Ada apa pada WordPress 3.3?

WordPress 3.3 baru lebih responsif.

WordPress 3.3Saya sudah menaik taraf versi WordPress 3.2 yang saya gunakan kepada WordPress 3.3. Bagi penguna hosting berbayar biasanya WordPress adalah platform yang sesuai untuk digunakan untuk membina blog. Menaik taraf versi WordPress adalah satu cara memperbaiki tahap keselamatan blog dan WordPress 3.3 boleh dimuat turun di portal WordPress.

WordPress 3.3 turut dikenali dengan panggilan “Sonny”.

WordPress 3.3 turut dikenali dengan nama  “Sonny” sempena nama peniup saksofon Jazz berkulit hitam Amerika yang tersohor iaitu Sonny Stitt. Beberapa ciri-ciri baru diperkenalkan untuk WordPress 3.3 diantaranya:-

  • Proses memuat naik gambar, video dan lagu lebih mudah dengan diperkenalkan ciri drag-and-drop uploader. Format fail rar dan 7z boleh untuk digunakan pada uploader.

Ciri baru drag and drop untuk uploader WordPress 3.3

  • Rekabentuk dashboard telah digabungkan Admin Bar dan Admin Header.

WordPress 3.3 dashboard tampak ringkas

  • Rekabentuk yang responsif dapat menyesuaikan saiz skrin termasuk iPad dan Tablet PC.

WordPress 3.3 lebih responsif menyesuaikan ikut skrin, iPad dan Tablet.

  • Tidak akan kehilangan widget pada theme lama apabila menukar theme baru.
  • Kemudahan mengimport Tumblr kepada WordPress.

p/s: Theme blog AkuBiomed tidak ada masalah untuk ketika naik taraf ke WordPress 3.3.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • PerenLee May 2, 2013 at 9:14 am

    err…saya belum sampai lagi ke tahap self hosting ni..perlu belajar banyak lagi ni..
    PerenLee recently posted..Jadikan Smartphone Anda Sebagai Wifi ConnectionMy Profile

  • topijerami90 March 6, 2013 at 2:43 pm

    versi terbaru lagi senang nak upload gambar rasanya, sekadar pandangan

  • jaerul July 20, 2012 at 3:56 am

    sekarang dah ada 3.4.1 kan,. masih setia guna 3.3 kot,. hehe,. masa tuh try guna versi latest 3.4 .. Habis semua plugin xleh nak guna trmasuk nak activate dan deactivate,.. so malas nak fikir panjang terus downgrade ke versi asal,. hehe,.
    jaerul recently posted..Apabila terasa speechless, wordless turut menyusulMy Profile

  • CiNOS December 22, 2011 at 1:27 pm

    Blog aku ada masalah lah dengan WP yang baru nie.. bila dah upgred tak boleh nak post apa2. nak upload gambar pun tak kluar2 lagi.. tak tau nape..dah 2 hari dah tak dapat updated post.. tension tol

  • Mekar December 21, 2011 at 3:52 pm

    Makin lama makin mantap. Kita sebgaim pengguna pun seronok menerokainya :-)
    Mekar recently posted..Cara Pasang Shoutbox diblog WordPress yang bertema Twenty ElevenMy Profile

    • akubiomed December 21, 2011 at 10:48 pm

      Sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh WordPress untuk menjadikan ia antara app pilihan blogger. :-)

  • hafidz December 20, 2011 at 11:48 pm

    rasaya setiap update wordpress ni nama update tersebut mesti ada kena mengena inspirasi jazz. terbaek ;)
    hafidz recently posted..Adidas Vespa PK LoMy Profile

  • kyrul December 20, 2011 at 12:14 pm

    memang interface yg sngt minimal and nice !

  • ciksembang December 20, 2011 at 11:03 am

    dah upgrade alhamdulillah tak ada masalah..selalunya bila ada version baru, banyak features yg lama ditambahbaik

  • nuriz December 19, 2011 at 4:14 pm

    saya tak tukar lagi, nak tuggu dulu lama sikit hehe, skrg pun rsa dah ok
    nuriz recently posted..Adlin Umum Perang dengan Chef Wan di FacebookMy Profile

    • kyrul December 20, 2011 at 12:10 pm

      tukar lah :) mesti tak nyesal

  • puanbee December 19, 2011 at 1:30 pm

    dah upgarede juga , tak de masaalah , terasa lebih laju dashboard 3.3 dari sebelumnya , sebelum di naik taraf , blog saya agak susah nak upload gambar , kena refresh 2-3 kali untuk mode visual , pelik

  • titan December 19, 2011 at 12:59 pm

    aku suka fungsi drag tu. memang best. haha..
    titan recently posted..Evolusi Sinar Niaga 2011My Profile

    • akubiomed December 21, 2011 at 10:47 pm

      Memudahkan kerja sebenarnya sepatut sudah ada lama fungsi drag ini. :-)

