Abang Ngah bakal duduki ujian saringan tahun 1

Ujian terbahagi 2 bahagian iaitu kertas 1 Bahasa Melayu dan kertas 2 Matematik

ujian saringan tahun 1

Beberapa hari yang lalu aku agak sibuk berulang-alik ke hospital melihat keadaan isteri dan bayi lelaki yang baru dilahirkan Isnin baru ini. Pada masa memastikan memberi latihan latih tubi kepada anakku yang bernombor 2 membuat latih tubi dengan menulis namanya.

Agak liat abang ngah hendak membuat latihan menulis namanya sudah kering tekak menyuruhnya menulis nama. Nak siapkan 3 baris pun mengambil masa 1/2 hari. Konsentrasi abang ngah agak terganggu dengan gamitan oleh abang long dan cerita adik ajak bermain.

Sehari sebelum ujian pada hari Sabtu aku mula tak senang duduk dengan buat semakkan alat tulis dan pensel warna abang ngah. Rupanya alat tulis abang ngah tak lengkap dan ditambah lagi pensil warna yang boleh dikira jari. Aku pula sibuk-sibuk seolah-olah aku yang bakal menduduki ujian saringan tahun 1 bagi sesi 2011 hari Sabtu.

Abang ngah nampak yakin ujian nasional yang bakal diduduki manakala aku pula yang stress. Harap-harap abang Ngah tidak menangis berlagu macam abang long ketika menduduki ujian saringan yang sama pada tahun lepas.

47 total views, 1 views today

69 thoughts on “Abang Ngah bakal duduki ujian saringan tahun 1”

  1. Pingback: Pengalaman sekolah untuk tahun 1 sesi 2011
  2. Pingback: Persiapan persekolahan abang Ngah
  3. ujian saringan tahun 1…bro,maaf nak tanye..ni ujian utk tentukan kedudukan kelas nanti ke? maklumlah..dulu2…takde plak ujian camni…

    tahniah utk kedatangan anak yg baru..moge bertambah rezki dan makin bahagia..ameen
    hafizmd recently posted…Pendidikan seks tahun depan- apa pandangan andaMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Terima kasih. Kununnya buat saringan kelas masa anak sulung selepas saringan masih tak berlajar asyik buat latih tubi. Rasanya saringan tak perlu buat berasingan kerana ia boleh ditentukan semasa ujian penggal baru buat saringan kerana pada masa itu potensi anak-anak tersebut boleh diawasi dengan jangka masa panjang. Bayangkan periksa saringan kelas 1/2 hari sudah tahu potensi anak maklumlar anak-anaknya ada kejutan semasa tadika dan suasana ujian kelas sebenar tak sama. Berkemungkinan tidak dapat menunjukkan kemampuan yang sebenar

    [Reply]

  4. anak nak exam ibu-bapa yg teruja he3 biasalah tu bro..sama juga dengan situasi saya… :)

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sebagai seorang ayah semesti mahu melihat anak mendapat pendidikan terbaik dan berjaya didalam pelajaran

    [Reply]

  5. kira ok la bebudak zaman sekarang..
    saya dulu, siap kena mak temankan..tak boleh lari dengan bau ketiak..hehe
    biasa la zaman kanak2 ni memang best tambah2 nak pi sekolah..
    macam2 ragam…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tak ada beza sekarang dengan dahulu masih emak-bapak temankan.

    [Reply]

  6. hehehe dah ada experience dgn abg long tue pun terasa kalut lagi dengan abg ngah juga?

    budak-budak bro…layan jer…nanti dah besar…leh cerita kat depa apa yang terjadi masa nak masuk sekolah…

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Setiap anak berbeza pencapaiannya walaupun dah boleh agak ujian yang akan diberikan. Nanti kongsi cerita bersama cucu nanti :-)

    [Reply]

    hafizmd
    Twitter:
    Reply:

    terima kasih bro…kongsi pengalaman,bolehla aku amik jadi panduan serba sikit…anak masih kecil ni…
    hafizmd recently posted…Pendidikan seks tahun depan- apa pandangan andaMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Lambat lagi tuh by the time sistem pendidikan sudah berubah kesian kat bebudak dunia tu demanding

    [Reply]

  7. semoga berjaya abg ngah yerk..

    xtau plak ada ujian gak nk masuk darjah satu.. heheh..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sekarang tahun 1 diwajibkan ambil ujian saringan untuk mengenal pasti tahap kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira)

    [Reply]

  8. berat tugas bila jadi ibu ayah
    didikan untuk anak2 mestilah smart
    Wan Perlis recently posted…Filem KongsiMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Mak bapak sekarang mampu menghantar anak tusyen seawal pra sekolah masa zaman saya hantar tusyen semasa nak ambil penilaian darjah 5

    [Reply]

  9. Anak sulung saya menduduki peperiksaan saringan darjah 1 hari sabtu tempohari..

    Betul tu anak yang menduduki peperiksaan ibu bapa yang stress :)

    Ini baru peperiksaan saringan belum lagi UPSR, PMR & SPM.. Harap anak-anak tidak tertekan dengan harapan yang tinggi mengunung daripada ibu bapa.
    anif recently posted…Blogger Tegar – Siri 7My Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Macam-macam nasihat saya terima jangan terlalu memaksa anak-anak yang masih ingat nak bermain sahaja. Bagi saya ini pengalaman saya membesarkan anak-anak :-)

    [Reply]

  10. hooo keletah anak2 mmg mencuitkan hati ibu bapa..tapi anak2 ttp relak jer buat cam hari2 sekolah biasa hee..

    semoga anak akan lebih tekun mjwab soalan kelal dan berjaya maju kehadapn lagi..

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Tular pasal. Muka abang ngah sungguh slamber. Apabila ditanya boleh buat ujian nanti hanya dilemparkan senyuman :-)

    [Reply]

  11. good luck abg ngah….:) tahniah bro dapat babyboy…:)
    Norizwan recently posted…Tersilap TegurMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sama-sama, abang ngah dah ambil ujian. Kertas 1 bahasa Melayu bantai melalak tapi kertas 2 buat

    [Reply]

    suri Reply:

    oh terlupa..tahniah di atas kelahiran bby baru..apa nama dia sahabatku??

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Sama-sama. Baby diberi nama Muhammad Nor Aslah :-)

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    aku teringat nama singa kat dalam cerita Narnia “Aslan”
    dnoBiz recently posted…Untuk Mereka Yang bercinta – Khas untuk awek dan isteri yang GarangMy Profile

    [Reply]

    akubiomed Reply:

    Yang ni tak sama bro :-)

    suri Reply:

    sedap nama tu ;)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge