Jangan ambil bukan hak kita

Jangan ambil bukan hak kita yang sah.

Tidak sangka pula saya mendapat pengajaran “jangan ambil bukan hak kita” ketika mengunjungi ke Ikea. Hari Ahad yang lepas, saya dan keluarga ke Ikea yang terletak di Mutiara Damansara untuk mencari lampu meja penambahan jumlah  lampu strobe untuk mini studio saya. Sempat mencuci mata melihat barangan di show room di Ikea hampir membuat saya dan isteri tergoda tetapi apabila belek-belek tag harga membuatkan saya telan air liur dan berpandangan sesama sendiri.

Makan di Ikea

Kredit: nickchan.net

Selepas dapat yang dihajati saya membuat pembayaran dan kepada yang biasa mengunjugi Ikea tentu perasan ada kaunter menjual makanan selepas kaunter pembayaran. Anak-anak pula mula mengadu lapar dan mahu makan sesuatu untuk minum petang. Mata saya tertumpu pakej Hot Dog bersama air isian semula pada harga RM3.

Senario 1

Air minuman ringan isian semula di Ikea

Kredit: nickchan.net

Kami anak beranak makan Hot Dog bersama di satu sudut tidak jauh dengan mesin air minuman ringan isian semula. Sambil makan saya melihat gelegat pengunjung di Ikea dan saya agak terkejut apabila melihat gelagat pasang ibu dan anak lelakinya. Si ibu merungut kerana anaknya telah membuat bekas minuman tin yang diminum kerana tidak dapat mengunakan bekas minuman air tin untuk mengisi dengan air minuman ringan isian semula. Si ibu sanggup membawa anaknya ke tong kitar semula untuk mencari bekas minuman tin yang dibuang . Si ibu membebel kepada anaknya dan pergi mesin isian semula untuk mengisi air didalam bekas tin tersebut.

Senario 2

Ais Krim di Ikea

Kredit: Praveen Rajan

Isteri saya membeli 3 Ais krim untuk anak-anak telah diberi 3 kon Ais krim dan 3 token untuk Ais krim. Ketika beratur beberapa baris dihadapan terlihat gelagat anak-anak belasan tahun sedang beratur memeggang kon Ais krim untuk mendapatkan Ais krim tetapi tidak pasti samada anak kecil ini tahu atau tidak untuk meletakkan Ais krim pada kon Ais krim di mesin layan diri memerlukan token.

“Adik perlu token baru Ais krim boleh diletakkan di atas kon”, Menunggu Ais krim ibarat “buah tidak jatuh” anak-anak ini telah ditegur.

“Ye ker” balas anak kecil berpura-pura tidak tahu lalu berlalu pergi.

Di hadapan isteri saya ada pasangan keluarga turut memeggang Air krim menunggu di mesin layan diri.

“Cik nak dapat Ais krim perlu ada token, kata isteri saya.

Dengan muka masam pasangan keluarga tersebut berlalu pergi tanpa memandang muka isteri saya, agaknya malu dengan perbuatannya tadi.

Saya mahu memberi tauladan dan iktibar kepada diri saya, dan yang membaca entri ini janganlah sesekali mengambil kesempatan dengan mengambil sesuatu yang bukan hak kita terutama benda yang dimakan atau diminum kerana ia akan menjadi darah daging kita. Sebagai ibubapa atau orang tua perlu tunjuk tauladan yang baik kepada anak-anak atau orang muda.

p/s: Saya terkilan sangat kerana harga Ais krim adalah RM1 pun mahu mengambil bukan kepunyaan hak sendiri. :-(

Related posts:

  1. Ambil PhD di usia emas
  2. Juara dunia 3 kali MotoGP ambil lesen motorsikal
  3. Datuk D bukan kisah terlampau
  4. Yang menanti kita pada 1 Feb 2011
  5. Jangan biarkan Feedburner mencuri backlink CommentLuv
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Mekar March 14, 2012 at 11:16 am

    He..ikea ni depan rumah je. Kalu pegi situ, tak pernah singgah restoran disekelilingnya..
    Mekar recently posted..Manfaat BekamMy Profile

  • Norasikin March 2, 2012 at 10:34 pm

    Cara jualan seperti itu mungkin baru dan ramai yang tak tahu lagi. tak semua pengusaha mampu mennyediakan mesin layan diri dan cuma ditempat eksklusif seperti itu baru jumpa

  • yas March 2, 2012 at 7:51 pm

    Dalam Islam mmg melarang keras perbuatan “Jangan ambil hak bukan kita tu”…wlaupun pahit kita yg tua2 ni kena didik anak2 ttg perkara tsb…contoh terdekat adalah kita…andainya kita yg mengajar….faham2 je la bila bebudak tu dewasa nanti….
    yas recently posted..Siri Pahlawan Islam – Umar MukhtarMy Profile

  • Kujie March 1, 2012 at 9:50 pm

    ibubapa ni cermin anak2…jgn buat benda2 mcm tu kerana kita ada waris, ada generasi yang akan membawa nama keluarga.

