

    Har3.. tangan sampai kematu ekkk brother.. biasalah. Itu sbb kena pakai
    sarung tgn. Teringat abangah memesin rumput dihalaman umah mak
    sampai menggigil tangan dia sampai kemalam.. agakya terikut mesin bergegar.. har3
    nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #59My Profile

  • Dulu Lain Sekarang Lain September 19, 2012 at 5:27 am

    Aktivit sihat dan wajar di contohi.

  • pipoq September 19, 2012 at 2:35 am

    yang berderet kat belakang tu tunggu masa je nak gantikan tugasan ayahnya..hehehe

    • suri September 23, 2012 at 12:12 pm

      sambil semyum akan ckp tgu cuti pnjg blh biki ar heee

  • kimmie September 18, 2012 at 11:49 pm

    aktiviti sihat ni, banyak mengeluarkan peluh…sesekali berkebun seronok juga

  • donnyien September 18, 2012 at 11:34 pm

    aktiviti yang memberi kepuasan selain asyik menghadap komputer. memang bagus untuk kesihatan. gambar terakhir tu terbaik la bro hehe

  • Norasikin September 18, 2012 at 11:26 pm

    Depan rumah saya pun nak kena tebas jugak ni. tolong boleh?

  • Reena September 18, 2012 at 11:20 pm

    Fuhhh… boleh bayangkan kepenatan menebas. Selalunya, saya tolong jugak. Tolong tengok. Hehehe…

  • hafidz September 18, 2012 at 11:10 pm

    memang best ada kebun/tanah ni. macam2 boleh buat.
    hafidz recently posted..Malaya ke MalaysiaMy Profile

  • lewisdotmy September 18, 2012 at 8:46 pm

    sekali sekala berkebun menyihatkan badan kita juga
    lewisdotmy recently posted..Pelancaran Motorola RAZR i Dengan 2GHz IntelMy Profile

  • azura September 18, 2012 at 8:40 pm

    oh ada kebun kat bangi rupanya

  • Iffah Afeefah September 18, 2012 at 7:29 pm

    heee seronok jugak skali skale berkebun

  • Hazmin Hamudin September 18, 2012 at 6:50 pm

    Sekali sekala berkebun dan menebas rumput pasti mendatangkan kepuasan setelah melihat hasilnya. Memang best kalau ada tanah sendiri yang luas, boleh juga bercucuk tanam.

  • LM September 18, 2012 at 5:41 pm

    Saya x pandai guna mesin rumput, dulu praktikal kami diajar tp saya x sudi x belajar. Mcm berat je sy tgk.. Pastu tk berani cuba

  • anif September 18, 2012 at 5:04 pm

    Kalau dah tebal sangat tumbuhan yang hendak ditebas tu memang kena pakai “blade” :D
    anif recently posted..Malu Bertanya Sesat JalanMy Profile

    • Norasikin September 18, 2012 at 11:28 pm

      kalau pakai tali tu, potong rumput padang bola boleh la

  • lepakk.com September 18, 2012 at 2:38 pm

    Bagus la rajin … saya ni jgn kata kebun..tanah pun tak ada :D

    • akubiomed September 18, 2012 at 4:57 pm

      Walaupun sekangkang kera?

      • Norasikin September 18, 2012 at 11:28 pm

        sekangkang kera kat umah saya pun tak terjaga

    • Hazmin Hamudin September 18, 2012 at 6:51 pm

      Sama la kita ni.. Rumah sekarang ni semua bersimen je.

  • Juan September 18, 2012 at 2:12 pm

    best la bro ada kebun sendiri, apa apa pun ni sebuah aktiviti yg sihat

    • akubiomed September 18, 2012 at 4:58 pm

      Adalah tanah untuk berbakti. :-)

      • Norasikin September 18, 2012 at 11:29 pm

        nak tanam apa tu bro? lapang je tanah tu saya tengok

  • tehr September 18, 2012 at 1:56 pm

    Ni kalau bawa nasi be al ma an ramai2 dalam kebun memang best ni, bro
    Nak pula Ada anak sungai berdekatan
    Hehe

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:00 pm

      Nasi Be al ma an tu apa bro? Pertama kali mendengarnya. Dulu sebelum ada rumah diatas tanah ini hanya ada pondok. Memang seronok makan beramai-ramai semua lauk pauk yang bawa jadi sedap. :-)

      Malangnya kebun ini tidak mempunyai air kecuali dihujung tanah agak berair.

      • Hazmin Hamudin September 18, 2012 at 6:52 pm

        Kalau tanah yang ada sungai memang seronok untuk berkelah. Tapi kalau takda sungaipun kalau pokok dan merimbun pun seronok juga untuk berkelah.

      • Norasikin September 18, 2012 at 11:32 pm

        nasi bekal makan ramai-ramai kot. mesti ada sesuatu sangkut kat keyboard bawah huruf K tu

  • cikgu naman September 18, 2012 at 1:49 pm

    terbaik…pernah dengar ayat ‘ajarlah anak umpama ayam kampung, jangan ajar macam ayam daging’..hehe

    bolehla ambil kontrak tebas rumput/semak samun ni..;p

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:01 pm

      Menarik perumpaan yang diberikan. Ada hikmah sebalik arwah bapa saya menyuruh buat kerja-kerja kampung.

