Ada apa pada blogging

Bagaimana terjebak dengan dunia blogging.

Saya pernah berkongsi pengalaman bagaimana saya bermula menjadi blogger sebelum ini. Semuanya bermula gara-gara perkataan ‘blog’ itu sendiri menarik perhatian saya. Pada awalnya saya masih kabur apa itu blog.

Mendodoikan Aslah

Saya tertarik apabila dengan menulis blog boleh menjana pendapatan. Lebih-lebih lagi apabila terbaca didalam surat khabar Harian Metro mengenai seorang lelaki(saya tidak ingat namanya) berhenti kerja setelah meraih pendapatan dengan menulis blog.

Business card AkuBiomed

Buat business card untuk mempromosi blog secara offline

Ketika hendak bermula menulis blog saya ada buat kajian samada hendak mengunakan free blog iaitu Blog spot atau WordPress. Saya langsung tidak ada ide apa itu hosting dan domain name. Setelah mengkaji kekurangan dan kelebihan mengunakan Blog spot dan WordPress. Hati saya telah terpaut dengan WordPress untuk mencabar diri.

Antara hadiah yang dimenangi dengan menyertai contest di blog.

Lamborghini Murcielago LP640

Menang Die Cast Metal Lamborghini Murcielago LP640 hasil penyertaan contest di blog Dulu Lain Sekarang Lain

set pinggang mangkuk CorningWare

Menang set pinggang mangkuk CorningWare dengan penyertaan contest ‘Detik Bersama Sunlight’

Dengan bantuan ebook maka terbina blog bahasa Inggeris yang mempunyai niche ‘Biomedical Engineering’ pada khemat saya ia adalah bidang Kejuruteraan Elektronik yang baru di Malaysia. Saya mempunyai iltizam untuk berkongsi pengalaman didalam bidang ini kepada masyarakat dengan harapan jika ada yang terjumpa blog saya boleh dijadikan pedoman dan panduan.

Kawasaki GT World dan Pusat Givi di SC Premium Bikes Sdn Bhd

Penglibatan pertama membuat ulasan pembukaan Kawasaki GT World hasil jemputan Broframestone

Saya mengetahui ia adalah satu cabaran untuk saya mengetengahkan niche ini kerana terlalu spesifik. Ada kemungkinan tidak ada trafik dan pembaca. Saya tetapkan hati meneruskan niat yang ketika itu berkobar-berkobar.

broframestone

Broframestone yang banyak menjemput saya menyertai event.

achmad & bens ashaari

Blogger Achmad & Bens Ashaari

Azmanisma dan Puan Bee

Blogger Azamanisma dan Puan Bee. Ada yang mengatakan mereka ini adik beradik.

Ariff shah

Blogger Ariff Shah pakar SEO.

AkuBiomed bersama Zarul Umbrella

AkuBiomed bersama Zarul Umbrella

eyriqazz, abang ensem dan azmanisma

3 lelaki kacak. Blogger Eyriqazz, Abang Ensem dan Azmanisma

Yanmie

Blogger Yanmie yang mudah mesra.

AkuBiomed bersama Mohd Ilham founder blog DenaiHati

AkuBiomed bersama DenaiHati

Malangnya jodoh saya dengan blog ini tidak panjang setelah 3 tahun bersama akhirnya saya memutuskan untuk tidak lagi mengunakan domain tersebut dan kegairahan untuk menulis blog tidak lagi. Akhirnya pada tanggal 13 April 2010 saya telah meletakkan noktah untuk berhenti menulis blog.

 

Puncanya adalah kekurangan ilmu blogging kerana tidak mempunyai mentor dan belajar melalui internet. Saya tidak terdedah dengan ilmu SEO berkait rapat blog. Perasaan berasa bosan mula melanda dimana rujukan saya jumpai lebih diketengahkan mengenai kemampuan blog menjana wang.

Gambar sukarelawan bersama Dato Mohammad Medan Abdullah dan ketua kampung Orang Asli Bukit Kala

Bagi saya ia adalah tindakan merugikan kerana pada tahun 2008 adalah kebangkitan era blog kerana persaingan masih rendah dan kebanyakkan pengiklanan ketika itu mudah untuk meraih pendapatan. Rata-rata nama besar blogging ramai yang bermula pada tahun tersebut dan sekarang ini menuai hasil kegigihan mereka. Tidak zaman sekarang ini semakin ramai yang mempunyai personal blog ada yang membina lebih daripada satu blog.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • ciklaili.com December 28, 2012 at 1:02 am

    pengalaman berharga bagi seorang blogger..

