Sepetang di Pantai Puteri

Sepetang di Pantai Puteri menunggu matahari terbenam.

Abang Ngah memandang ke laut - Sepetang di Pantai PuteriBekalan baby Aslah iaitu susu dan lampin pakai buang telah kehabisan. Mahu tak mahu aku perlu keluar ke pasaraya Giant yang terletak Klebang. Sebelum balik kampung untuk menyambut Hari Raya Qurban bersama adik-adik ipar di kampung ada terniat hendak mengambil beberapa gambar pemandangan sawah padi di Klebang. Lalu isteri aku mengajak melihat matahari terbenam di Pantai Puteri.

Selepas selesai membeli bekalan untuk baby Aslah, aku memandu kereta meluncur menunju ke Pantai Puteri bersama isteri dan abang Ngah. Sampai sahaja di Pantai Puteri yang turut dikenali Pantai Kundur tidak sangka ramai pula pengunjung; ada yang berkelah, ada yang bermandi-manda dan ada yang berjalan-jalan di tepi pantai.

Sepetang di Pantai Puteri untuk mengabadikan gambar

Hasrat sepetang di pantai Puteri dengan mengambil gambar matahari terbenam tidak kesampaian kerana cuaca mendung menghalang gambar matahari dirakam. Matahari pun malu-malu menunjuk diri dan aku pun pulang hampa dengan tangan kosong. Mungkin suatu hari nanti aku akan berjaya mengabadikan gambar matahari terbenam di Pantai Puteri.

Anak kecil bermain air laut

Leka anak kecil bermain di gigi air laut

Bot kecil nelayan di Pantai Puteri

Bot kecil nelayan

Selipar dan sandal

Memancing pun ada gaya

Memancing pun perlu bergaya

Abang Ngah bermain pasir sementara menunggu matahari terbenam

Abang Ngah mencari kulit cengkerang

http://farm7.static.flickr.com/6234/6322342430_6530ace52f.jpg

Jauh yang diperhatikan oleh abang Ngah

p/s: Kalau ada peluang sepetang di pantai Puteri akan aku kembali lagi

No related posts.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • Nur November 27, 2011 at 9:14 am

    Damainya.. Bilalah dapat bercuti di tepi pantai..

  • eiela November 11, 2011 at 10:11 pm

    saya pernah tengok matahari terbenam kat sini, masa pergi berubat hari tuh, cantik..

    • akubiomed November 11, 2011 at 11:42 pm

      Untunglah berbanding saya.

  • Yas November 11, 2011 at 1:25 am

    pantai klebang…
    hmmm…aku pernah memancing dgn bot kat area sini…tp sbb terasa ditipu dan dianiaya aku pernah juga buat entri ttg tekong bot disini…wlaupun bukan semua,,tp kerana sekor lembu…habis semua terpalit…
    Yas recently posted..Islam Dianiaya Lagi ~ Notis Penting utk Semua.My Profile

    • akubiomed November 11, 2011 at 11:51 pm

      Oh tidak sangka bro kena kencing oleh Tekong yang tidak bertanggungjawab. Buat malu orang kampung sahaja :-( .

  • titan November 10, 2011 at 1:19 am

    aku selalu gi lepak kat pantai morib ajelah..ada sotong bakar. huhu..
    titan recently posted..Nak makan ApamPolkadot. Nakk..My Profile

  • MR.Z November 9, 2011 at 9:04 pm

    lawa gambar yang ditangkap. “memancing pun perlu gaya” supaya ikan tertarik nak makan umpan dia kut :D

    • akubiomed November 9, 2011 at 10:14 pm

      Itu lah pasal saya jadikan bro yang memancing tuh sebagai subjek :-) Harap tidak kena bayar royalti kerana siar gambar beliau di blog ini. :-)

      • Yas November 11, 2011 at 1:21 am

        Laaaa…aku ingatkan ko yg mancing tu bro??

