Bunga Tabebuia pentaphylla lebat berbunga memberi suasana musim bunga Sakura
Kisah bunga Tabebuia pentaphylla yang lebat berbunga dibeberapa tempat hangat diperkataakan seolah-seolah seperti suasana musim bunga Sakura di Jepun. Saya tidak sangka pokok bunga Tabebuia pentaphylla juga ditanam sebagai pokok pinggiran jalan dikawasan perumahan saya tinggal.
Walhal hari-hari lalu ulang alik diantara rumah dan ke tempat kerja tidak terperasan kewujudan pokok Tabebuia pentaphylla yang menghiasi kiri dan kanan sepanjang jalan. Pokok Tabebuia pentaphylla ini terdapat 2 warna yang ditanam iaitu bunga warna putih dan merah jambu.
spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun” – sumber FRIM
Semua gambar diatas diambil dengan mengunakan telefon bimbit sahaja.
cantiknyaa… makin tambah bangga dgn Malaysiaku 🙂
bestlaaa..dapat p korea di malaysia..hehe
Untong laaa dapat tgk musim bunga depan mata… kat tempat saya study nie bunga pun xde.. hehe.
lebatnya bunga…. napelah tak nampak pula bunga kat KL ni..
yang haritu kat kedah, pokok nie jugak ker?
Cantiknya. Tak perlu nak ke negara orang untuk menikmatinya. Sungguh asyik pada pandangan mata,
memang lawa pokok ni, kalau sampai musim terus ja cantik dengan bunga bunga
Dekat sini pun ada jugak,,,bunganya belum luruh lagi..
Saya pun ada koleksi. Nak update tak terupdate. hehehe
Cantik. Mcm dah kat jepun dah ni…
baru tau jenis pokok nie..ada buat entry pasal musim bunga nie jgk tp x tau nama..heheh..
Wow.. cantiknya… mcm dekat jepun.. hihi
pehh..memamng cantek plak gambar bunga sakura tu..
tak payah pergi ke Korea kat malaysai sendiri pun ada
tak perlu lagi nak ke Korea kat malaysia ni sendiri ada
terasa macam kat luar negara la pula bila ambil gambar pokok tu…kat Malaysia lagi rupanya…hee
Kat tempat saya pun ada, jadi tarikan penggemar lensa.. tak juga menjadi tempat untuk raja sehari mengambil gambar kenangan.. feeling winter sonata..
Bunga ini antara bunga yang kuat tumbuh meski tiadahujan.
Kat tepi jalan tak boleh nak berkhemah. Kat mana ada tanam banyak pokok ni kat taman? Saya nak berkelah mcm org jepun buat tu
tahun2 lepas pun pokok ni berbunga jgk… cuma tahun ni kelebatan bunga tu lain macam… lebat sangat2… kalau sepanjang jalan ada pokok ni memang sngt2 cantik berbanding sebatang dua je…
Boleh menjadi produk pelancongan di satu-satu yang banyak tanam pokok bunga ini. Majlis bandaran kena wujudkan satu taman khusus untuk tanam pokok ni.
Ya, ia adalah satu fenomena yang menarik berlaku sekarang ini.
den lagi lah.. depan rumah sendiri langsung tak perasan.ahahaha
Ini pokok bunga kertas kan?
Bukan bunga kertas.
Tempat kawe tak de pokok ni ehh. DBKK tak suka tanam sbb high maintenance terutama bila time daun gugur 😀 Cuma ia cantik dan patut ada taman khas utk letak pokok ni dan pokok2 yang menawan yg lain. Boleh la kita main tembak2 guna SLR kan bro?
Bunga yang gugur pun banyak bagaikan hamparan permaidani yang indah.
Ok, kita main swimming dalam daun pokok skali 😀
lawa btol..dh mcm musim bunga btol nih..buat pohotoshoot muslimah pon cun ni..
Setuju sangat dengan cadangan bro. 🙂
🙂 Tak payah nak ke luar negara lagi.. Di sini pun sudah cukup cantik!
Bolehlah berangan-rangan berada di musim bunga. 🙂
tulahkan…
mulanya maza juga tidak ambil kisah sangat.. tetapi entah bagaimana sejak dua menjak ni tetiba terpandangkan keasyikan panorama indah dengan pokok bunga sakura Malaysia ini..hehhee
maza teringat sewaktu kecil-kecil dahulu pokok bunga raya menghiasi latar desa dan halaman rumah. Sehinggakan pada tahun 1950-an, negara kita mengistiharkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan.
Lewat tahun 1970-an hingga 80-an, pokok bunga angsana dengan rendang menghiasi bandar besar seperti Kluang dan Klang.
Ada baiknya semagat menanam pepohon bunga dan hiasan ini digalakkan lagi. Dalam masa sama kita menyuburkan bumi dan mengurangkan kesan pemanasan global.
hehehe
Maksudnya didalam hati ada bunga. Bahaya tuh. 🙂
Tu la pasal. Maza kata ada warna kuning. Nape diaorg tak tanam dkt umah saya. Ingin nak tengok yg kuning
yang kuning tu biasanya pokok angsana ditanam. bunga angsana pun encem juga.
Di Kedah ada banyak juga hat yang kuning ni ditanam.
Betul bro.
Musim bunga Sakura di Malaysia.Di taman permainan depan rumah aku pun ada beberapa pokok Bunga Sakura yang sgt lebat…:-)
Tabe ui……berbelit nak sebut….*garu kepala*
Saya tidak berani sebut didepan orang bimbang tersembur air liur. 🙂
wah cantiknya memang terasa di jepun
Di Muar ada juga macam ni. Suka tengok bunga jatuh bertaburan pada jalan raya. macam nak duduk kat situ. haha
Rasa hendak baring bunga-bunga yang gugur ibarat hamparan bunga yang disulam indah.
Kat taman permainan rumah gua warna putih punya bro. terkejut gak hari tu bunga penuh satu pokok. kagum jap. haha
Mana taknya bro. Bunganya bukan main lebat satu pokok.
Oh, Tabebuia pentaphylla namanya. tengok gambar-gambar semua ni memang surprising jugak la. Cantik. Sejak bila pokok bunga ni ditanam di Malaysia? Kenapa selama ni tak pernah nampak? Huhu
Kalau lihat pada batang pokok kemungkinan melebihi usia 5 tahun.
Pergh!!!! terbaiklah… macam para para sakura dah.
Boleh lah hendak menari para para Sakura.
Nice view. . Lebih kurang view mcm nie kat area tmpt saya tinggal
Saya pun terpukau dengan fenomena ini.
saya pun pernah mengalaminya sendiri di tuaran.. pokok banyak di kawasan sekolah anak.. cantik kalau photoshoot..
Cantikkan apabila pokok-pokok ini menghiasi sepanjang jalankan.