Makan snek Pringles dan PopCorn sambil baca blog.
Hari Isnin yang baru lepas saya dan isteri ke Tesco untuk membeli barang basah dan ketika itu juga Pisang Montel @ Cavendish. Isteri tanya kepada abang sayangnya mahu beli snek untuk makan ketika malam. Saya serta merta membulatkan mata ibarat “Orang yang mengantuk disorongkan bantal”. Snek Pringles ini pula macam tahu-tahu sahaja saya hendak membelinya lalu saya pun menunjukkan tong snek Pringles berwarna merah yang tersusun kemas diatas rak. Saya pula seperti anak kecil terkinja-kinja kegembiraan dapat membeli gula-gula. 

- Snek Pringels yang dibeli dari Tesco
Hari Sabtu baru ini isteri mengajak ke Pasar Malam kerana tengahari tidak masak sebab dikawasan perumahan saya ada kenduri kahwin jadi bedal nasi minyak. Sekali lagi isteri bertanya hendak ada apa lagi selepas membeli juadah untuk makan malam saya. Saya kata saya mahukan PopCorn tapi 2 bungkus, satu perisa Durian dan satu lagi perisa Pandan. Wah bestnya boleh makan snek Pringles dan PopCorn sambil mengadap laptop. 

- Snek PopCorn yang dibeli dari Pasar Malam
p/s: Cara-cara menyediakan PopCorn dirumah oleh Puan Bee.
Related posts:





saya lebih suka Pringles kerana rasa kurang masin berbanding Mr.P
Mus recently posted..Saya Suka Sayur-Sayuran Kampung
Kenapa ya bila makan pringle, macam tak boleh stop !
Mekar recently posted..Beza Lelaki dan Perempuan
Macam ada hantu didalam Pringles ini.
Tetiba teringat kat Pawagam….
Ps : sekarang ni rasanya MIP tengah ditayangkan..
dnoBiz recently posted..Pelajar Biadap – UPSI siasat pelajar ‘biadab’
Sudah lama tidak menonton wayang. Jaya Jusco berhampiran tempat tingga baru sahaja dibuka pada 19hb Disember lalu boleh tunggu panggung Tanjung Golden Village dibuka nanti.
teringat Pringles kat Makkah baru-baru ni, ada macam2 jenis.
tapi harganya dua kali ganda kat negara kita
Mesti fikir 2 kali sebelum membelinya.
Pringles dan pop corn, our favorite too..eh,dah lama tak makan pop corn..
Makan PopCorn sambil menonton tv boleh layan juga.
Ada Pop Corn & Pringles… terasa macam menonton wayang

anif recently posted..Android Berharga Dibawah RM500
Kalaulah mampun milik mini Home Theater dirumah okay jugakan bro sambil makan Pringels dan PopCorn.
Tepat sekali

anif recently posted..Wang Kertas Dan Duit Syiling Malaysia Siri Baharu
bagi aku masin sangat la
kalau popcorn tu ok je
kalau ganti ngan cekodok ikan bilis amacam?
adamfaiz recently posted..Kalau Rasa Gembira Tepuk Tangan
Cekodok ikan bilis pun sedap juga buat minum petang bersama teh.
hahaha.. time kat UTM dulu, slalu melayan Pringles masa wat keje, skrg ni dah lama tak makan

ZoOL recently posted..Plastic Pulse for Windows 7 [Desktop]
Sesekali melaang Pringels okay juga bro.
makanan feveret tuuu.. hehe
ohcikgu recently posted..7,079 GSTT Ditawarkan Ikuti Kursus Perguruan mulai Januari 2012.
rasanya kompem cepat habis, hehehe
Amboiiii.. bukan main lagi makan tak ajak..
itu pop corn kalau buat sendiri lagi sodap brother..
campak jer dalam periuk. nanti meletop2 bertih tuh.. hik3
nurmisnan recently posted..Bismillah 6 dan 7 penawar ilmu sihir atau buatan orang
Tidak pernah ada pengalaman melihat PopCorn meletup ketika dimasak.
promosi ka? masin sgt lah.. kena darah tinggi nanti
Sesekali untuk memenuhi perasaan mengidam.
Pringle kekadang dah banyak isi yang hancur + kepingan patah..
Normally kalau nak yang elok, jangan ambil yang sebelah depan tu. Amik yang bawah-bawah + belakang.
Nasib semasa beli Pringles tempoh hari tidak ada yang hancur.
makan snek nie sambil menonton tv mmg syok nie..
Memang tidak sedar Pringles akan habis sebab ralit menguyah.
Sekarang ni malam2 benjy akan minum milo-o sambil menghadap PC … kalau ada pringless lagi KABOOMMMMM ! hehehehe
b3njy recently posted..BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
Ada juga isteri tolong sediakan air milo didalam cawan ketika waktu malam.
Sekarang ni Benjy suka snek kacang goreng dan kalau makan dengan pringles betul2 camestrii hehehe