  • bEe November 9, 2011 at 12:23 pm

    Seronoknya anak2 bermain-main di pantai
    bEe pun suka menikmati keindahan ciptaan Tuhan di kala petang ;)

    • akubiomed November 9, 2011 at 10:15 pm

      Walaupun kampung isteri saya dekat dengan kawasan pantai. Saya jarang sekali ke sana.

  • MEKAR November 9, 2011 at 8:31 am

    Pantai puteri ni kat belah mana..huhu. Sya ni tahu langkawi ja.
    MEKAR recently posted..Pekan Rabu oh Pekan RabuMy Profile

    • bEe November 9, 2011 at 12:20 pm

      area Melaka tu kak hehehe

      • MEKAR November 10, 2011 at 11:28 am

        huhu… memang tak jauh perjalanan saya nih

  • aimannajmy November 9, 2011 at 2:51 am

    wahh sungguh mendamaikan suasana, rasa cam nak pegi cari ilham huhu

  • Pacifista November 8, 2011 at 8:47 pm

    haha…aku suka gaya mancing tu.cukup mempersonakan.wakaka… :D
    Pacifista recently posted..Page Rank 4?My Profile

  • tips-kurus November 8, 2011 at 8:46 pm

    good job bro!

    *durian ade lagi tak??? (>.<)

    • akubiomed November 8, 2011 at 9:05 pm

      Durian dapat merasa sebijik dua selebihnya dikebas monyet berambut hitam.

  • padin November 8, 2011 at 7:28 pm

    Jauhnya menung abg Ngah tu? teringat kat sesapa ke? keh3…

  • danish November 8, 2011 at 6:31 pm

    semua gambar cantik-cantik lah bro

    • akubiomed November 8, 2011 at 6:58 pm

      Terima kasih, masih peringkat belajar lagi :-)

  • faiz November 8, 2011 at 5:30 pm

    cantik gambar..kalo aku ada bakat macam ko kan best…

    • akubiomed November 8, 2011 at 6:59 pm

      Boleh sahaja kalau bro mahu kerana setiap orang mempunyai pandangan berbeza dan gambar adalah subjektif bagi seseorang.

  • Hazmin Hamudin November 8, 2011 at 3:52 pm

    kalau pasal pantai klebang dalam kepala ni dok terfikir coconut shake klebang je..hehe

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:19 pm

      Disebelah mana saya boleh dapatkan Coconut Shake?

  • ciksembang November 8, 2011 at 3:22 pm

    kalau dpt gambar sunset lagi gempak ni..yg ada pun dah menggamit utk ke pantai

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:20 pm

      Hajat hati ingin memeluk gunung tapi tangan tidak sampai. Cuaca mendung jadi matahari malu menunjukkan diri.

  • Norizwan November 8, 2011 at 3:15 pm

    steady la bro…cantik btol gambar…kalo bro ambil gambar matahari terbenam…lagi cantik…

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:21 pm

      Terima kasih, cuaca mendung tak dapat ambil gambar matahari terbenam.

  • nuriz November 8, 2011 at 2:54 pm

    cantik ,nyaman, ambil peluang pergi bersantai camni memang best
    nuriz recently posted..Sinopsis Tentang Dhia (Akasia) lakonan Ady Putra & Nora DanishMy Profile

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:22 pm

      Memang nyaman dengan tiupan angin di Pantai Puteri ini.

  • nuriz November 8, 2011 at 2:52 pm

    cantik dan nyaman, cuti ni ambil peluang pergi bersantai camni memang best
    nuriz recently posted..Sinopsis Tentang Dhia (Akasia) lakonan Ady Putra & Nora DanishMy Profile

  • adele November 8, 2011 at 2:42 pm

    haaaai,gaya je lebih..ikannya ada dapat tak tu? :D

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:24 pm

      Bro yang memancing itu dapat ikan tapi kecil-kecil belaka dia sapu. Kalau di Australia ikan ukuran saiz tertentu sahaja dibenarkan ambil kalau tidak perlu dicampak kembali ke laut.