    • hafizmd March 2, 2012 at 2:23 pm

      setuju tu kak jie
      kalau nak tgk bagaimana kita, tgk diri kita balik…
      hafizmd recently posted..Timun Cina…My Profile

  • kulanz March 1, 2012 at 1:28 am

    pengajaran untuk semua ni..
    bab makanan ni memang tak boleh main rambang ambik terutamanya yang bukan hak sendiri..

  • nuriz February 29, 2012 at 9:09 pm

    ada mcm macm ke kat ikea tu ye ingatkan ada baragan rumah je hehe
    nuriz recently posted..Nama Anak Mawi Cahaya MalaikaMy Profile

  • eiela February 29, 2012 at 2:45 pm

    tak pernah sampai lagi ke IKEA
    eiela recently posted..Wordles Wednesday : Kembar TigaMy Profile

  • bardboo February 29, 2012 at 6:18 am

    saya pun tak tahu macam mana sistem di ikea tu..

  • Jebeng Otai February 29, 2012 at 12:18 am

    pada mereka..jika dah ‘dibayar’..mereka adalah tuan kepada kedai tu..cam omputih ckp..customer always right..huhu

  • iza February 28, 2012 at 9:49 pm

    Assalam…
    Saya tak pernah ke Ikea, tak tahu keadaannya..

    • akubiomed February 28, 2012 at 11:14 pm

      Kalau pergi Ikea saya jamin rambang mata selain restoran layan diri. :-)

      • hafizmd March 2, 2012 at 2:28 pm

        Mmg rambang mata sbb design perabot dan segala bagai kat ikea cantik2 dan elegant =)

        p/s-tak pernah makan kat ikea…hehe
        hafizmd recently posted..Ebook Percuma! Nak Tak?My Profile

  • Fahmi Raazali February 28, 2012 at 9:29 pm

    Saya pernah ke IKEA sekali sahaja. Itu pun dulu tak tahu nak makan kat mana. Last2 cari mc d juga. :D

    Mungkin orang tu tak tahu. Tapi bagus juga ingatkan mereka. Cuma reaksi terhadap peringatan kita tu tak tahu macam mana. :)

    • akubiomed February 28, 2012 at 11:15 pm

      Tempoh hari ke Ikea pun lihat ramai betul yang makan di Ikea. Jadi saya dan keluarga ambil “take away” lebih mudah.

  • obat tradisional darah tinnggi February 28, 2012 at 7:04 pm

    [MARKED AS SPAM BY ANTISPAM BEE | Spam IP]
    memang klo kita mengambil hak orang lain sangatlah dosa….
    nice articel…
    obat tradisional darah tinnggi recently posted..Obat tradisional nyeri haidMy Profile

  • titan February 28, 2012 at 6:45 pm

    diorang tak tahu kot..
    titan recently posted..Anak ayam berkaki empat yang kacakMy Profile

    • akubiomed February 28, 2012 at 11:16 pm

      Restoran Ikea adalah jenis layan diri jadi pandai-pandailah jujur.

  • madammondoq February 28, 2012 at 6:14 pm

    uish.. bab-bab makan ni jadi darah daging.. tak berani nak curi-curi.. huhu…
    madammondoq recently posted..Bila Atok Dan Romeo Buat Peace..My Profile

  • mancai February 28, 2012 at 5:20 pm

    sepatutnya keluargani ucapkan terima kasih kerana mengingatkan dia… walaupun cara dia itu tak betul… sekurang2nya ia telah diingatkan dari kealpaan…. sekadar pendapat…

  • LadyBird February 28, 2012 at 5:03 pm

    nak komen, tp tkt tersalah.. mungkin anak die gi buang bekas yg kepunyaannye kot..
    lps tu mak die g cr bks yg dibuang..
    mgkn nmpk agak xbgs.. tp mrk x terfikir dulu kot..
    huhu..

