Ada apa disebalik tarikh 1.1.11

Peristiwa 1 Jan 2011.

Secara kebetulan tengah menyemak dashboard WordPress tiba-tiba mata aku tertumpu angka komen untuk blog Akubiomed telah mencapai angka 3,333. Secara spontan aku mendapat ide untuk menulis mengenai peristiwa tarikh 1.1.11.

Skuad Harimau.

Rakyat Malaysia masih didalam mood merayai kejayaan skuad bola sepak negara dibawah bimbingan jurulatih tempatan iaitu Rajagopal yang merangkul Piala Suzuki AFF selepas 14 tahun menunggu. Skuad yang dibarisi pemain muda dan senior telah memberi nafas baru kepada suasana bolak sepak negara yang merundum. Timbul beberapa nama seperti Safee Sali, Khairul Fahmi, Norshahrul Idlan, Safiq, Kunanlan dan Mohd Amirulhadi mula menjadi sebutan di bibir peminat sukan bola sepak negara. Sekelip mata mereka ini menjadi popular dan turut mendapat tempias kepada yang mempunyai kaitan langsung dengan mereka ini. Tweeter Khairul Fahmi dilaporkan antara kedukan ke-5 tertinggi dunia. Turut kendengaran bebarapa pemain skuad kebangsaan menyatakan hasrat untuk mencuba nasib diluar negara setelah dipancing beberapa pasukan dari Indonesia

Logo 1 Malaysia

Kerajaan negeri Selangor telah mengharamkan pengunaan logo 1 Malaysia di negeri ini. Berbeza dengan seorang pengusaha restoran seolah-olah mencabar pengusaha mamak yang merancang menaikan harga menu makanan mereka pada awal tahun 2011. Teh, roti canai pada harga RM1 adalah sesuatu yang luarbiasa sekarang ini dengan kenaikan harga minyak dijadikan alasan untuk menaikkan harga tepung dan gula. Sebuah Restoran Rakyat 1 Malaysia yang diusahakan oleh En.Rashid Ismail, pemilik restoran sejak tahun 1973 lagi menawarkan sekeping roti canai(40sen) dan secawan teh tarik(60sen) masih boleh dinikmati pada harga RM 1sumber Harian Metro

Bayi kelahiran 1.1.11

Detik yang dinanti oleh ibu-ibu di Malaysia dengan menyambut kelahiran bayi 1 Jan selepas detik 11.59 malam 2010. Selebriti dan juga pelawak Shamsul Ghau-Ghau dan pasanganya Syarifah Azrinah selamat menyambut bayi perempuan seberat 3.8kg pada jam 11:11 pagi di hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi adalah anak ke-2 mereka – sumber Metro Ahad

Be part of the Invent Your Own iPad Application Contest and Win!

Orientasi murid tahun 1

Menyaksikan anak-anak yang berumur 7 tahun sudah memulakan orientasi untuk tahun 1. Tahun 2011 ini Kementerian pendidikan telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mengantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.

Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.

Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. sumber: BlogCikgu[Dot]Com

Pelakon drama Tiramisu dan Adamaya iaitu Faizal telah meninggal dunia

Berita yang mengejutkan dunia seni semalam menyaksikan seorang lagi anak seni iaitu Allahyarham Faizal Mohd Yusof telah meninggalkan dunia selepas dimasukkan unit rawatan rapi di Pusat Rawatan Islam(Pusrawi) di ibu negara kerana serangan jantung – sumber Mingguan Malaysia

11 pasangan kekasih telah diberkas oleh Jawi selepas sambutan tahun baru 2011

Sambutan tahun baru menyaksikan 11 pasangan kekasih yang beragama islam telah diberkas oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kerana berkhalwat diberapa hotel di ibu negara selepas sambutan tahun baru- sumber Mingguan Malaysia

Take the Nestle Wellness Profiler test today!

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • avivul January 16, 2011 at 6:00 pm

    same jo
    sodih

  • suffia January 16, 2011 at 5:59 pm

    sedih bila dengar cite faizal yusof
    yg meninggal dunia
    huhuhu…..