  • Dkna Abza October 4, 2012 at 2:15 pm

    tahniah… dkna baru jer berjinak dalam dunia nie dan bro framestone banyak jemput untuk join event.seronok lak rasanya berblog :)

  • Akmaomar October 3, 2012 at 12:11 am

    Tahun 2008 mmg ramai yg mula berblogging, masa tu anakbuah sy yg bru berumur 15 pun ada blog, time tu mak cik nye ni masih terkial2 nak belajar..huhu..nice sharing :)

  • wazy September 26, 2012 at 1:03 am

    salam
    seronok baca semua pengalaman bro ni
    tahun 2008 memang best,rata-ratanya saya dapat ramai kenalan dari blog juga
    masa tu semua memang rancak layan blog masing-masing
    semoga berjaya bro
    wazy recently posted..Bermulanya Kisah Seorang BloggerMy Profile

  • Hairul Hissam September 25, 2012 at 3:56 pm

    untung bro dapat jumpa ramai kenalan di internet…
    saya plak belum pernah lagi jumpa sesiapa yg dikenali di internet..
    Hairul Hissam recently posted..Petua Ubat Gastrik | Dugaan Kedua Rumah BarukuMy Profile

  • yanmie September 25, 2012 at 12:03 pm

    Salam,

    Seronok baca, sebenarnya kalau nak serius jana duit dari blog ni tak susah mana pun kalau usaha berterusan tu ada, nak berjaya perlukan masa.

    lagi satu kan, biar jelah apa orang nak cakap, yang penting kita blogging tidak menyentuh sensitiviti orang lain. serius nak buat duit dengan blog contact me..ekekeke, tolong kengkawan :D

  • Kamal Mustafa September 25, 2012 at 10:27 am

    Samolah kito Bro Azrin, dulu nak masukkan gambar sendiri pun rhaso malu sangat-sangat. sekarang dah tak kisah dah apo orang nak cakap.
    Kamal Mustafa recently posted..Pertama Kali Menjejakkan Kaki Di Kuantan, Pahang Darul MakmurMy Profile

  • topo September 25, 2012 at 3:11 am

    fuhhh kad blogger ko smart bro.. order mana?
    topo recently posted..5 Tahun Perjalanan Hidup Sebagai Seorang Penulis Blog: Episod 1My Profile

  • daddydee September 25, 2012 at 12:30 am

    Pengalamana mengajar kita.
    Betul tu peluang pada tahun2008 memang banyak terbuka, masa tu perniagaan internet pun masih terlalu baru apatah lagi blog.

  • GreenLava September 24, 2012 at 11:22 pm

    Suratkhabar hanya cerita yang indah-indah saja pasal blog/blogger, sebab tu ramai berblogging sekarang.
    GreenLava recently posted..SEO Using Wiki PlatformsMy Profile

  • hafidz September 24, 2012 at 11:43 am

    Yup tahun 2008 memang rare sangat.
    saya sebagai blogger ketika itu (semasa pakai domain lama) pun rasa sangat rugi kerana tidak mengambil peluang yang terbuka di depan untuk menjana income melalui blogging.

    Sekarang ni bila baru nak start semula blogging (dah genap 2 tahun), dia feel dah lain dah dalam jana income blogging. Banyak persaingan sebenarnya.

    Apapun blogging sebenarnya sangat-sangat fun! Menjadi seorang blogger sepenuh masa seperti saya dengan pendapatan yang sederhana ini memang nak kena USAHA BANYAK. Dan jika USAHA BANYAK ITU BERJAYA, ketika itu baru saya dapat jelaskan “Ada Apa Dengan Blogging” =)
    hafidz recently posted..Wordless Wedneday – EczemaMy Profile

  • tehr September 24, 2012 at 12:18 am

    banyak cabaran dalam meneruskan minat dan aktiviti
    pandangan kita tentang sesuatu juga boleh berubah mengikut peredaran masa
    tehr recently posted..Juara Terbuka Jepun 2012My Profile

  • sensasi2020 September 23, 2012 at 11:45 pm

    Menulis blog banyak cabaran,
    Kena hadapi dengan segala rintang,
    Sokongan semua pihak diperlukan,
    Jika tidak macam malam tiada bintang.

