3 Juta tonton Kuch Kuch Hota Hai

Penangan 3 Juta tonton Kuch Kuch Hota Hai.

Tidak sangka filem Hindustan Kuch Kuch Hota Hai yang diterajui oleh Shahrukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee masih mampu menarik 3 juta penonton di Malaysia menerusi slot Panggung Sabtu di TV3 Sabtu lalu. Jumlah penonton diperolehi  hasil tinjauan Nielsen Audience Measurement.

3 Juta tonton Kuch Kuch Hota HaiKredit: Dharma Productions

Filem Kuch Kuch Hota Hai ini mula ditayangkan pada tahun 1998 iaitu 14 tahun lalu berkisar cinta 3 segi antara Rahul Khanna (Shahrukh Khan), Anjali Sharma (Kajol) dan Tina (Rani Mukherji). Filem ini diarahkan oleh pengarah tersohor filem-filem cinta romantik Hindustan iaitu Karan Johar telah meraih kutipan Box office RM84Juta. Dihujung filem ini turut di tampilkan penampilan istimewa Salman Khan.

Saya tertarik dengan blogger Maza pemilik blog Gubuk Kecil Kembara Jalanan yang terjebak oleh rakannya membawa menonton filem ini sehingga beliau membeli VCD filem Kuch Kuch Hota Hai. Bukan setakat bro Maza terjebak, saya pun terjebak sama membeli VCD filem ini. :-)

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • aleen February 26, 2012 at 11:24 pm

    AKU LA SALAH SORANG TU… HE3

  • Norasikin February 23, 2012 at 11:09 pm

    Terkenang kawan saya masa belajar dulu memang peminat hindustan. Masa cerita KKHH ditayangkan, dia tengok 18 kali dan masih nak tengok lagi. ntah berapa kali jumlah sebenar dia keluar masuk panggung untuk cerita ni saya pun tak tahu. Pantang ada org tanya, best ke cerita tu? Pasti dia belanja tengok wayang. Asalkan ada teman, dia ok je

  • Lawrence Vision February 22, 2012 at 2:43 pm

    Maih hebat penangan SRK ni rupanya tapi memang best jugalah cerita ni.

  • MEKAR February 21, 2012 at 11:32 pm

    Movie hindustan paling best yg sya pernah tengok. Berjujuran air mata menitis..hehe..
    Tak jemu2 nak tonton walaupun dulu pernah memeiliki VCD nya.

  • LilyNrman February 21, 2012 at 2:04 pm

    Hindustan…mana2 tempat diorang berlakon, budaya mereka tetap teguh. Jati diri mereka kuat sehingga budaya mereka diterima baik oleh masyarakat US dan dunia. Aku akui budaya mereka seronok dikongsi. Contohnya seperti lagu-lagu Hindi. Rambut mereka tetap warna hitam, dan pergilah2 mana negara untuk berlakon..mereka tetap berbahasa HINDI! (Anyway, Karan Johar memang pengarah yang berbakat. My Name is Khan pun dia arahkan (walaupun ada scene yang mengarut nk selamatkan Mama Jenny n Funnny Hair.)

  • cik tom February 19, 2012 at 4:52 am

    sampai skang ciktom plg suka tgk muvi ni..muvi hindustan dl best2 skang dah kureng…

  • nuriz February 18, 2012 at 11:57 am

    saya teringat masa duk belaja kat u dulu, sorang kawan bangsa india dalam group study asyik bercerita pasal kuch2 ho ta hai ni, hinggakan saya masa tu belum berpeluang nak tgk cd filem tu, terus rasa membuak2 nak tengok hehehe
    nuriz recently posted..Sharizal Jaszle Tak Putus Asa Pujuk Miera LiyanaMy Profile

  • kimmie February 17, 2012 at 5:04 pm

    filem ni memang evergreen, tiap kali keluar TV mesti nak tgk juga. Hari tu dapat tengok setengah jam terakhir je.

  • Ekal February 17, 2012 at 11:30 am

    Laa, aku ingat aku sorang je tengok cerita ni sabtu lepas, rupa-rupanya ada 3 juta orang lagi.
    Cerita nie memang best, aku ingat dekat 60 kali tengok pun tak jemu-jemu, salah satu filem yang boleh buat aku sedih, inilah dia. tapi lastnya happy ending.