  • azura February 28, 2012 at 4:56 pm

    saya tak pernah pergi ikea, murah pakej hotdog dengan air just RM3, air boleh topup sebab itu si ibu sanggup cari semula bekas air yang anaknya buang…bab aiskrim kalau tak tahu sistem token pun mestilah tahu bahawa ia bukan percuma ye dak…betul jangan ambil hak orang lain…

  • puanbee February 28, 2012 at 3:43 pm

    saya tk pernah pergi ke ikea dan makan , tk tahu juga kena beli token untuk beli aiskrim ehehe ..

  • Amirez February 28, 2012 at 3:28 pm

    dulu selalu ke ikea tapi tak pernah pula makan kat sana. mungkin saya yang tak biasa ni pun buat benda yang sama macam diorang. bagus juga sistem pakai token ni, nampak adil kat situ

  • Denaihati February 28, 2012 at 2:41 pm

    kes 1, orang tu xfaham atau buat2 xfaham atau saja ambil kesempatan. yg pasti sikap yg buruk, depan anak2 pulak tu.

  • tuan tanah February 28, 2012 at 2:11 pm

    itu la masalahnya org kita, ibubapa sendiri kena main peranan dalam mendidik anak-anak. kita hidup bukan setakat kita sahaja, kena fikir juga org lain. hehehe

  • suri February 28, 2012 at 2:00 pm

    bila teruja lapar bgtulah jadinya

  • suri February 28, 2012 at 1:56 pm

    manusia kala moden ada jerlah berlaku bgtu

  • pipoq February 28, 2012 at 1:22 pm

    dah jadi tabiat masyarakat kita..pantang ada bagi percuma, bukan nak kira halal haram pun..

  • Mr.Sepet February 28, 2012 at 12:21 pm

    macam ni punya kes pun ad ..
    Mr.Sepet recently posted..Aksi Terlampau Di Tepi SurauMy Profile

  • Yus February 28, 2012 at 12:19 pm

    Bagus cerita ni. bagi kita iktibar supaya tidak mengambil hak orang lain.. Seringgit je kot asikrim tu = =”

  • ema February 28, 2012 at 11:30 am

    malu sendiri pasangan itu

  • nurmisnan February 28, 2012 at 10:42 am

    Makan tanpa berbayar sgt2 tidak elok kerana menjadi drah daging kita
    walaupun harganya 10 sen.. Mudah2 lepas insiden itu keluarga tersebut
    sedar..
    nurmisnan recently posted..Top 10 link referrer – terima kasih DenaiHatiMy Profile

  • CMRatu February 28, 2012 at 10:31 am

    ish2.. sampai macam tu sekali..
    CMRatu recently posted..Lynas : siapa betul dan siapa salah?My Profile

  • Norizwan February 28, 2012 at 10:21 am

    memang itu lumrah hidup manusia skang ini….saya selalu gak makan free hihi…tapi saya selalu bertanya dahulu minta kebenaran…bukan main sergah ajer hehe…:)

  • faiz February 28, 2012 at 9:48 am

    tu namanye kedekut…rm1 je kot..

  • zulkbo February 28, 2012 at 1:27 am

    salam..
    ramai yang begitu..asal free je
    semua nak angkut..lumrah hidup
    di bandar..saya kurang suka tempat
    sebegitu..entah kenapa?
    zulkbo recently posted..2012 Academy Awards-84 : Senarai Penuh PemenangMy Profile

  • azmanisma February 28, 2012 at 1:03 am

    Banyak sangat jumpa org macam ni,siap suruh anak beratur sebab nak free…mmg nampak kecik tetapi impak besar kepada kita..makan benda halal tapi diambil secara haram.

  • anif February 28, 2012 at 1:00 am

    Golongan sebegini wujud dalam masyarakat kita… Kalau tidak faham atau sengaja tidak mahu faham tentang konsep halal dan haram, memang susah untuk diperbetulkan.
    anif recently posted..Erykah Badu – The Star Bikin Panas!My Profile

  • Kimmy February 28, 2012 at 1:00 am

    Sebelum diorg buat mcm tu (menipu), pihak yg mencipta mesin tu lebih bijak dari yg mereka sangkakan. Kalau tak,tak kan lah org boleh cipta mesin layan diri mcm tu..hahaha..

  • latep February 28, 2012 at 12:39 am

    cuba juga perhati bila pengunjung menikmati makanan secara buffet, selagi tak tumpah makanan dari pinggan akan di isi lagi dan lagii..makan kalau habis takpa..tapi dibazirkan atas meja…semoga kita berubah…
    latep recently posted..Lagi cerita pasal basikal…My Profile

  • zool February 28, 2012 at 12:23 am

    Kurang paham konsep.. Mungkin sebab tak penah makan kat tempat camni

Bloggers - Meet Millions of BloggersReal Time Web Analytics