Akibat salah guna dadah sintetik manusia hilang akal

Manusia hilang akal akibat salah guna dadah sintetik.

dadah sintetik

Terkilan apabila terbaca surat khabar Harian Metro hari ini mengenai seorang gadis Melayu malang ditikam bertubi-tubi dari belakang oleh peragut. Ketika itu gadis malang tersebut bersama kawannya  telah didatangi 2 lelaki gay disyaki peragut. Akibat kegagalan mendapatkan beg tanganPrada yang cuba diragut gadis tersebut telah ditikam beberapa kali hingga melukakan kedua-dua buah pinggang  gadis malang tersebut. Lebih malang lagi gadis tersebut telah dipukul dengan menggunakan topi keledar yang dipakai oleh peragut.

Teknik Ragut Jatuh-Ragut-Lari.

Peragut sekarang ini semakin berani bertindak kejam dengan melemahkan mangsa dengan cara mencederakan mangsa secara fizikal. Saya rasa beberapa tip mengelak dari diragut seperti berjalan melawan arus, mengepit beg tangan dengan kemas, berteman, tidak memakai barang kemas, berjalan diatas kaki lima, tidak membawa wang yang banyak dan sebagainya adalah tip yang lapuk dan tidak berkesan lagi kerana bagi penjenayah seperti peragut hanya ada satu objektif sahaja tak kita walau apa cari sekalipun untuk mendapatkan beg tangan yang dibawa oleh mangsa walaupun pada ketika itu mangsa hanya ada 1 ringgit.

Kisah mangsa ragut 1

Kisah hampir bersama berlaku pada jiran saya yang seorang wanita ketika itu menunggang motorsikal telah diekori oleh peragut. Peragut tersebut telah menendang motorsikal yang dibonceng oleh jiran saya menyebabkan motorsikal yang tunggani hilang kawalan dan jatuh. Jiran saya telah patah gigi hadapan dan mengalami beberapa kecederaan ketika mangsa didalam tidak berdaya, peragut telah mengambil kesempatan dengan melarikan rantai emas yang dipakai oleh mangsa.

Kisah mangsa ragut 2

Berlaku kepada kawan saya ketika didalam perjalanan pulang ke rumah dengan menggunakan motorsikal. Ketika itu beliau terasa ada tempias angin disisi beliau. Rupanya peragut berjaya melarikan handphone disisipan pinggang kawan saya yang pada ketika berhenti di lampu trafik. Walaubagaimanapun beliau tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Aku rasa ini adalah akibat penangan dadah sintetik yang mana ada diantara peragut mengambilnya menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara waras lagi.

p/s: Kepada wanita diluar sana hati-hati ketika berjalan diluar sana. Jika berlaku ragut lepaskan saja beg tangan anda kerana apa bila anda cuba melawan peragut ia mungkin mengundang padah.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • faisunan March 2, 2011 at 3:34 pm

    tula.. tempat kerja aku.. area palong.. peh.. kesian kalo tengok mereka yang ‘sakit’ ni..

  • Ali ridha November 27, 2010 at 11:55 pm

    apa FAEDAH ambil dadah.
    Ali ridha recently posted..Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

    • akubiomed November 28, 2010 at 1:17 am

      Memang tak ada faedah lansung terutama darah sintetik yang dihasilkan secara kimia amat berbahaya kerana ia merosak otak berbanding dadah organik. Walaubagaimana pun kedua-dua dadah jika disalah guna akan memberi kesan buruk kepada penagih

  • Ali ridha November 27, 2010 at 11:53 pm

    beli la satu pistol.senang sikit
    nak tembak.
    Ali ridha recently posted..Malaysian hacked into US Fed- prosecutorsMy Profile

  • JundullahOsman November 19, 2010 at 3:30 pm

    pengalaman pernah terserempak dengan peragut kene belasah dek org kg. memang lunyai. diorang dah tau risikonya. tetapi, tetap buat jugak kan.
    JundullahOsman recently posted..Remaja Melayu dan Sifat KetimuranMy Profile

    • akubiomed November 19, 2010 at 11:56 pm

      Risiko memang tetap ada tapi kalau dah marah sangat tentu tak berkira sangat

      • JundullahOsman November 20, 2010 at 9:38 pm

        selamat, jgn kejo lagi, bior kan je, nyawa lagi berharga.