  • abby kamil January 4, 2011 at 5:08 pm

    kalau saya lahir 1 januari mesti sedih sbb jd org yg paling tua antara rakan.

    hehehhhehehehe

  • sweet January 4, 2011 at 4:17 pm

    suka duka 1111. nombor unik ni org sng ingt peristiwa yg berlaku tu saje

  • Mus January 4, 2011 at 3:49 pm

    selamat tahun baru dan semoga blog ini terus maju jaya..
    Mus recently posted..Taman Jubli Bukit Aup SibuMy Profile

  • suri January 4, 2011 at 11:28 am

    selamat tahun baru..

    byknya 1111 heee..hurm.. cam nombor ekor ker heee..

    suka dgr berita kelahirab bayi baru tu..terujua tgok kt tv he…

  • sollehahn January 4, 2011 at 8:07 am

    fuiyoh…tarikh 1111, komen 3333…cun2..

    btw, kematian Allahyarham Faizal Yusof memang mengejutkan. masa mula2 terbaca kt blog orang, ingatkan ada manusia yang buat onar…

  • Ladfe Amir January 4, 2011 at 4:18 am

    tarikh ini akan berganjak ke angka lain pada tahun depan. menambahkan usia kita pada tahun ini.
    semoga azam tahun lepas berjaya.
    azam tahun ini menanti pula.
    semuanya ada pro n kontra.

  • Fitrihadi January 4, 2011 at 1:54 am

    uikk ada gak yang kena tangkap pada malam tahun baru.. ish3 tak habis2..
    Fitrihadi recently posted..Guest Blogger Tips Dapatkan Buffered Earning Dari NuffnangMy Profile

  • elmoudy January 3, 2011 at 11:36 pm

    angka cantik…tapi bisa juga berarti angka di penghujung masa…
    suatu waktu…yang semoga saja tak bermakna negatif..
    dan berharap itu masa adalah awal kebaikan seluruh umat manusia

    • akubiomed January 4, 2011 at 12:09 am

      Itulah sebaik-baiknya mengharapkan sinar harapan

  • tehr January 3, 2011 at 11:18 pm

    sebahagian dari rangkuman ni aku belum tahu
    thanks
    selamat tahun baru

  • padin January 3, 2011 at 10:02 pm

    yup, ada positif dan ada negatif, tarikh yg senang untuk di ingat..

    • akubiomed January 4, 2011 at 12:08 am

      Cuma sekali didalam 1000 tahun :-)

  • Khidhir January 3, 2011 at 9:54 pm

    Tapi memang ramai lahir 1 jan ni. Kat FB aku je ada 92 org lahir 1 jan. Jenuh nak wish birthday
    Khidhir recently posted..Selamat Tahun Baru 2011- Khidhir dot Com Berwajah BaruMy Profile

    • suri January 4, 2011 at 11:29 am

      alah hang kan blh tag jer bukan susah pun letak pic and tag lalalaa…

  • Fahmi Raazali January 3, 2011 at 7:19 pm

    itu cuma satu tarikh aje… xde apa2 yg istimewa pasal 1.11.11 tu… kita jangan terlalu obses dgn angka tersebut…

    kalau kebetulan apa2 berlaku tu terima aje :-)
    Fahmi Raazali recently posted..Cerita Awal Tahun Baru 2011My Profile

    • akubiomed January 3, 2011 at 9:36 pm

      Memang pun jangan sampai lari akidah

  • Norasikin January 3, 2011 at 3:48 pm

    Ingatkan nak senaraikan peristiwa menarik 2011 je. Rupa2nya peristiwa tak menarik pun ada. Rasanya bukan hanya 11 pasangan je yg ditangkap khalwat. 11 tu cuma yg dilaporkan oleh akhbar je. Mungkin ada 2011 pasangan kot. Siapa tau..

  • intankuterpilih January 3, 2011 at 2:06 pm

    sgt terkesan berkenaan cerita arwah Faizal Yusof tu..mcm tak percaya tp itulah hakikatnya.. mati itu pasti dan pasti…

  • luth textile January 3, 2011 at 12:46 pm

    ada negatif ada positif ni..
    selamat tahun baru bro

  • Affan January 3, 2011 at 12:14 pm

    spoil betul yg last sekali tu. mesti ada. ugh!!

  • maverick January 3, 2011 at 11:59 am

    peh…banyak rupanya kejadian berlaku pada 1.1.11 ni…Alhamdulillah masih di panjangkan umur…banyak lagi benda yang belum dibuat…banyak juga yang belum bertaubat…;p

  • fendidahada January 3, 2011 at 11:45 am

    wah banyak betul peristiwa dinanti 1 jan 2011..maksiat pun banyak kan…anyway selamat tahun baru…
    fendidahada recently posted..Misi Menghantar Utusan Kerajaan SepuluhMy Profile

  • sw33tdarling January 3, 2011 at 10:37 am

    orang kawen pun ramaiiiiiiiii….!
    Inviting You To Join Give Away PILIH THEME BLOG

    • akubiomed January 3, 2011 at 9:24 pm

      Betul, ramai pasangan memilih tarikh ini dan tarikh ini akan hadir sekali lagi dalam masa 1000 tahun dari sekarang

  • ProfHariz January 3, 2011 at 10:24 am

    Dalam kegembiraan pasti akan ada kedukaan dalam tarikh 1.1.11…

    • akubiomed January 3, 2011 at 9:21 pm

      Tiap – tiap tahun yang paling dikesalkan adalah kisah hitam di sebalik sambutan tahun baru

  • zuriey January 3, 2011 at 10:11 am

    banyaknya komen dia..cantik je nombor

  • Anwar Osman January 3, 2011 at 9:51 am

    banyaknya 1 dalam 1.1.11 punya entry. ini namanya 1 entry banyak cerita.