  • SS December 19, 2011 at 11:01 am

    blog saya pun tiada masalah dengan versi 3.3 :D
    SS recently posted..Timely | Aplikasi Penambah Impak Sosial PercumaMy Profile

  • Abe December 19, 2011 at 6:28 am

    sedap ke pakai wordpress nie…nampak macam susah je

  • Kimmy December 18, 2011 at 9:02 pm

    Saya tak upgrade lagi sbb takut hilang apa2 yg penting. But since dah buat review kat sini, dengan senang hatinya saya akan upgrade terusss…yeayyy! haha

  • tehr December 18, 2011 at 1:58 pm

    aku tak tukar lagi ni
    bila la nak buat
    yang dok ada sekarang ni aku dah suka sangat dah
    tehr recently posted..Neymar vs MessiMy Profile

    • akubiomed December 18, 2011 at 3:14 pm

      Setakat ini plugin dan theme tidak masalah dengan versi baru WordPress 3.3. :-)

  • adele December 18, 2011 at 12:44 pm

    malas nak upgrade dah, nnt mcm2 kena edit kt cpanel terutamanya ikon smiley..selalu je hilang kalau upgrade..huhu

    • chii December 18, 2011 at 1:02 pm

      sama la….wat masa ni selesa ngn yg ada..mungkin klo ada masa..baru upgrade

    • akubiomed December 18, 2011 at 3:18 pm

      Antara ciri baru WordPress 3.3 adalah bila bertukar Theme baru, widget lama akan kekal tidak macam dahulu kena set dan susun semula. Apa pun menaik taraf versi WordPress 3.3 ini adalah tanggung sendiri.

    • akubiomed December 18, 2011 at 10:03 pm

      Rasanya ia tidak memberi kesan kecuali apabila tukar theme mungkin tidak compatible.

    • akubiomed December 21, 2011 at 10:43 pm

      Bila hendak betulkan plugin CommentLuv?

  • amirulfaiz December 18, 2011 at 12:19 pm

    Memang cantik dan lebih kemas WordPress 3.3 / Sonny.

    • akubiomed December 18, 2011 at 3:20 pm

      Apa yang saya suka adalah ruang dashboard telah di minima dan menu tidak lagi banyak dan semak. Menu sebelah kiri pula macam beri bantuan kepada yang pertama kali guna WordPress boleh merujuk disitu.

  • tips December 18, 2011 at 9:46 am

    wah! anjakan paradigma. :-)

    • akubiomed December 18, 2011 at 3:24 pm

      He..hee..”big word” padahal naik versi sahaja.

  • neo December 18, 2011 at 9:25 am

    WP 3.3 features terbaru dia erbaik tp ada jg masalah bkaitan plugin xcompatible, tp buat masa skg ok lagi plugin yg digunakan kat blog..xda masalah

    • akubiomed December 18, 2011 at 3:25 pm

      Biasanya boleh tunggu sehingga plugin dapat menyesuaikan dengan versi baru WordPress.

  • ZoOL December 18, 2011 at 7:31 am

    aku trus upgrade selepas dpt berita dr WordPress.. aku ada try versi beta ari tu, fungsi yang paling aku suka drag & drop. Senang giler keja nak upload multiple images :)
    ZoOL recently posted..Creative Gas Tanks from JapanMy Profile

    • tarmizishukri December 18, 2011 at 2:50 pm

      yup, drag & drop terbaik :)

      • akubiomed December 18, 2011 at 3:13 pm

        Senang kerjakan bro apabila banyak sangat folder gambar yang bagus uploader ini auto detect format fail.

    • akubiomed December 18, 2011 at 3:26 pm

      Bro lainlah memang bidang IT macam saya perlu tunggu “official release” baru berani pasang. :-)

  • Juan December 18, 2011 at 4:51 am

    saya pon dah upgrade, xda masalah, cuma kalau tanya saya, saya x berapa suka sangat interface dashboard yg baru ni, terlalu simple yg bar sebelah kiri tu, semua mcm nk short kan, kene sentuh baru keluar all post, add new, categories. saya x suka cara mcm ni sebab x nmpk dengan jelas spt sblm ni yg terbuka semuanya

    • akubiomed December 18, 2011 at 3:28 pm

      Antara minimalis yang dilakukan adalah meletakkan semua menu di satu tempat tidak ubah macam “start menu” pada Windows. :-)

  • Yas December 18, 2011 at 2:28 am

    dah macam moto lak…makin beso, makin mewah widget2 tambahan yg diberi…hehehe
    Yas recently posted..Clay Modelling ~ Bagaimana Sebuah Kereta DihasilkanMy Profile

  • Azman December 18, 2011 at 2:18 am

    Dah tukar ker 3.3..setakat ni tak ada masalah semuanya cantik dan plug in pun ok…

    • akubiomed December 18, 2011 at 3:29 pm

      Kalau macam itu boleh tarik nafas lega. :-)