Merisik model baru Proton Preve’ dengan rakan sepejabat.

Merisik model baru Proton Preve’ di bilik pameran Proton Edar bersama rakan sepejabat. Rasanya agak sekian lama model baru Proton Preve’ dikenali sebelum ini dikenali dengan kod P3-2A1 yang dikatakan adalah jelman kereta konsep Proton Tuah.
Melihat model baru Proton Preve’ Campro CFE.
Peristiwa rombongan merisik model baru Proton Preve’ ini berlaku beberapa minggu lepas setelah Proton Berhad melancarkan secara rasminya Proton Preve’. Kalau tidak macam-macam khabar angin dan spekulasi termasuk gambar bocor yang banyak disiarkan di internet. Keinginan untuk mengetahui bentuk rupa dan prestasi model baru Proton Preve’ ini.
Rakan sekerja mengajak pergi merisik anak dara Proton Preve‘ di bilik pameran Proton Edar tidak jauh daripada pejabat kami. Saya dengan 2 orang rakan sekerja pergi untuk melihat lebih dekat rupa Proton Preve’. Ketika sampai ingat berhajat untuk memandu uji kereta Proton Preve’ ini kerana telah dibawa keluar oleh pelanggan yang lebih awal hadir untuk memandu uji.











Model yang kami lihat adalah Proton Preve’ 1.6 CVT Premium berwarna Tranquillity Black.
Nampaknya rombongan merisik kami gagal kerana masing-masing mempunyai alasan tersendiri. Macam saya mahukan kenderaan yang lebih besar kerana famili pun besar jadi Proton Exora Bold adalah yang sesuai.


p/s: Ada orang kata hendak tahu lelaki bujang atau berkahwin adalah melihat kenderaan yang dipandu olehnya. Kalau lelaki membawa MPV sah dia sudah berkeluarga. 🙂
bagi aku preve kereta proton terbaik setakat ini. hehe. overall takde apa yang di komplen. test drive rasa sendiri 🙂
Kereta Proton Preve’ adalah termurah untuk kereta segmen C seperti Honda Civic dan Kia Forte.
Yup , saya pun dah tengok proton preve , tk sesuai juga nak proton exora bold saja lah .. sebab famili besar..
haha suka statement atas tu lelaki bujang tak kan nak beli MPV nya ..
Kalau famili besar sesuai dengan MPV sahaja. Proton Exora Bold sudah molek tuh. 🙂
memang eksklusif dan cantik serta nampak mewah
kalu dah order..kena tunggu 2 bln baru dapat keretanya.
Ini musim Raya tentu ramai mula tempah untuk memandu balik kampung dengan Proton Preve’.
Nampaknye preve sesuai utk eksekutif muda yg masih bujang…hehe
Orang bujang eksekutif amat sesuai dengan memandu Proton Preve’ ini.
bagi saya design preve ok, cuma tang lampu belakang saya kurang berkenan, kalau didesign bagi besar nmpknya lagi ok
Masing-masing ada selera tersendiri. 🙂
fuhh best tu kalau dapat test drive sekali,hehe
Nak buat macam mana kereta pandu unji telah dibawa keluar oleh pelanggan.
MPV… Kalau ada keluarga ramai ok kot… Kalau dok pakai sorang nie… Nak yang nie la… Hahaha 😀
Sudah boleh agak jawapan yang diberikan oleh bro. 🙂
ambil mpv..harga pon lebih kurng jer..hehe
Kalau anak tidak ramai boleh sambar Proton Preve’ ini.
sokong bro
ambil mpv lebih sesuai untuk keluarga
setuju gak..mpv leih sesuai…senang ank angkut barang bila balik kampung…hehehe
Biasalah kalau hendak balik kampung macam hendak disumbat ke dalam kereta. Lagi-lagi kalau ada anak kecil buaian pun perlu angkut sekali.:-)
wah…beli la 2. 1 bagi aku~ hahahha
memang cantik model preve nih…tp klu dah famili besar sudah pasti mpv pilihan hati…teringin kalu masyuk bnyk, bole tangkap pasang satu lg bro..maksud aku keta yg kedua keh…
Kereta sekarang masih berhutang tunggu kewangan sudah lega baru pertimbangkan memiliki kereta ke 2.
yes bro…insyaallah Exora is the next target…nak angkat Wish mhl sgt..dah lah reckond pulak…
Proton Exora mampu milik kalau ikutkan hati Toyota Wish tak pun Alphard. 🙂
katanya ada turbo kereta ni..betul ke bro?