  • Dulu Lain Sekarang Lain November 8, 2011 at 2:11 pm

    not bad… gambar yg second last (cari kulit cengkerang) is the best. Kurangkan contrast pada gambar.. terlalu kuat boleh jadi nampak artificial. :D Kalu pakai lens, switch off. Gambar pemandangan perlu besarkan dept of field.. kasi semua clear. Still, makin hebat. :D
    Kawe punya 5 cents jer… sendiri pon bukan pandai sgt he he :wink:

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:25 pm

      Okay saya take note. Ingatkan depth of field untuk gambar potrait dan makro sahaja.

  • Tuan Tanah November 8, 2011 at 1:54 pm

    wah best jugak bawa anak & family nikmati keindahan alam…:)

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:26 pm

      Tidak semua ikut hanya 4 beranak sahaja pergi ke Pantai Puteri.

  • azura November 8, 2011 at 12:29 pm

    saya tak ingat kat mana pantai puteri, dulu waktu kakak belaja kat melaka, aktiviti mandi di pengkalan balak memang seronok time tu….last mandi kat situ pun 5 atau 6 tahun lepas….lama tak mandi laut…

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:26 pm

      Ramai yang mandi manda di Pantai Puteri ini.

  • wahida November 8, 2011 at 12:20 pm

    cantiknya semua gambar2 ni…jeles….

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:27 pm

      Terima kasih, masih lagi tahap amatur.

  • chii November 8, 2011 at 11:16 am

    best nya g pantai…

    time study dulu..chii slalu ke pantai puteri waktu malam..dok lepak reramai ..kadang2 dok main buaian..memang time tu x perlu nak berebut ngan budak..ekeke

    malam2 mnggu memang ramai org lepak sana kan..eheh

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:30 pm

      Saya tidak pernah pergi Pantai Puteri waktu malam.

  • Kamal Mustafa November 8, 2011 at 11:15 am

    Belum pernah sampai lagi ke Pantai Puteri nie. Pantai Kat area Port Dickson Pun KM tak habis lawat laie.
    Kamal Mustafa recently posted..Panduan Menanam Terung Panjang.My Profile

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:32 pm

      Saya lebih suka pergi Teluk Kemang berbanding Port Dickson.

  • yanmie November 8, 2011 at 11:10 am

    Salam,

    Lamanya tak pi pantai, ada jugak plan minggu lepas tapi cuaca sangatlah tidak menentu -..-”
    gambar nie edit guna software ape ye? photoshop ke?

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:34 pm

      Saya beri sentuhan gambar dengan software opensoure PhotoScape sahaja.

  • adamfaiz November 8, 2011 at 10:13 am

    Melaka kg siapa bro? Aku pun kg kt Melaka, sekolah pun kat sana.. dulu pantai di Melaka lebih cantik … nice photos anyway… Minat mancing gak ke? Jom kita pergi sekali nanti?
    adamfaiz recently posted..AWAS! Komen Di Facebook & Blog Anda Di Index Oleh Google!!My Profile

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:40 pm

      Isteri dan ibu saya orang Melaka. Saya tidak minat memancing kerana kurang sabar. :-)

  • Nur November 8, 2011 at 9:44 am

    Salam. Cantiknya gambar pemandangan ni. Saudara memang berbakat besar.. Nak lihat lebih banyak gambar lagi pada masa akan datang.. :)

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:41 pm

      Terima kasih, gambar untuk dikongsikan mengenai keindahan pemandangan Pantai Puteri yang boleh diabadikan di blog ini.