    Rasa berputus asa serta putus harapan,
    Jika apa dilakukan tiada sambutan,
    Ini semua asam garam dalam penulisan,
    Cuma perlu tabah dan cekal melawan.

    Berkongsi cerita untuk renungan,
    Agar mencari kelemahan yang ada,
    Pekerjaan dilakukan semuanya ada rintangan,
    Perlu dihadapi walaupun kejayaan tak seberapa.

    #Semoga berjaya apa yg dicita-citakan.
    Satu entri yg menarik untuk panduan kepada pandatang baru.
    sensasi2020 recently posted..Tiga Tahun Akan Datang! – Perancangan Dan Impian Yang Ingin Dicapai.My Profile

  • Ummi Hanie September 23, 2012 at 11:13 pm

    oh begitu sejarahnya,,,

    bidang engineering yer… hubby sy pun bidang yg sama, tapi chemical… beliau dikenali sbg “arang man”..hehe

    hmm, berbalik pd blog, mmg passion (minat yg mndalam) tu kena ada, disertai dgn kerajinan … ;) dan kreativiti juga

  • suri September 23, 2012 at 4:47 pm

    byk jumpa kwn2 baru rasa lebih luas pergaulan dan byk pengalaman

    • akubiomed September 23, 2012 at 6:41 pm

      Dunia siber tanpa sempadan. :-)

  • boni kacak September 23, 2012 at 12:15 am

    rasanya kat malaysia ni je dah mempunyai berpuluh ribu blogger..

    • akubiomed September 23, 2012 at 6:43 pm

      Blog tumbuh bak cendawan. Persaingan hebat tapi apa yang penting adalah menjadi diri sendiri.

  • Kak Long Mawar Merah September 22, 2012 at 10:39 pm

    Akubiomed memang seorang yang tekun. Sudah jauh menapak ke hadapan. Semoga akan terus maju dalam dunia blogging.

    • padin September 23, 2012 at 5:11 pm

      yup, aku rasa juga Akubiomed memang org yg tekun dan bersungguh bila buat satu pekerjaan

    • akubiomed September 23, 2012 at 6:44 pm

      Terima kasih. Tidak tahu berapa lama lagi akan bertahan dengan menulis blog. Mungkin suatu hari nanti perlu bersara dan mungkin diteruskan oleh legasi baru.

  • iAwani September 22, 2012 at 8:26 pm

    saya ingat lagi, memula tulis blog semata-mata nak meluah apa yang ada di fikiran dan berkongsi minat terhadap gajet, Tidak pernah terfikir nak jana wang dari blog. Just letak iklan kat situ dan lupakan.

    • lepakk.com September 22, 2012 at 9:36 pm

      Yeke… semua ada impian masing-masing

    • suri September 23, 2012 at 4:48 pm

      klu dpt jana mmg best bro raa dpt wet nak buat lagi dpt duit lagi heee

    • akubiomed September 23, 2012 at 6:45 pm

      Tabik bro kerana sehingga hari ini mempertahankan niche yang diset pada awal hingga ke hari ini.

    • akubiomed September 23, 2012 at 6:56 pm

      Kenapa blog tidak kotak komen? Ada masalah?

  • donnyien September 22, 2012 at 7:40 pm

    Blogging memang menyoronokkan apabila sesuatu impian bloging tercapai tapi kena ada minat yang mendalam bukan hangat-hangat tahi ayam. Tahniah dan All the best~

  • Mekar September 22, 2012 at 4:30 pm

    Tahniah atas usaha2 akibio yg semakin aktif dgn blog nya. Sya dapati akubio rajin tulis komen kat mana2 saje blog yg saya singgah. Sangat konsisten. Tabikk !

    pst: akubio ni tinggi juga orgnya (terutama bila tgk bergambar dgn en zarul tu. Zarul tu pernah la tgk kat tv dulu2).
    Mekar recently posted..Agenda Ke Sungai BulohMy Profile

