Pemakaian abah-abah keselamatan di Malaysia masih baru.
Petikan dari Kosmo! Online
“Hampir setiap kali keluar membeli-belah, pasangan Mohd. Azmi Mamat, 33, dan Salman Azztha Sulaiman, 32, akan menjadi perhatian. Sekali-sekala, ibu bapa kepada dua orang anak kecil itu turut didatangi orang yang tidak dikenali. Mereka ini sebenarnya tampil untuk memberi kata-kata sokongan.
Semuanya kerana tindakan kedua-dua ibu bapa moden itu mengikat anak-anak mereka dengan menggunakan abah-abah keselamatan (harness) setiap kali berada di luar rumah. Idea penggunaan kaedah itu ke atas kedua-dua orang anak mereka, Muhammad Adam, 4 dan Muhammad Daniel, 3, sebenarnya bersebab.”
Aku sendiri mempunyai anak ramai akui mengalami masalah anak-anak ketika membeli-belah kerana kelasakan anak-anak aku semuanya lelaki. Cara aku mengawal kelasakan anak-anakku dengan menggunakan troli tolak sehinggakan aku tidak kujungi pusat membeli-belah jika pusat membeli belah tersebut tidak menyediakan troli tolak.
Sehinggalah anak aku sudah tadika dengan sendirinya akan meminta memasukkan mereka didalam troli tolak jika ke pusat membeli -belah. Anak-anak tidak ada masalah kerana setengah famili ada mengadu anak-anak mereka akan menangis jika duduk didalam troli tolak.
Sebagai keselamatan apabila anak-anak didalam troli tolak jangan sekali-kali biarkan tanpa pengawasan kerana troli tolak yang pusat membeli belah boleh mengundangkan kecelakaan seperti terbalik kerana ground clearance troli agak tinggi dan tidak stabil.
Emm memang susah sikit nak bergerak kalau anak aktif..hehe