  • Jobless Girl February 17, 2012 at 8:11 am

    Movie ini memang disambut baik..

  • mancai February 17, 2012 at 4:06 am

    hahaha… satu lagi “muhabatin” pun terbaik…

  • tehr February 17, 2012 at 12:13 am

    Filem ni akan terus diminati sampai bila kerana lagunya
    tehr recently posted..Pantun MengapaMy Profile

  • Kimmy February 16, 2012 at 9:59 pm

    Dulu2,masa baru keluar cerita nih,saya ajak abah saya pergi sewa tape tuuu..hahaha

    Baru2 nih ada tengok juga, maknanya saya pon termasuk dalam kelompok 3 juta tu hehe

  • iza February 16, 2012 at 5:51 pm

    Assalam..
    Kalau jam 2.30 pm, jangan mimpi la nak boleh tengok tv,
    anak dah pajak awal2 untuk kartun…sob..sob..

  • miss b February 16, 2012 at 4:54 pm

    kuch kuch hota hai cerita hindustan paling legend skali.
    masa tu bollywood jd fenomena. kekekekek

  • suri February 16, 2012 at 2:11 pm

    skrg byk filem yg terbaru d hasilkan tapi kurang meletuo tak cam certa yg di lakonkan sk hee…

    • hafizmd February 17, 2012 at 7:59 am

      heehhe….heropun entah sape2 ntah…srk jugak yg best….hehehe

  • suri February 16, 2012 at 2:09 pm

    cerita lama ni bro.masa beljar asal balik kg suka tgok ctr ni..berkali2 tanpa jemu hee…

  • LadyBird February 16, 2012 at 11:53 am

    lady dh tgk time kecik2 dulu..
    sekali cukuplah..
    xnak nangis lagi.. hihihi

  • nizam February 16, 2012 at 11:01 am

    citer ni memang best…sob3

    • suri February 16, 2012 at 2:10 pm

      rasa nak jerit2 rasa malu2 pun ada haaaa

  • Mr.Sepet February 16, 2012 at 10:38 am

    all time movie nie . . hehe .. semua layan ..

    • akubiomed February 16, 2012 at 12:16 pm

      Sudah menjadi filem lagenda yang wajib ditonton oleh peminat Hindustan khususnya. Saya agak terkejut warga Britain ada yang meminati filem Hindustan.

  • Kamal Mustafa February 16, 2012 at 9:25 am

    Kuch Kuch Hota Hai adalah filem yang menarik generasi muda masa tue menonton filem Hindustan.
    Tetapi filem “Bobby” yang mengheret KM menonton filem Hindustan.
    Kamal Mustafa recently posted..Wordless Wednesday 30 – Deretan SishaMy Profile

    • akubiomed February 16, 2012 at 12:17 pm

      Filem “Bobby” banyak kali diulang tayang tetap ditonton.

      • hafizmd February 17, 2012 at 8:00 am

        bobby dan sangam….fuh! mmg layanlah…hehehe

  • wahida February 16, 2012 at 9:10 am

    tak pernah tgk filem ni sampai habis…huhu…

  • Dulu Lain Sekarang Lain February 16, 2012 at 8:44 am

    adehhh… dah lama kawe bebas dari demam bollywood nie.. Janganlah kena jangkitannya lagi… :D

    • akubiomed February 16, 2012 at 12:18 pm

      Virus ini payah hendak kebah kalau terjangkit. :-)

  • Lia Nadia Qistina February 16, 2012 at 3:30 am

    waa.. saya masih simpan di laptop filem ni .. selalu tengok kalau ada masa terluang.

  • Juan February 16, 2012 at 1:23 am

    wow tinggi tu rating

  • infoserius.com February 15, 2012 at 11:39 pm

    Cerita ni mmg best sngt2 tu yg msih rmai tgk tuh.