  • Fahmi Raazali September 22, 2012 at 3:49 pm

    Berblogging memang seronok. Dapat tambah kenalan dan dapat juga tambah ilmu pengetahuan. :-)

  • kimmie September 22, 2012 at 3:08 pm

    begitu kisah disebalik penglibatan akubiomed dalam dunia blog rupanya. Tapi sekarang sudah banyak berkembang blog ni. Teruskan usaha…semoga berjaya

    • suri September 23, 2012 at 4:50 pm

      ada kish yg tersendiri heeee mmg buat diri tersenyum pas siap entri ni

  • Reena September 22, 2012 at 2:55 pm

    Betul, setuju sangat sebelum tahun 2008 memang tak ramai tahu mengenai kehebatan blog, jadi sesiapa yang awal-awal mula berblogging memang bertuah sangat sampai boleh menjana pendapatan tinggi. Alhamdulilah walaupun suka berblog, trafik pun terumbang-ambing dan ada masa tu tengok mood jugak untuk menulis. Saya tak kisah sangat sebab banyak pengalaman best yang saya lalui. Yang penting keikhlasan berblogging :)

  • lepakk.com September 22, 2012 at 12:38 pm

    Teruskan usaha bro.. skrg akubiomed jadi mentor lepakk.com

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:44 pm

      Layak ker saya menjadi mentor? Nanti ajar ilmu sesat.:-)

      • lepakk.com September 22, 2012 at 1:37 pm

        Takpe sama-sama sesat heheh

  • hatiputera September 22, 2012 at 12:29 pm

    Blog yang bermula dengan keinginan untuk menjana pendapatan sahaja dan bukan minat pasti tidak kekal lama. Harap bro terus maju.
    hatiputera recently posted..Jana pendapatan online tanpa modalMy Profile

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:35 pm

      Keghairahan menulis blog perlu ada kalau tidak tak akan ke mana.

      • suri September 23, 2012 at 4:51 pm

        harp tidak ke laut sllu. tpi klu mls nak update payah gak mau pi laut cari rentak dn aura kembali

  • LadyBird September 22, 2012 at 11:47 am

    sejarah awal penglibatan akubiomed dalam blog.. :D ..
    lady terlibat dlm dunia blog plak skdr tuk menulis diary hati.. x pernah terlintas tuk dptkan duit melaluinya.. tp kalau dpt alangkah baiknye.. :D .. spnjg lady berblog, pendptn terkumpul yg belum diambil lg sebanyak rm98. sob3x.. sikit sgt2..

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:31 pm

      Tak apa Lady bird bijak merencanakan kemahiran fotografi dengan menawarkan pakej gambar perkahwinan melalui Facebook.

  • Denaihati September 22, 2012 at 11:06 am

    tahniah blog bro dh sampai ke tahap sekarang, moga bro dan blog bro terus maju.

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:32 pm

      Inspirasi daripada sahabat blogger membawa saya ke tahap ini.

      • suri September 23, 2012 at 4:52 pm

        kami beri sokongan hee agar smgat akan terus subur utk berblog

  • Hairul Hissam September 22, 2012 at 10:35 am

    saya pula bermula dgn menghasilkan ebook.
    dan saya lihat blogging adalah tempat terbaik melariskan jualan ebook, dari situ saya mula berblogging.
    Kalo bro nak tambah income, bro kenalah hasilkan produk atau ebook yg bermanfaat…..
    krn ada juga yg beli ebook kita kerana nak support blog kita…….

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:33 pm

      Saya kagum dengan bro menghasilkan ebook dan menjadikan blog untuk tujuan pemasaran.

    • suri September 23, 2012 at 4:54 pm

      bro mmg handal sy tabik s[ing kt bro jana produk sndri.. klu sy tak mahu kerja sb kerja terikat dg majikan heee

  • Fauzi Blues September 22, 2012 at 8:54 am

    Aku pun pernah beberapa kali stop blogging…tapi Insyaallah sekarang ni semangat yg ada utk trus blogging agak padu… Semangat Harimau Malaya kembali meresap dlm jiwa…

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:34 pm

      Tidak lagi harimau yang tempang.