        • akubiomed November 21, 2010 at 11:13 am

          Tindakan spontan mangsa cuba mendapatkan barangan yang dirampas memberi risiko tindakan balas oleh peragut

  • Razif November 18, 2010 at 1:07 am

    Patotlar bila tengok video mat ragut kena belasah sampai n mati pasal kes ragut cam kejam jer,rupanya peragut ne lebih kejam yang dsangka
    Razif recently posted..Personal Loan From EON Bank MalaysiaMy Profile

    • akubiomed November 18, 2010 at 2:01 pm

      Jangan bertindak membelakangkan undang-undang.

  • sabree hussin November 17, 2010 at 5:41 pm

    peragut ni.. lepas dia ragut beg orang, hasil tu dia guna lagi untuk beli dadah. cycle tu berulang je terus menerus..

  • birakbatu November 17, 2010 at 1:09 am

    dorang ni tak pernah serik pon walau dah pernah masuk lokap dua tiga kali sebelum2 tu.. haissshh

    • akubiomed November 17, 2010 at 1:54 am

      Masuk lokap lagi teruk jumpa dengan kaum dan akan bertukar-tukar resepi tangkap lentok :-)

      • birakbatu November 17, 2010 at 3:39 am

        macam tu pulak? hahaaa :)
        birakbatu recently posted..Salam Aidiladha 2010My Profile

        • akubiomed November 17, 2010 at 3:31 pm

          Iya, ada yang menjadi semakin tegar dengan menagih

  • rina November 16, 2010 at 1:00 pm

    akak kita penah kena..pastu polis tu cakap, kalo ada peragut dah tarik beg kita,lepaskan je, nyawa kita lagi berharga…
    rina recently posted..Sebab gembira nak kahwinMy Profile

    • akubiomed November 16, 2010 at 2:33 pm

      Memang pun kalau melawan menyebabkan peragut akan mencederakan mangsa

  • zuriey November 16, 2010 at 8:30 am

    peragut2 ni memang tak berhati perut
    zuriey recently posted..Gara-gara Celcom BrodbandMy Profile

  • ray ban November 15, 2010 at 7:48 pm

    Benda ni untuk tujuan kebaikan tapi manusia yang tidak berakal gunakan untuk keburukan
    ray ban recently posted..Types lens use by Ray banMy Profile

    • akubiomed November 15, 2010 at 9:29 pm

      Terlampu advance sangat pandai buat ramuan sendiri

  • suri November 15, 2010 at 2:13 pm

    hiduplah dengan budaya hidup yg sihat..pasti keluarga kita aman dan bahagia..

    najis dadah tidak bawa kemana2 selain maut hanya sedang menunggu kita..

    • akubiomed November 15, 2010 at 9:31 pm

      Dah dipanggil najis tetap diambil

  • hafidz November 14, 2010 at 11:03 pm

    bila dah takde akal. semuanya ikut nafsu nak meragut jer. tunggulah pembalasannya nanti.
    hafidz recently posted..They Will Kill Us All – Sepanjang RiwayatkuMy Profile

    • akubiomed November 15, 2010 at 9:47 am

      Kerja mudah tidak memerlukan keringat tapi tak berkat

  • donnyien November 14, 2010 at 9:05 pm

    pernah nampak kes ragut depan mata..hu seram

    • akubiomed November 15, 2010 at 9:48 am

      Tentu mengerunkan berapa rakusnya si peragut macam burung helang menyambar mangsanya

  • Sir Marcello November 14, 2010 at 8:43 pm

    musim meragut kembali lagi…
    berhati2 teman sekalian~
    Sir Marcello recently posted..Mentari Merah Di Puncak BrogaMy Profile