  • eiela February 15, 2012 at 11:37 pm

    tak tengok.. filem hindustan banyak nyanyi2 n seksa mata melihatnya.
    eiela recently posted..Majlis Perkahwinan Tema Biru dan PutihMy Profile

    • Yas February 16, 2012 at 12:39 am

      Tu salah satu daya penarik pilem hindustan tu…hehehe

    • akubiomed February 16, 2012 at 11:53 am

      Memang sudah menjadi format filem Hindustan mesti ada babak nyanyian. :-)

  • dnoBiz February 15, 2012 at 11:35 pm

    aku salah seorang yang terjebak dalam 3 juta tu.. walaupun bukan 100%… sebabnya lepastu ada program luar.. :D
    dnoBiz recently posted..Kerana membebel – Dicerai kerana Membebel ‘gigitan cinta’My Profile

    • akubiomed February 16, 2012 at 12:19 pm

      Saya pun menonton sambil melihat Tweeter aktif membincangkan filem ini. :-)

  • titan February 15, 2012 at 9:32 pm

    satu family gua tonton itu cerita.
    memang filem ni..kalau tayang masa raya nanti, mesti ramai tonton juga maa…

    ini filem epik maa..
    titan recently posted..Komisen ke 89 dari TNXMy Profile

    • akubiomed February 16, 2012 at 12:21 pm

      Betul tuh, kalau dimainkan filem ini ketika Raya nanti ramai yang melekat di depan TV. :-)

  • zulkbo February 15, 2012 at 7:25 pm

    salam..
    penangan Datuk SRK dan Kajol la nih
    teringat mula menonton wayang nih
    di panggung..memang penuh panggung
    zulkbo recently posted..Bayangkan Anda Bersamanya Di Dalam Tandas : Wordless WednesdayMy Profile

    • akubiomed February 16, 2012 at 12:23 pm

      Gandingan mantap antara Shahrukh Khan dan Kajol. Pelakon wanita Hindi kalau mahukan populariti cepat akan berganding dengan pelakon lelaki Hindi yang sudah ada nama.

  • Denaihati February 15, 2012 at 5:41 pm

    aku ingat bukan otai je minat, budak2 muda sekarang pun minat hindustan.

    • akubiomed February 16, 2012 at 12:25 pm

      Betul tuh, golongan muda pun minat menonton filem Hindustan. Filem Hindustan turut tidak terkecuali mengikut peredaran zaman tapi masih tidak ketinggalan babak lagu tetap ada. :-)

  • maza February 15, 2012 at 4:49 pm

    hahahha.. kenangan terindah tu abg akuboimed! hahahah
    bukan senang lelaki ini yg gentlemen mahu lain citer2 leleh mcm tu.. ahahhaah

  • Azman February 15, 2012 at 3:34 pm

    Cerita ni yg buat minat saya menonton filem industan di tv..lepas tu filem “mann”..lepas tu saya dah tak minat cerita hisdustan lagi..

    • akubiomed February 15, 2012 at 4:22 pm

      Filem baru-baru ini banyak meniru gaya lakonan Shahrukh Khan.

  • Zarul Umbrella February 15, 2012 at 1:58 pm

    termasuklah saya dan isteri hehehehe

    • akubiomed February 16, 2012 at 12:28 pm

      Bro dan isteri adalah antara penyumbang data 3Juta penonton yang menonton Panggung Sabtu di TV3. :-)

  • chii February 15, 2012 at 1:39 pm

    chii x dpt tgk sabtu lepas..tp respon dari adik ngan sepupu..masing2 mengalirkan air mata..ehhee

  • yas February 15, 2012 at 1:21 pm

    Kalau pilem Hindustan kat mesia ni rasanya mmg ramai peminatnya….termasuk la org umah aku bro…hehehe
    yas recently posted..Wordless Wednesday – Lu Orang Mau Mati Kaa?My Profile

    • akubiomed February 15, 2012 at 4:21 pm

      Dulu filem Hindustan ada yang dimainkan lewat malam dan isteri sanggup bersengkang mata menontonnya. :-)

      • suri February 16, 2012 at 2:12 pm

        bila lagi time ni nak relek minda heee,.anak2 dh msok tdo

Trackbacks
  • [...] didalam cerita supaya mengalah dahulu kemudian menang dan diangkat sebagai wira pada penghujung cerita filem Hindustan. Adakah stratergi saya untuk mengalah dahulu didalam contest SEO anjuran blogger Titan menjadi? [...]