Ais krim Koning boleh melawan ais krim Malaysia
Musim panas dan cuaca terik memang sedap kalau pekena ais krim Malaysia yang ada bermacam-macam perisa oren, milo, anggur, bandung, koning jagung dan Asam Boi antara yang popular.
Kalau mengimbau zaman sekolah rendah sekolah sesi pagi pada ketika balik sekolah tentu singgah kedai runcit ditepi sekolah untuk membeli aiskrim yang pada masa itu boleh dijual dengan harga 20sen.
Sambil berjalan melalui perumahan teres dengan menyedut aiskrim sambil bergurau senda dengan kawan sekelas. Aku suka aiskrim Malaysia yang berperisa Asam Boi kerana selepas menikmati aiskrim akan dapat biji Asam Boi.
Baru-baru ini saudara Anif ada menulis entri mengenai aiskrim yang boleh dikupas. Kebetulan pula ada penjual aiskrim Nestle yang bermotorsikal beroda tiga lalu didepan rumah aku. Aku pun tanpa berlengah lagi macam anak-anak kecil yang ingin membeli aiskrim. Mata aku terus tertumpu kepada aiskrim yang boleh dikupas.
Aiskrim kupas atau yang nama sebenarnya adalah Nestle MatKool SPLIT mempunyai perisa vanila manakala kulit diperbuat dari jeli yang boleh dikupas ada perisa anggur dan mangga dijual pada harga RM1.20. Aku suka strategi pemasaran Nestle dengan mempelbagai rangkaian poduk MatKool dan uniknya MatKool SPLIT ini perlu dikupas kulitnya macam mengupas pisang koning untuk menikmati isinya dan manakala kulit yang diperbuat dari jeli boleh dimakan.
p/s: kesian kepada Abang Ngah tidak dapat menikmati aiskrim kerana belum sembuh lagi dari batuk.
dulu kecik2 suka makan aiskrim malaysia nak lepas main bola
mak sy jual ice-cream malaysia lgi tp utk bdak2 je lah..he3 dlu kecik2 suka tunjuk kat kwan2 yg sy boleh mkn ice-cream byk2.. skrg dh bsar sminggu skli je lah hu3…
Sekarang ni jarang jumpa dah ais krim malaysia tu.. Kalau dulu kat kampung, ramai je makcik2 yang buat, jai ngan adik2 slalu la beli kat umah makcik tu..
aku suka ais krem bubur kacang hijau
waaaaa… best pulak aiscream korning nih
abang ngah, semoga cepat sebut, leh menikmati eskrem koning bersama2 makcik ieda nih, hehehhe! eskrem split tu memang sodap, kegemaran makcik yg buyong ni ok! hehehe 🙂
kalau aiskrim milo tu, yg ada line hitam tu la paling nikmat n sedap! rasa lemak jeee milo tu haha
minta sikt hahh..
Ni blogger buat ikan free ni, mana tak aiskrim Malaysia kalah…. 😛 😛 😛
Ha..haa..jangan macam tuh. Alangkah Nestle boleh lantik jadi duta produk muka 🙂
ais krim yang boleh kupas..idea sape la ni..genius la..skarang ni orang fikir benda pelik2 ya.. semuanya di luar jangkauan.. (sedap jgk nengok ais krem ni..7eleven ada eh..kena pi cari ni..hehe)
Saya pun terpengaruh kerana saudara Anif 🙂
Ehhhhhhh sejak bila pulak ada eskem yang boleh kupas macam pisang. Ohh myy baru ku tahu. Kena cari ni before balik Egypt! haha 🙂
Sebelum balik Zida boleh cuba dan belanja anak buah. Bila nak berangkat pulang ke Mesir?
Betul la strategi marketing yang selalu mereka praktikkan.
3 kali siar iklan baru kita perasan
3 kali perasan baru kita nampak
3 kali nampak baru kita teringin
3 kali teringin baru kita beli
Lagi banyak iklan yang sama disiarkan lagi kuat keinginan orang untukmembeli
Sebenarnya flashing berulang-ulang dikaca tv akan mempengaruhi minda bawa sedar.
Tidakkah hairan kita melihat banyak billboard disepanjang lebuh raya?
wah.. mcm best jew aiskrim matkool tu.. dah lama tak beli aiskrim2 camtu..
Boleh cubaba nanti kalau berminat 🙂
suka icerm pedel pop hee…seb warna dia warna pelangi heee
Ais krim Paddle Pop untu merasa semua jenis perisa
Anak aku panggil aiskrim pisang. Sebab dia boleh dikupas macam pisang. Mula2 tak faham apa maksud aiskrim pisang, bila tengok cara dia makan.. baru aku tahu… mcm2 lah sekarang ni.
Koning pun sodap..