    • akubiomed November 15, 2010 at 9:49 am

      Peragut ni pandai mengenal pasti mangsanya dan bila hendak bertindak

  • dnoBiz November 14, 2010 at 7:40 pm

    jika berjaya ditangkap polis, dan didapati bersalah, mereka akan dipenjara (bukan lama pun) pas tu keluar buat lagi, sebab tu kadang kadang aku perhatikan polis macam sengaja biarkan peragut ni dupukul oleh orang awam terlebih dahulu sebelum dibawa kebalai (tak semua la)
    sebagai pengajaran kepada peragut lain.
    dnoBiz recently posted..Peluang Perniagaan – Karenah Pelanggan dari MarikhMy Profile

  • Anip November 14, 2010 at 7:09 pm

    salam..kan best kalau blog ni ade follower blogger punyer..aku nakkk follooww..menarik entry dlm blog nie !

    Hah ! Keyword Paling Panas Di Malaysia, Semuanya Lucah?

  • mankuchai November 14, 2010 at 2:12 pm

    Peragut makin berani..hanya mampu tgk sahaja kalau perempuan diragut…nak kejar mmg agak seram..kalau kebetulan naik kereta mmg akan langgar jer peragut tu…

    • akubiomed November 14, 2010 at 2:33 pm

      Saya kalau naik kereta nekad langgat tapi kalau naik motor kurang berani sikit :-)

    • puteri November 14, 2010 at 8:28 pm

      i like it :)

  • puteri November 14, 2010 at 2:08 pm

    sangat bersimpati dengan kes mangsa yang cedera buah pinggang akibat tikaman si peragut..

    susah kan zaman sekarang. even jalan berdua, berkumpulan pun belum tentu selamat.

    tips? bawak pistol atau pisau kang xpsal2 pak polisi saman kita pulak..

    bawak payung? er,, ada buleh dijadikan senjata kah? hehe

    bawak perfume, ridset.. kasi sembur je orang jahat tu..
    tapi sempat ke nak spray??

    Pesan saya kepada rakan2 juga diri sendiri, Banyak2kan berdoa dan berselawat, mohon Allah lindungi perjalanan kita, dan diri kita.

    Fakta:
    mangsa ragut juga bukan hanya terdiri daripada wanita!

    Kisah:
    Kawan sekuliah saya.. lelaki, naik moto, nak balik ke rumahnya. dalam perjalanan.. exsiden.. dipercayai langgar lari, atau mungkin dirancang.. sebab bila ada org mnemui kawan saya ni.. Hp dia yg mahal xada, laptop dia pun xada. Nasib baik ada hp dia yang cikai.. orang tu pun telefon nombor kawan2 yang ada dalam hp tu..

    Tapi dia dah xada semasa dibawa ke hospital. kata doktor, darah banyak hilang, dan lambat dibawa ke hosp…

    Alfatihah buat Abdul Hafidz, pelajar USIM

    • akubiomed November 14, 2010 at 2:39 pm

      Semoga roh Abdul Hafidz ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Penjenayah dapat diberkas tak?

      • puteri November 14, 2010 at 8:28 pm

        tak. ..

        kes tu syp mcm tu je..

  • zulkbo November 14, 2010 at 2:02 pm

    salam..
    moralnya jangan la belajar
    nak mengisap tak kira
    yang natural mahupun sintetik
    zulkbo recently posted..Kenangan Haji Dulu- DuluMy Profile

    • akubiomed November 14, 2010 at 2:34 pm

      Sekali terjebak susah nak kembali pangkal jalan. Memang seronok menikmati benda haram walapun memberi keseronokan sementara

  • Hadi Rofiee November 14, 2010 at 1:53 pm

    Dadah oh dadah. Jika disalahguna, buruk kesannya. Betul ka Sangilapi, peragut tu tak kantoi, kalau kantoi, nyawa2 ikanlah jawabnya kena belasah.
    Hadi Rofiee recently posted..Realiti sambutan Aidiladha di MalaysiaMy Profile