Proton Preve’ ada soft turbo.
kalau anak ramai mmg exora la yg sesuainya..=)
ye saranan yng bagus tu ,selesa pun ia juga..luas pun pasti punya
Betul tuh bro. 🙂
boleh tak nak tanya bro macam mana yer buat gambar macam berkotak guna plugin apa yer…
Saya tidak guna plugin tetapi adalah gambar yang di hostkan di Flickr. Saya cuma ambil link gambar sahaja.
oh tq nanti saya try belajar…
Tak nampak on the road lagi. Test drive tak haritu?
Tidak dapat hendak memandu uji kerana kereta Proton Preve’ telah dipandu oleh pelanggan lain. 🙂
hmmm .. samalah. Kena cuba pergi time office hours lepas ni. Mungkin orang tak ramai sangat 🙂
Preve nice. saya ada baca komen tentang preve ni, nanti kalau jumpa balik saya boleh kongsikan kat blog. Kereta ni bagus untuk kelasnya kalau mengikut preview tu.
Ya betul tu kalau guna mpv tu maknanya lelaki tu dah berkeluarga kan?
Banyak maklumbalas positif mengenai Proton Preve’ ini kerana ia dibangunkan daripada kosong.
nampak gayanya macam keluarga saya nanti tak membesar sangat..hehehe..tapi sape yang tau rezeki Allah nak bagi ye tak ?
Sudah boleh agak model yang mana satu berkenan di hati. 🙂
enjin exora bold pon sama mcm preve ni.. 🙂
Enjin yang sama digunakan.
Dah merisik tu…kalau bukan untuk semdiri, untuk isteri pun sesuai tu. Kak Long belum lagi tersinggahuntuk menjenguk-jenguk kereta ni. Nampak dari gambar di sini, boleh tahan juga.
Apa dia untuk isteri. Kalau untuk isteri kereta yang comel sahaja. 🙂
kalau lelaki dah berkahwin pakai ni, maknanya bujang lagilah…he he
Susah hendak agak kalau lelaki yang beristeri bawa kereta sedan. 🙂
nak2 kereta tu bersolek cantik2….hehe..lagi payah nak agak
nak tompang tanya.. sape Model selipar merah tu ;p
Yang selipar merah tuh adalah pelanggan juga yang berminat untuk melihat Proton Preve’ 🙂
hehe…dah ade org tanye dulu…relaks jer..
p.s.teringat citer sorang kawn yg katenya, salesman satu syarikat automatif tu tak nak layan customer yg dtg tu, sbb yg dtg tu pakai seluar jeans koyak n baju round neck jer..padahal member tu kerja eng petronas…huhu
apa lagi bro angkat la exora bold tu
leh join geng EOCM hehehe
Bajet belum ada lagi kena tunggu model MPV yang baru daripada Proton kot. 🙂
Ya betul Proton Exora Bold adalah yang sesuai.Kalu anak2 dah besar atau berkejaya boleh tukar dengan kerata buatan jepun atau eropah
Smart… Beli lah satu.. 😉
Amboi macam senang sahaja hendak beli Proton Preve’ inikan. 🙂
Nak beli tak cukup duit lagi
Samalah kita bro sekadar merisik bolehlah. 🙂
sama jerlah mana-mana pun…proton tetap proton…
bagi aku design preve ney biasa aje..saga blm lagi aku bekenan..hhehe..
Lain orang lain citarasanya. 🙂
Apa tunggu lagi? Dah boleh order satu! 😀
He..hee..rasanya Proton Preve’ ini tidak sesuai untuk saya.