  • hafidz November 8, 2011 at 9:36 am

    bro. cantik sangat gambar-gambar yang disnap ;)
    hafidz recently posted..Movie Review : Real SteelMy Profile

  • Fahmi Raazali November 8, 2011 at 8:14 am

    kat dekat Terengganu… dapat tengok matahari terbit dekat pantai… tak pernah lagi tangkap gambar matahari terbit…

    Kalau nak tangkap matahari terbenam kena pilih lokasi yang akan membantu mencantikkan gambar… hehe matahari terbenam nak tengok kat pantai are Terengganu… tak mungkin jumpa… :-)

    Nak tangkap gambar matahari kena hati-hati. Tak silap saya pendedahan secara direct cahaya matahari ke lense kamera tak baik. Nanti sensor dalam kamera cepat rosak. Cuba saudara comfirmkan hal tersebut dengan kawan-kawan saudara yang lebih pakar… :-)
    Fahmi Raazali recently posted..Tip Bagi Gadis Yang Ingin Atau Sedang BercintaMy Profile

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:43 pm

      Terima kasih atas nasihat tersebut dan akan beringat mengenai kecerahan melampau yang boleh merosakkan sensor.

  • Mus November 8, 2011 at 2:15 am

    memang berbakat besar bro dalam fotografi..
    Mus recently posted..Lobster Gergasi Tarikan Baru Di PitasMy Profile

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:45 pm

      Saya pun banyak belajar dari pengamatan gambar yang diambil oleh bro.

  • b3njy November 8, 2011 at 12:54 am

    Permandangan yang menarik waktu senja … rasanya macam pernah juga pergi pantai puteri ni tau … emmm tetapi lupa bila yer ?
    b3njy recently posted..GERAKAN INI SEPATUTNYA MENGHASILKAN GOLMy Profile

    • akubiomed November 8, 2011 at 8:45 pm

      Bro Benjy pergi dengan siapa?

  • eLLy November 8, 2011 at 12:54 am

    nice view … i like

  • mijie November 8, 2011 at 12:11 am

    cantik gambarnya, dulu pernah ke pantai puteri cuma masa tu pergi waktu tengahari je, x sempat nak mandi, hanya sentuh gigi air jer

    • akubiomed November 8, 2011 at 12:51 am

      Masa ambil gambar diatas agak blur hendak mencari subjek yang sesuai sebab tujuan asal hendak ambil gambar matahari terbenam. Tunggu punya tunggu matahari terbenam tidak nampak kerana dilindung cuaca mendung.

      Memang agak fail ambil gambar pemandangan.

    • yanmie November 8, 2011 at 11:08 am

      Baru tau air ada gigi hehehe :D

      • akubiomed November 8, 2011 at 8:48 pm

        Perkataan gigi air biasanya digunakan didalam bahasa Sastera Melayu.

  • Kimmy November 7, 2011 at 11:48 pm

    Tengok gambar mcm tu pon dah terbayang bau laut bersama angin yang menderu..cewahh

    • akubiomed November 7, 2011 at 11:53 pm

      A’ah bau laut. Ia mengingatkan bau laut ketika berada di Adelaide beberapa tahun lalu berbeza dan warna laut disana pun agak kehijauan.

  • paihujey November 7, 2011 at 11:39 pm

    cantik gambar..aku pun suka melayan diri kat pantai cahaya bulan..selalu pergi pagi tapi memang panas la sebab matahari naik..dan pagi2 tak ramai orang..kalau waktu petang memang ramai dengan keluarga jela..

    • akubiomed November 7, 2011 at 11:50 pm

      Selalu kalau Kelantan kawan akan ajak makan di kawasan berdekatan Pantai Cahaya Bulan. Angin laut Cina Selatan amat kuat berbanding di Selat Melaka

      • b3njy November 8, 2011 at 12:58 am

        Angin laut kuatlah best … ombak pun kuat … keladak dan lumpur pun kurang … Ikan Jaws ? ada ker ?
        b3njy recently posted..GERAKAN INI SEPATUTNYA MENGHASILKAN GOLMy Profile

        • paihujey November 8, 2011 at 3:55 am

          hehe..kalau kat pantai memang kuat la berangin..tapi best..

          tapi pantai cahaya bulan tak boleh nak mandi manda dah sebab dah hakis..kalau nak dibandingkan 10 tahun lalu memang cepat je hakis..ikan jaws takde lagi kot buat masa ni..hehehe
          paihujey recently posted..Sistem Penyejuk Laptop Abad IniMy Profile

Bloggers - Meet Millions of BloggersReal Time Web Analytics