    • suri September 23, 2012 at 4:54 pm

      bro fauzi jgn luntur cari jejak kembali mesti ada aura dtg kembli

  • ahmadyani September 22, 2012 at 7:49 am

    Dulu kabur, sekarang sudah PRO…

  • Dulu Lain Sekarang Lain September 22, 2012 at 7:15 am

    Blogging mcm kerjajaya gak – ada ups and down . Ada time syok, ada time maleh nak layan… Anyway d good thing about blogging yg kawe rasa ialah ia bantu otak kawe berpikir. Kalau tak, rehat jer otak, rasa nak tido jer :D
    Cute lah lamborgini kuning tu? he he …

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:41 pm

      Macam pernah nampak kereta koning tu kan. Salah satu tujuan saya mahu minda saya berfikir dan membantu ketajaman fikiran.

      • suri September 23, 2012 at 4:55 pm

        org kata warna kuning tu blh berikan kita ketajaman fikiran dan tumpuan

  • Eizil September 22, 2012 at 6:56 am

    Menarik membaca pengalaman bro… Siap dah pernah berhenti menulis, tapi itu semua perkara yang mendewasakan… Selepas ni dah tiada sebab untuk berhenti dah, ramai kawan-kawan yang memberi sokpngan… Semogs bro terus maju dengan blog ini…

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:43 pm

      Alhamdulillah komen daripada sahabat blogger menjadi nadi kepada blog AkuBiomed.

  • KiD September 22, 2012 at 4:34 am

    betul tu… dulu2 tak tau pasal blog.. tengok macam redmummy.. dah berapa tahun.. sekarang layan 5 angka woooooo… hehehee

    • suri September 23, 2012 at 4:56 pm

      ada minat semua jalan ada rzki dn usaha tak kan kemana2

  • anif September 22, 2012 at 2:31 am

    Apa pun cabarannya, teruskanlah berblog. :D
    anif recently posted..Misi Mengurangkan Java Script Pada BlogMy Profile

  • dzuandiey September 22, 2012 at 1:44 am

    yeruskan perjalanan..ada masa, boleh jer update kan..hehe..kadang-kadang, hilang stress bila update blog..hehe

    • suri September 23, 2012 at 4:56 pm

      klu bosan kering idea b;h buat emtri WW tu heee hanya tepek pic jer heee

  • puanbee September 22, 2012 at 1:33 am

    2008 ye .. lama tu kalau lah tk berenti menulis kelmarin dah tentu blog dah mendapat penjenamaan sendiri .. tapi tak pe . masih belum terlambat .. akubiomed dah mula di kenali pun

    • akubiomed September 22, 2012 at 1:39 am

      Cetek didalam ilmu blogging menyebabkan saya ketinggalan progress dan kemajuan yang terjadi pada dunia blogging.

    • dzuandiey September 22, 2012 at 1:45 am

      kan PB….dah terkenal pun blog ni..huhu.. :-)

  • beckhr00y September 22, 2012 at 1:26 am

    “Akhirnya pada tanggal 13 April 2012 saya telah meletakkan noktah untuk berhenti menulis blog”

    Apa maksudnya, bro berhenti tulis blog ni skjp ke apa?
    beckhr00y recently posted..Biodata Shila Amzah Pemenang Asian Wave 2012My Profile

    • akubiomed September 22, 2012 at 1:38 am

      Saya berhenti menulis blog hampir setahun sebelum bermula balik dengan nama domain AkuBiomed pada 2010.

      • dzuandiey September 22, 2012 at 1:46 am

        sama macam cikgu la….memang dulu dah give up..hampir 3-4 bulan la…sebelum pakai hosting ni..hehe

      • suri September 23, 2012 at 4:57 pm

        ho kira sblum ni mmg pernah ada blog [astu stop dn teruskan blog baharu ..baru tahu,,

  • ciklaili.com September 22, 2012 at 1:21 am

    janganlah bersara dari menulis. teruslah menulis selagi ada yang mahu membaca penulisan saudara..