    • Norasikin September 18, 2012 at 11:34 pm

      ayam kampung lagi mahal dari ayam daging bro.. jangan pulak ajar macam ayam serama. Walaupun paling mahal tapi tak leh buat apa

  • baguznet September 18, 2012 at 1:41 pm

    tak pernah lagi potong rumput guna mesin, apatah lagi jenis sandang. Nak gak belajar tapi tak tau camne nak mula belajar…
    baguznet recently posted..Makhluk Perosak Roselle in ActionMy Profile

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:02 pm

      Mesin rumput jenis sandang ini berkuasa kalau tak hati-hati boleh mengundang kecederaan.

      • Hazmin Hamudin September 18, 2012 at 7:21 pm

        Risau juga bila menghampiri orang yang memotang rumput ni. Risau batu atau segala benda terpelanting kena kita.

  • hafizrahim September 18, 2012 at 1:39 pm

    bila cuti panjang, saya selalu guna mesin rumput ni untuk potong rumput kat kampung..bergetar habis badan..lepas habis potong pun still gigil-gigil jari..hehehe

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:03 pm

      Alhamdulillah saya tidak mengalami getaran seperti bro gambarkan. Kawan-kawan juga ada berkongsi pengalaman mengenai getaran sehingga hendak minum air pun susah. :-)

  • maza September 18, 2012 at 12:40 pm

    keluar peluh demi kesihatan juga tu.. hehehe

    maza gunakan mesin yg diperbuat daripada Jepun.. kurang sikit vibration-nya.. dan tangan masa angkat cawan tak lah menggigil tak karuan sangat.. hehehe

    • lepakk.com September 18, 2012 at 4:06 pm

      Bagi pekerja kebun semua tu biasa je

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:04 pm

      Mesin buatan Jepun terbaik dan lasak. Banyak digunakan oleh kontraktor potong rumput tepi jalan.

  • wahida September 18, 2012 at 11:54 am

    aktiviti keluarkan peluh…bagus ni…

  • topo September 18, 2012 at 11:18 am

    kalau ada mesin rumput yang main tolak-tolak tu lagi seronok nak potong rumput tu haha.. takde la lenguh sangat
    topo recently posted..Berbaloikah Membeli Tablet Buatan China?My Profile

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:07 pm

      Mesin rumput tolak pun ada. :-)

  • Qaseh Gifts September 18, 2012 at 11:16 am

    bagus berkhidmat untuk kedua orangg tua…. murah rezeki seisi keluarga.. :-)

  • Denaihati September 18, 2012 at 11:15 am

    aktiviti keluar peluh mcm ni menyeronokan, 2 dlm 1. dapat keluar peluh n kebun bersih

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:14 pm

      Melihat kebun bersih adalah satu kepuasan. :-)

  • muazfaris September 18, 2012 at 10:39 am

    best bila dpt berkhidmat utk org lain dari asyik mengadap laptop je cam sy nih.. hihi

  • iza September 18, 2012 at 9:24 am

    Assalam..
    teringin nak guna mesin tu tapi takut bila tengok mata pisaunya tu..
    iza recently posted..Tugas Harian Bertambah.My Profile

  • Sobri Mansor September 18, 2012 at 9:02 am

    Tengah mesin rumput memang seronoknya bukan kepalang. Tapi lepas tu, bersedia la dengan minyak angin sebab nak urut tangan. Almaklumlah, duduk di bandar tak merasa buat kerja berat. Hehehehe

  • auc dot com September 18, 2012 at 8:28 am

    auc fobia guna mata besi tu… ade kisah menggerunkan pernah terjadi
    skrg guna tali plastik tu :)

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:15 pm

      Mula-mula saya guna tali tapi akibat rumput agak tebal dan tak lut dipotong.

    • Hazmin Hamudin September 18, 2012 at 7:51 pm

      Kisah apa tu AUC..? Boleh dijadikan entri jugak tu.

  • Bro Zulkbo September 18, 2012 at 2:31 am

    salam..
    lama dah saya tak
    memesin rumput nih
    entah lupa pulak
    mana nak tekan nih :)
    Bro Zulkbo recently posted..Kenali Top 10 Blog Di Malaysia MasakiniMy Profile

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:21 pm

      Baik-baik bro Zulkbo jangan salah tekan sudah ler. :-)

  • hatiputera September 18, 2012 at 1:09 am

    Sama la kita cuti hari malaysia aku gunakan untuk membersihkan kebun sawit dan menangkap ikan di laut.hehe.seronok walaupun penat.
    hatiputera recently posted..Kate Middleton di MalaysiaMy Profile

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:22 pm

      Mencantas daun kelapa sawit saya masih gagal memerlukan tenaga yang banyak. Setakat angkat pelepah sawit bolehlah. :-)

  • Eizil September 18, 2012 at 12:56 am

    Buat kerja-kerja kampung ni memang menyeronokkan, selain halaman rumah bersih, kita pun dapat mengeluarkan peluh. Badan pun terasa segar selepas tu. :D
    Eizil recently posted..Bagaimana segalanya bermula.My Profile

    • akubiomed September 18, 2012 at 5:24 pm

      Selepas memotong rumput dan mencantas pokok-pokok liar, lama juga bersandar didepan pintu rumah ambil angin. :-)