    • akubiomed January 3, 2011 at 9:20 pm

      Memang unik angka 1.1.11. Dalam apa-apa perkara pun perlu ada kesatuan dan muafakat

  • sangilapi January 3, 2011 at 6:26 am

    rangkuman peristiwa pelbagai kisah sempena 1.1.11 dalam 1 entry :)

  • belalang January 3, 2011 at 3:31 am

    salam bro…

    rajin bro kumpulkan berita2 yg menarik itu…
    slmt tahun baru!

    • akubiomed January 3, 2011 at 9:19 pm

      Selamat tahun baru. Moga-moga apa yang direncanakan menjadi kenyataan untuk tahun 2011

  • alexa yussida January 3, 2011 at 3:30 am

    selamat tahun baru jgak:)

    oh,ni kali ke 5 tahun sy sambut kat sini tp br skali btol2 g smbut tgk fireworks ngn russian ppl..sejuk la,tak tahan..huu

  • Ali ridha January 3, 2011 at 12:40 am

    1.1.11 ada jualan murah.
    mana nak keluar rumah.

    Selamat tahun baru 2011…………
    Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010My Profile

    • akubiomed January 3, 2011 at 9:18 pm

      Memang banyak iklan sempena tarikh 1.1.11 tapi saya pun tak keluar pun :-)

  • dnoBiz January 3, 2011 at 12:00 am

    cerita suka duka yang menyambut kedatangan 2010 :D
    dnoBiz recently posted..Yang terbaik BagiMu – Kepada Pengulas Yang terbaikMy Profile

    • dnoBiz January 3, 2011 at 12:03 am

      sudah silap tu 2011 sebenarnya

  • Norizwan January 2, 2011 at 11:55 pm

    macam-macam yerk…paling gempak kelahiran bayi tu…11:11am 1/1/2o11…

    • akubiomed January 3, 2011 at 12:10 am

      Kebetulan pula :-)

      • suri January 9, 2011 at 1:44 am

        keramat sungguh tarikh tu heee

  • zik January 2, 2011 at 11:13 pm

    restoren rakyat 1 malaysia ada dekat ara maju junction… perghh semua macam2 hal berlaku 1/1/11.. ish2..
    zik recently posted..Pemilihan aliran yang sesuai selepas PMR!My Profile

    • akubiomed January 2, 2011 at 11:38 pm

      Pernah makan di Restoran tersebut?

  • Eizil January 2, 2011 at 10:30 pm

    Kat mana yer restoran rakyat 1 Malaysia tuh? kagum laks ada kedai yang boleh sediakan roti canai + teh tarik dengan harga RM1 jer, bukan perkara yang biasa terjadi, biasanya roti canai jer dah RM1.

    Banyak gak peristiwa yang berkaitan dengan 1.1.11 ni, semua yang berkait dengan nombor 1 akan menjadi tarikan pada tarikh ini. Semoga tahun ini akan memberikan seribu satu kejayaan dan kebahagian kepada kita semua.
    Eizil recently posted..Anda suka memasak- tetapi sibuk dengan kerjayaMy Profile

    • akubiomed January 2, 2011 at 10:48 pm

      Tidak pula dinyataka secara tepat dimana lokasi restoran ini yang beroperasi di Petaling Jaya

  • nurmisnan January 2, 2011 at 8:51 pm

    Assalamualaikum brother
    macam2 pahit payau manis yer
    kisah2 baru 2011…

    • akubiomed January 2, 2011 at 9:36 pm

      Walaikumusalam waramatullah, itulah kisah yang tertulis tika sambutan tahun baru

  • pipoq January 2, 2011 at 8:39 pm

    tu yang masuk berita je 11 pasangan tu kene tangkap, yang terlepas dan tak tertangkap ntah berapa ramai la pulak..

