Coretan pada bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna.

Syukur pada bulan Ramadhan kali ini saya dapat melaksanakan ibadah Puasa tanpa mengalami demam saraf seperti tahun lepas hingga menyukarkan saya untuk bergerak dan mahu pun solat Terawih. Anak-anak pun sudah besar sedikit jadi tidaklah havoc sebelum-sebelum ini kecuali baby Aslah yang masih kecil.

 

Air soya buatan sendiri tumpah pada hari pertama berpuasa.

Tahun ini saya buat sendiri air soya setelah menghadiri kursus anjuran Kolej Komuniti. Ilmu yang dipelajari kalau tidak di praktikkan adalah satu kerugian. Kali ini saya membuat soya mengunakan mesin soya yang diberikan oleh ibu saya. Malangnya tiada manual jadi saya melakukan trail and error ketika mengunakan mesin soya tersebut. Jadinya air soya hangit terpaksa saya buat yang kali ke 2 secara manual. Sementara hendak menunggu masuk waktu berbuka, Baby Aslah secara tiba-tiba menumpahkan hampir separuh air soya didalam bekas minuman nasib baiklah ada baki air soya.

Macam gaya anak berpuasa di bulan Ramadhan

Menunai solat Tarawih bersama abang Long.

Saya bersama abang long menunaikan solat di masjid berdekatan. Nampaknya abang Long berdisiplin tidak bercampur kanak-kanak lain yang membuat bising hingga menganggu jemaah bersolat. Nampaknya adik-adik ini tidak makan saman walaupun ditegur oleh imam supaya jangan membuat bising.

Akubiomed sebelum menunaikan solat Tarawih

Protege Uncle Gedek

Cabaran memotong pokok mati dihalaman rumah.

Sebelum ini saya telah menumbangkan pokok yang selalu memberikan keredupan dihalaman rumah. Ada masanya saya dapat melihat burung kelicap hinggap untuk mendapatkan manisan bunga yang lebat pada pokok ini. Saya sayang akan pokok ini  dan selalu mencantas dahannya supaya kelihatan rendang. Memandangkan akarnya mula merosakkan dinding longkang dihadapan laman rumah menimbulkan kebimbangan seluruh diding bakal runtuh pada masa hadapan. Inilah kesannya apabila bertangguh kerja hingga terpaksa memotong pokok yang mati didalam bulan Ramadhan ketika cuaca terik panas matahari. Ia menguji kesabaran dan keimanan. Akhirnya tugasan dapat dilaksanakan dengan baik. Batang pokok yang mati dijadikan tempat duduk dihadapan rumah.

Potong pokok pada bulan Ramadhan

Comments