Ha..haa..betul yang koning pun sedap
wahh kenapakah aku baru tahu pasal eskrem kupas ni..ish ish outdated sungguh, dah lama tak makan eskrem sebenarnye hehe
ais krim malaysia, ya?
aku suka kalau isinya bubur kacang
hehe
citarasa kirta samalah heeee..terasa subgguh kacangnya klu kita bubug byk dln tiub plastik tuh
hahaha… samalah.
lepas terbaca entry si anif tempoh hari, malam nya terus cari aiskrim tu.. haahaha
tapi aiskrim malaysia memang nostalgialah..
pilihan utama dulu2 memang aiskrim malaysia asam boi.. hahhaa
Kawasan saya kalau nak cari kena tunggu penjual ais krim Nestle lalu baru dapat 🙂
eh boleh kupas macam pisang?? wuu hebat.. ini makan time panas tengah hari memang heaven ar…
Betul boleh kupas macam pisang
wow sedap nya… nak satu bro hehe
Bro Donny murah sahaja kerana harga runcit RM1.20sen sahaja
mmg best makan aiskrim asam boi tu.. last makan sem lepas.. hehe..
Ais krim Asam Boi adalah kesukaan saya
Wah nampak sangat sedap.. Kena pergi cari ni sebab nak rasa.
Cari sahaja dekat 7 Eleven
Wah, first time dengar. Nanti saya cuba. Mcm sedap je bunyi.
Cuba jangan tak cuba. Aiskrim Nestle Matkool Split ini turut dijual di 7 Eleven
Tukang promote nampak. side income ke…
Tidak dapat apa-apa pun 🙂 sebab di 7 Eleven paling senang nak dapat Nestle Matkool Split nih
wow..baru tau ada aiskrim kupas tu..nanti nak cari gak la..
anak aku tu memang hantu aiskrim..kalo beli yg 1.5 liter tu memang dia habiskan sorang je..dalam peti sejuk pun kena sentiasa ada aiskrim..kalo rajin sikit baru la buat aiskrim Malaysia tu untuk makan sambil santai tengok TV.
Saya bermusim juga beli aiskrim sebab isteri dan anak-anak ada lelah
anak aku lain macam jer tengok aiskrim ni.. mcm berkenan jugak
Nampaknya berkesan startegi Nestle MatKool Split 🙂
lama tak makan aiskrim nih… dah elok batuk nih.. boleh sekali dua.. huhu
Kalau batuk belum baik tangguh dulu nanti berulang kembali batuk tersebut
dah lama aku tak makan aiskrim yg dibeli sendiri pastu makan sorang2. selalu nya aku beli aiskrim dlm mangkuk.perisa tetap sama iaitu perisa coklat.
Saya pun suka coklat perisa coklat juga
wah..
tringat blik aiskrim malaysia dulu2..
sedap dan murah..
salam..
ermmm..suka juga ais krim ni..
sellau makan New Zealand ais krim
KLCC..yum..yummm
skrg ramai yg malas nak buat ais krim Malaysia sbb kena bancuh, lambat nak letak dlm plastik pastu nak ikat..
beli lg senang… huuhh
Saya tida tanya pula pada penjual aiskrim tadi tapi saya beli perisa Vanilla cuma kulitnya sahaja berperisa berlainan
mmg kreatif sungguh nestle nie…sapa sangka aiskrim blh ada kulit mcm pisang…perisa durian ada tak bro???
eee jeli tak suka. =P
aiskrim malaysia faveret, perisa jagung! =D
Jeli ini tidaklah terlalu cecair bak kata orang puteh ‘Just nice’
errr sekarang pon mak aku masih jual aiskrim Malaysia nih, anak jiran nak makan hehee.. memang syok aiskrim asam boi,
Isteri saya dulu rajin buat ais krim kerana kedudukan rumah memang strategik laluan budak-budak sekolah
panas2 macam sekarang ni memang best makan aiskrim. tapi harga aiskrim sekarang ni dah mahal, tak macam zaman sekolah dulu
Ada ais krim dijual pada harga bawah RM1 pun sedap juga
batuk juga ni..bakal publish entri berkenaan vs juga..hehe
hari tu ada baca kat blog bro Anif, ingatkan kuning je, ada warna lain juga ye..menarik dan unik
Isi masih perisa sama iaitu Vanilla tetapi kulit sahaja berlainan perisa
kalau yg hijau tu pisang muda..
Jangan lepas ni ada aiskirm kelapa lak. Mahu pakai kapak nak bukak kot.. 😀
Haa..haa..biar betul. Kesian-kesian 🙂
menelan air liur kejap
Terkini : Akuarium Paling Kecil Di Dunia
Jangan setakat telah air liur terus sahaja cari aiskrim 🙂
emm..dah lama tak makan aiskrim jagung tu. saya lebih suka aiskim milo. hehe..
Ais krim perasa Milo sedap juga 🙂
Hahaha.. sudah berjangkit sampai sini 🙂
Memang sah sudah berjangkit. Jumaat lepas cari juga aiskrim Nestle MatKool tidak jumpa
Aku pun cari.. belum ketemu lagi. Nasib hang la bro dapat jumpa..
Petang ni kawe kena operasi cari aiskrim la kot 😀