    • akubiomed January 2, 2011 at 9:36 pm

      Memang betul yang terlepas tidak tahu berapa ramai lagi :-(

  • alif January 2, 2011 at 8:32 pm

    wah hebat teruskan bro

  • Amry January 2, 2011 at 7:57 pm

    107 post. 3333 comment. sangat terkejut disitu. syabas bro.
    blog yang terus diikuti.
    moga tahun 2011 ni akan menjadi lebih baik dari tahun 2010. Amin
    Amry recently posted..Saya Blogger PerakMy Profile

  • Hadi Rofiee January 2, 2011 at 6:34 pm

    Salam akubiomed.

    Pertama sekali, tahniah untuk pasukanku Malaysia kerana kejayaan tempoh hari. Sebagai rakyat Malaysia, aku sangat berbangga dengan kejayaan ini. Terharu apabila 5000 orang penyokong menyambut kepulangan mereka di KLIA.

    Keduanya, kematian pelakon tersebut sangat mengejutkan. Walaupun kurang mengambil perhatian tentang artis, namun oleh kerana umurnya yang masih mudah, sangat mengejutkan. Mati boleh datang bila2 masa sahaja tanpa kita ketahui bilakah waktunya.

    Berkenaan 11 pasangan kekasih itu, aku rasa tersangat malu dan geram. Islam hanya di kad pengenalan sahaja. Hmm…

    Akhirnya: semoga tahun 2011 ini lebih baik daripada sebelumnya & semoga kejayaan pasukan diteruskan ke peringkat seterusnya.

  • maza January 2, 2011 at 5:57 pm

    banyak peristiwa di sebalik 2010 itu kan…

    tapi tak pelah, itu semua sudah jadi sejarah. sekarang kita perlu buat pembetulan dan terus memacu ke hadapan… huhuhu

    mana yg tak elok tu dijadikan sempadan.. maza mohon agar tahun ini lebih cemerlang, terbilang dan tidak temberang gitew.. huhuhuhu

    • akubiomed January 2, 2011 at 9:34 pm

      Tiap – tiap tahun sama sahaja setiap kali sambutan tahun baru dan harapan saya perubahan silibus pendidikan dan penerapan subjek seks didalam PLKN dapat merubah senario gejala sosial yang melanda dinegara ini

      • adamfaiz January 2, 2011 at 10:17 pm

        Ada juga berpendapat jika seks dilakukan tapi dengan kawalan tanpa melahirkan anak luar nikah, ianya ok.. Dalam masyarakat lain mungkin ok, tapi untuk masyarakat Islam amat tidak sesuai..

        • akubiomed January 3, 2011 at 12:09 am

          Saya percaya mana-mana agama melarang penganut melakukan hubungan seks sebelum berkahwin

  • anif January 2, 2011 at 5:40 pm

    Banyak peristiwa positif dan negatif berlaku pada tarikh tersebut.

    Yang lahir disambut sebagai bayi tahun baru.. manakala kembali ke rahmatullah, Al Fatihah buat mereka.

    Semoga tahun 2011 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Insyallah.
    anif recently posted..Tahun 2011 Menjanjikan Seribu HarapanMy Profile

    • akubiomed January 2, 2011 at 9:33 pm

      Apa bila melihat kejadian manusia memang hebat dan pada sama apabila melihat manusia di jemput Ilahi timbul keinsafan pada diri ini

Trackbacks
  • Kenapa tiba-tiba Macaron | AkuBiomed February 12, 2011 at 5:59 pm

    [...] Ada yang mengatakan Macaron berasal dari Perancis dan masih ada perdebatan mengenai asal usul Macaron ini.  Larousses Gasronomique adalah bandar dikatakan dimana Macaron ini dicipta. Ada setengah mengataan Chef Pastri seorang Itali telah membawa resepi ke Perancis pada tahun 1953 selepas berkahwin dengan Raja Henry II Perancis. Pada tahun 1830an, 2 keping Macaron telah dilapik dengan isian jem, krim mentega seperti yang terdapat hari ini. [...]

  • Apa terjadi pada 11.1.11 | AkuBiomed.Com January 15, 2011 at 4:02 pm

    [...] unit 1. Tahun ini akan berlaku 4 kali ulangan angka 1 untuk tarikh dan bulan yang berlainan iaitu 1 Jan 2011(1.1.11), 11 Jan 2011(11.1.11), 1 Nov 2011(1.11.11) dan 11 Nov [...]

  • [...] (LDL). Kolestrol jahat ini  antara salah satu penyumbang masalah kesihatan kardiovaskular seperti sakit jantung. HDL akan deposit pada dinding saluran darah menjadikan saluran akan menjadi sempit dan menyebabkan [...]

  • [...] This post was mentioned on Twitter by akubiomed. akubiomed said: Ada apa disebalik tarikh 1.1.11 http://bit.ly/gR7VT4 [...]