b3njy recently posted..BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
Pop corn ? emm … Benjy tak berapa minat …
b3njy recently posted..BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
Malangnya kini snek pringles tu jarang2 beli sebab mesti berebut dengan anak ….
b3njy recently posted..BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
Bro Benjy perlu beli ekstra untuk bro Benjy satu dan untuk anak satu.
Snek pringles ni juga adalah kegemaran Benjy … aduhh !! terliur pula ni

b3njy recently posted..BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M)
ni kalau ada pertandingan pringles, sure bole menang ni

klcitizen recently posted..mencari perempuan di Hat Yai
Buat masa ini tidak ada contest anjuran Pringles kalau tidak sudah lama cuba nasib.
Waaa..aku pun suka buat camni bro…siap ada air nescafe o laie…tau2 habis jerr…hehehe
yas recently posted..Pesawat MIG29N Akan Dinaik Taraf?
Kalau pekena Nescafe langsung tidak boleh tidur sampai ke pagi jadinya bro.
seronok nye makan pringles hehe, sedar2 dah kosong bekas tu..nyam2 ralit je makan..meh sikittt ehhehe
nuriz recently posted..Adlin Umum Perang dengan Chef Wan di Facebook
Memang betul kalau dah makan tidak sedar yang bekas Pringles sudah kosong.
hiasa yg mnrik atas pingga yg berskala kecik..ada potensi uk masuk master chef heeee
Ha..haa..kalau sudah susun cantik-cantik atas pinggan tidak jadi makan namanya.
rasa..
rasanya…
dlm byk2 entri bro yg ni entri kira romantik sikit haaa..hurmm sb tajuk dia bt den gelak2 haaa
Ha..haa..bukan selalu lagipun hari Isnin dikenali “Monday blues”.
sy ada gak beli tapi agak keciwa bila bukak keropoknya hancus..hancur..tak smeua blh di pegang makan bulat2..hee
pagi ahd semln sy potong ubi pastu belah tebak skit…lumutkan kunyit dna garam teris goreng hee..anak pun suka..
Dekat kawasan susah hendak cari ubi keledek kalau sudah lama sudah jadi keropok tak pun bui goreng kunyit sahaja pun sodap.
amboih..seronoknya..sambil ber blog walking..sambil mengunyah2 ye..eheh
baru semangat datang idea makin mencurah2 heee
Makan snek sambil layar internet pun sedap juga. Ralit jadinya.
saya kalo jalan jauh…dalam keta mesti ada pringles…sehingga menjilat jari hehe
Kalau makan didalam kereta nanti stereng kereta berminyaklah pula.
Pringles ni mmg sedap..susun 5/6 keping..gigit sekali gus..pas tu kunyah, berkerup-kerup bunyi dalam mulut hehehe…abg koning tak suka ker hehehe..
anak2 wajib suka haa sb perasa dia byk pilhan…
Abang koning tentu suka kalau makan sekali banyak-banyak cepat habis.
ehehe lawak lak tengok encik ni , seronok dpt keropok ek , saya dah lama buang rasa makan keropok ni ..
tapi pop corn tu boleh juga , sy buat sendiri je .. best ..
cik bee ntk resepi pop corn heee… mana tahu pas ni blh buat perasa mangga or pandan ker hiii
boleh suri , nanti kita upkan entri .. perisa tu saya belum pernah buat lagi , biasa buat dengan madu , gula , metega je ..
Belum pernah buat PopCorn sendiri kalau ada resepi boleh cuba-cuba nanti. Macamana agaknya bunyi PopCorn meletup-letup?
tak de bunyi pun , guna periuk yang ada penutup biasa je ..cuma kena tahan lah panas ..
Bukan selalu pun Puan Bee makan snek Pringles boleh kira jari didalam setahun beberapa kali makan.
dah lama tak makan pringles nih..nak cari la lepas nih..haha
titan recently posted..Evolusi Sinar Niaga 2011
sedp ker um, sush ar nak mkn dan sork depn anak mesti dia nak..klu dia nak saya kena lap dgn kain basah kopok2 tu sb tahu pak aji dok menempel atas tuh …
sebab anak2 lah ibunya ni tk makan sangat keropok huhu~ malas nak lap2 , jangan beli je terus hahaha
Rasanya ada snek keropok yang tidak mempunyai perasa tiruan.
Bro Titan makan snek Pringles kongsi dengan awek baru “nyaman” < –bahasa Sarawak.
dan kacak ..hahahaa