    * selalu singgah tapi tak pernah tinggalkan jejak ;)

    • dzuandiey September 22, 2012 at 1:46 am

      memang ada pembaca setia kan..hehe

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:37 pm

      Terima kasih menjadi silence reader disini. Saya amat menghargainya. :-)

  • yas September 22, 2012 at 1:19 am

    Aku dulu memula ingatkan berblog ni kacang2 buleh duit….bila dah masuk baru tau…nak2 ngadap cacing tu….tp aku akui, kalau kena dgn gaya dan cara berblog mmg memberi pendapatan sampingan menakjubkan dan mampu menjadi punca utama pendapatan…
    yas recently posted..Review Pantai Indah SeaView Resort – 1 Malam RM100My Profile

    • dzuandiey September 22, 2012 at 1:47 am

      betul tu..bukan senang nak jadi senang kan.hehee

      • suri September 23, 2012 at 5:15 pm

        makan masa nak naik dan d kenali melalui hasil tulisan sndri

  • maza September 22, 2012 at 1:19 am

    maza berblog asalnya hendak merakamkan detik2 kehidupan lalu maza…
    juga untuk menyampaikan sedikit info yg barangkali boleh dimanfaatkan oleh pembaca..

    penyudahnya blog maza jadi kacang marba.. macam2 dok ada.. hahahaha

    skrg blog adalah hobi.. bab pendapatan aderkkk… tolak ketepi dulu… ahaks.. hehehe

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:38 pm

      Ada mengunakan blog untuk mengembangkan bakat.

    • suri September 23, 2012 at 4:58 pm

      suka masuk blog bro maza sb byk gmbr2 dn susunan ayat teratur

  • Zida September 22, 2012 at 1:03 am

    rasa macam setuju dengan entri ni, sekarang persaingan blog semakin banyak, dan semakin ramai yang hebat dan mantop dalam bidang blogging niii. hurmmm.

    ps.hadiah contest zida jangan risau ye, otw, tertinggal kat mesir haritu. hehehe

    • akubiomed September 22, 2012 at 1:21 am

      Ingatkan hadiah sudah burn. :-) Terima kasih kepada Zida tunaikan janji.

    • dzuandiey September 22, 2012 at 1:47 am

      dah riban-riban otai sekarang…tengok ranking Alexa pun dah boleh tahu..hehe…

  • nurmisnan September 22, 2012 at 12:15 am

    Banyak juga pengalaman berblogging brother bersama2 dengan bro Framestone
    + DH.. GA atau contest2 yang dimenangi menjadi kenangan abadi hasi berblogging..
    All d best n gd luck
    nurmisnan recently posted..Blog u dah boleh tukar ke domain sendiriMy Profile

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:25 am

      Antara pengalaman yang saya kutip selama beberapa tahun melibatkan diri didalam dunia blogging.

    • dzuandiey September 22, 2012 at 1:48 am

      kan…banyak dapat hadiah dari DH..best sangat..sumber inspirasi nak berblog..hehe

      • suri September 23, 2012 at 5:13 pm

        menag dpt hadiah best,klu razi kta mmg senyum klu kalah redha bukan mlik kita heee

    • suri September 23, 2012 at 5:00 pm

      suka sunglight tu. sy tak dpt joint alah garu kpla saya tahu2 baru tarikh tu tutp semlm heee..

  • Shahrul September 22, 2012 at 12:14 am

    teruskan perjalanan, don’t look back…ewah :)
    Shahrul recently posted..Shila Amzah, Terbaik di AsiaMy Profile

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:45 am

      Suatu hari nanti perlu juga pertimbangkan untuk bersara dari dunia blogging.

      • suri September 23, 2012 at 5:01 pm

        sy rasa tak kot ab nak bt gtu rasa cuma kurangkan fokus tu mungkin heee

  • neu September 22, 2012 at 12:08 am

    menarik kisah bro

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:10 am

      Harap tidak ada yang bosan dengan bingkisan dunia blogging yang saya ceburi. Perjalanan masih jauh lagi.

    • suri September 23, 2012 at 5:04 pm

      kisah neu bagaimana pula heee

  • wanayu.com September 21, 2012 at 11:58 pm

    aku semangat la nk jadi blogger leh wt duit

    • akubiomed September 22, 2012 at 12:11 am

      Kesabaran dan keghairan menulis blog adalah tonik kejayaan.

      • suri September 23, 2012 at 5:11 pm

        tonik ada pd setip blogger smua berbeza2 ikut rentak admin tu sndri