Lepas ni banyak la kereta Preve ni ‘cucuk’ belakang kerta lain. Dengan enjin berkuasa turbo, mesti sedap untuk dipandu.
Kapasiti enjin 1.6 tetapi kuasa enjin 2.0. Kuat tuh.
ada kuasa turbo tak preve nie,,,
Ada, tapi untuk spec yang tinggi la… Yang rendah semua enjin campro biasa je.
sah tak tahu pula kena negok penumpang dulu ahaks..apa pun asal memandu penuh hati2 yang ..ni pandu sambi tgok pemandu lain bahaya tu hee…
Ada yang kata kereta ni mmg mantap berbanding model-model terdahulu. Betul ke?
Kena tunggu beberapa bulan dulu supaya proton dpt baiki kelemahannya. Bila mula keluar edisi baru masat tu la baru sesuai dibeli
serius ikutkan suka juga tapi sekadar suka tak mampu milik…
hee tgok ok juga kena kerja kuat sikit utk kumpul wang paling tak pun kata org bli kereta ikut kadar mampu diri sndri. klu main ikut syok jer tapi tak mmpu milik payah gak ..pendek cerita ukur bju badan sndri agar tak nyesal kmdian hari hee..
Jangan bebankan hidup dengan membeli kereta diluar kemampuan. Apa guna bergaya kalau tiap hari perut lapar
Pergghhh!! Memang tgkap leleh la dengan Preve ni, tp Alza tetap dihati 🙂
apa lagi bro.. satu Preve!!! hehehee
Poket saya tidak mengizinkan memilikinya. 🙂
Tak lama dah ni bro nak ambil preve. Hehehe
wah pasni blh bergaya di medan blog dg pic2 ya
Rasanya tidak. Pilihan saya adalah MPV.
Angkat satu ehhh…
Tak apalah bro sekadar pandang-pandang cukuplah. 🙂
salam..
dah alang-alang “merisik” tu terus je..
letak tanda…nanti orang kata “anak dara’
tak cantik dan tak laku pulak..ada jodoh
“pinang” je..jangan tunggu lama-lama Bro 🙂
perkhhh..
hanya mampu menggigit jari ajelah…huhuhu
hati2 nnti hati terluka…
he3…ada gak org bujang pakai mpv he3..tapi kereta boss lah he3..cantik gak keta nih..
hehehe.. bos pun border mpv eh.
Sekurang2nya bro dan rombongan dah pergi merisik dah…..saya ni, sampai skg lom pegi2 lagi merisik…hajat tu mmg nak pegi…tapi “bila”… tu yg susah nk cakap….hehehe
Kalau saya belum beli kereta tahun lepas, mmg saya dah amik preve ni. Pastu tahun lepas jugak saya dpt hadiah exora. Nampaknya lg 10 tahun la baru saya fikir pasal kereta baru. Nak tgu kereta hybrid Malaysia kot
nak cuba test drive jugak.hehe..harap² model ni dapat menjadikan model Proton kompetitif dengan model import
ayat last tu tak tahan
Model Proton Preve’ ini setanding dengan kereta Continental.
Tapi nak cakap lebih pun kene tunggu jugak respon orang ramai dalam berapa bulan ni. Masih awal rasanya nak menilai. Tu pendapat saya la.
Proton Preve ni boleh tahan jugak la…mungkin yang belum berkeluarga sesuai la kereta ni..:D
Tidak besar ke bro untuk orang bujang. 🙂
salam
dah pergi dh roadshow dia, ok gak tengok dari luar dan dalam, bonet tu besor, tp belum pandu uji je, nak tengok kalau langgar tiang kepek x..hehe
saya rasa model import harga juta² pun langgar tiang boleh kemek..hee
Kereta kalau keras lagi bahaya kerana impak kemalangan menyebabkan pemandu dan penumpang cedera teruk.
diorang buat kereta untuk mudah remuk ada sebab. Untuk mengurangkan impak pada penumpang semasa kemalangan. Bukan kerana kereta tu tak bagus.
Bonet Proton Preve’ luas macam-macam barang boleh diletakkan dan kerusi belakang boleh dilipat menjadi rata.