  • adamfaiz November 14, 2010 at 12:09 pm

    Kes ragut ni dah banyak memakan nyawa…hukuman lebih berat mesti dikenakan..sedara aku dulu pernah diseret 30 meter menyebabkan kecederaan yang teruk di kaki dan tangan..gara-gara tak nak lepaskan beg tangan..
    adamfaiz recently posted..Baby Sitter vs MaidMy Profile

    • akubiomed November 14, 2010 at 12:54 pm

      Memang kejam perbuatan mereka tidak berperikemanusiaan langsung

  • Syafrizal November 14, 2010 at 11:24 am

    memang kes ragut makin teruk skrg ni
    kalau ada hukum hudud memang kuranglah jenayah
    semua berpunca dari makanan yang tidak dijaga kehalalannya
    Syafrizal recently posted..Promosi HPA Hujung Tahun 2010My Profile

    • akubiomed November 14, 2010 at 12:55 pm

      Memang ada kaitan permakanan halal haram. Apabila menjadi darah daging memang susah nak buang

      • Syafrizal November 14, 2010 at 1:31 pm

        itulah yang menjadi masalah kita sekarang
        tujuan utama blog saya adalah untuk menyampaikan produk2 halal
        semoga sel-sel kita diperbaiki dan hati kita dapat menerima hidayah dari Allah
        Syafrizal recently posted..Promosi HPA Hujung Tahun 2010My Profile

        • akubiomed November 14, 2010 at 1:52 pm

          Mencari yang halal itu wajib. Tag line macam iklankan tv :-)

  • madlut November 14, 2010 at 11:10 am

    bengang betul dengan peragut nie…sepatutnya mereka yang meragut sampai menyebabkan kematian, jika ditangkap, patut potong tangan, kemudian dihukum mati je..huhu

    • akubiomed November 14, 2010 at 12:57 pm

      Diorang memang hati kering golongan lemah selalu jadi mangsa tangan mereka

  • zik November 14, 2010 at 10:48 am

    mat gian yang dah desperate sangat nih… bodoh betul… so berhati-hati bila berjalan di tepi jalan…
    zik recently posted..Malaysia mara ke pusingan kedua biarpun kalah dengan China 3-0My Profile

    • akubiomed November 14, 2010 at 12:55 pm

      Kalau dah dalam kepala ingat benda haram tu je

  • Tash Scha November 14, 2010 at 9:11 am

    adus siannyer …
    kwn2 dia buat apa ??…
    malang sungguh lah ada kwn2 mcm tu

    • akubiomed November 14, 2010 at 1:05 pm

      Kawan tidak dapat buat apa-apa kerana perkara berlaku dengan pantas apa yang dia boleh buat hanya menjerit minta tolong.

  • Norizwan November 14, 2010 at 9:02 am

    aku pernah belasah peragut beramai-ramai di kg melayu subang…masa atu aku belasah menggunakan safety boot ada steel toe…perggg sedap betul, puas hati belasah peragut ni…polis pun tak tau nak wat apa…

    memang btol kata bro lepaskan jer beg tgn itu…tapi kalo tindakan refleks tersentap beg tangan jgn biar orang lain ambil nak wat camna….tapi kalo bole lepaskan jer la kan bro…
    Norizwan recently posted..Tersilap TegurMy Profile

    • akubiomed November 14, 2010 at 2:37 pm

      Tindakan reflex memangler kalau barang dirampas memang kita marah. Situasi panik memang tindakan spontan tak sempat nak berfikir

      • Norizwan November 15, 2010 at 12:15 pm

        huhu…memang tak leh wat apa la kan…kalau boleh cuba lepaskan jer la…

        • akubiomed November 15, 2010 at 12:52 pm

          Bila beralku serangan memang jadi tindakan reflek mangsa untuk mempertahankan diri. Kalau seboleh-boleh lepaskan jer beg tangan dari nyawa melayang

  • akuBlog November 14, 2010 at 4:17 am

    Manusia sekarang makin teruk!! Undang2 di Malaysia patut diperketatkan.. Kalau xleh nak ketat makan jamu rapatt..!! mari dong ah!
    akuBlog recently posted..Kisah Jet Li Dan Free Original Kapersky Key 2011My Profile

    • akubiomed November 14, 2010 at 1:04 pm

      Peragut bukan makan saman sebab kesan dadah sintetik telah merosak saraf

  • Fitrihadi November 14, 2010 at 3:26 am

    dadah memang pemusnah negara…semuanya bermula dari rokok..dan puncanya pengaruh rakan yang tak bertanggungjawab! Apa nak buat?? haramkan rokok!
    Fitrihadi recently posted..Ahh! Aku Di Serbu Dua Wanita Dan Seorang Lelaki!My Profile

  • sangilapi November 14, 2010 at 3:22 am

    dalam kes di atas,kalaulah peragut tu terkantoi dengan orang ramai kemungkinan besar duduk ICU lah berdasarkan apa yang dia lakukan terhadap mangsanya itu.

    tapi pada aku dalam kes ragut,si mangsa selalunya membuka peluang kepada penjenayah :(

    aku pun kadang-kadang tak faham kenapa orang awam begitu cuai dalam menjaga keselamatan diri dan hartabenda mereka :(
    sangilapi recently posted..blogger yang didugaMy Profile

    • akubiomed November 14, 2010 at 1:03 pm

      Tak semua mangsa hendak menunjuk-nunjuk tapi apabila berjalan berseorangan dan suasana mengundang mangsa di ragut

  • syahrilhafiz November 14, 2010 at 2:25 am

    adoii ada lagi kes macam ni..
    memang la peragut tu nak makan kaki nampak gaya..hehe

    • akubiomed November 14, 2010 at 1:02 pm

      Memang ada dan yang sedih keadaan mangsa teruk dikerjakan oleh peragut

      • syahrilhafiz November 14, 2010 at 5:23 pm

        urm tak de belas kasihan langsung la kan..
        macam binatang je..=)

      • Rahsia Buah Pinggang Sihat November 17, 2010 at 5:06 pm

        Memang betul bro.Seala tip yang diberikan untuk mengelakkan berlakunya jenayah ragut tidak berguna lagi untuk peragut zaman sekarang.

        Jalan terbaik ialah pihak pemerintah mestilah melaksanakan undang-undang Islam.Kerana dengan itu sahajalah Allah akan mencampakkan rasa takut dalam hati manusia untuk melakukan jenayah.
        Rahsia Buah Pinggang Sihat recently posted..Air kencing anda berdarahWajib baca ini!My Profile

  • tehr November 14, 2010 at 2:10 am

    payah nak kawal pengedar dan penagih dadah
    sedih sangat dengan keadaan sekarang
    tehr recently posted..Kumbang Dengan BungaMy Profile

    • akubiomed November 14, 2010 at 1:01 pm

      Kalau ada demand tenti ada supply. Bahan-bahan untuk membuat dadah sintetik mudah didapati dan kebanyakkan bukan barang kawalan

      • tengkorak emas November 14, 2010 at 10:59 pm

        si supplier pun cari sape yg nak bro, untuk dpt kemewahan singkat..mana taknya masalah ni semakin serius..punca kpd masalah lain
        tengkorak emas recently posted..Nabi Muhammad saw mula mengasingkan diriMy Profile

        • Samdaddycool November 17, 2010 at 8:51 pm

          sampai supplier dari Iran ramaiport kat msia psl demand tinggi
          Samdaddycool recently posted..Hari raya- rendang dan ketupatMy Profile

          • akubiomed November 17, 2010 at 11:29 pm

            Diorang dijadikan keldai membawa bekalan tapi teknik yang diorang digunakan sudah lapuk dan boleh dihidu pihak berkuasa. Memang mereke berani walhal Malaysia mempunyai hukuman gantung sampai mati mandatori

  • zul November 14, 2010 at 12:57 am

    Dadah tradisional cuma merosakkan badan, dadah sintetik mengaggresifkan penggunanya sbb dh tangkap kat otak… lagi bahaya!
    zul recently posted..Bermadah Untuk Si JandaMy Profile

    • akubiomed November 14, 2010 at 1:00 pm

      Dadah sintetik merosakkan saraf otak dan menyebabkan halusnasi