Projek Pistol terkenal dengan lagu ‘Wanita seluruh dunia’.
Terkejut juga dengan lagu ‘Wanita seluruh dunia’ oleh kumpulan Projek Pistol telah terpilih sebagai 12 finalis untuk ke final AJL26 yang akan berlangsung pada 29 Januari 2012 nanti. Ia adalah lagu lain daripada yang lain biasa di dengari oleh halwa telinga. Saya berpendapat kumpulan Projek Pistol ini mampu memberi saingan atau pun kejutan di pentas final AJL26.
Keanggotaan kumpulan Projek Pistol terdiri daripada otai-otai.
Projek Pistol dianggotai Edrie Hashim (Gitar), Boy (Vokalis), Pa’e (Drum), dan Zam (Bass) telah melancarkan album pertama mereka yang bertajuk Stereo Amanda pada 26 Jun 2011. Rata-rata anggota kumpulan Projek Pistol bukanlah baru didalam bidang muzik sebagai contoh Pa’e bekas anggota XPDC, Zam pernah bermain untuk Flop Poppy dan Search dan Edrie sendiri juga terkenal sebagai penerbit album. Sudah tentulah pengalaman yang ada pada setiap anggota Projek Pistol apabila digabung akan menghasil irama muzik moden rock yang luar biasa.
Video klip Projek Pistol – Wanita seluruh dunia.
emmm best jugak lagu pistol ni yer..peminat ke bro?hehe
Ingatkan projek pistol apa td….
Rupanya AJL ye. Almaklumlah dah lama tak tahu perkembangan AJL ni 😉
Mmg semacam je namanya tapi lagunya mmg best…
yup betul tu..lagu memang bet dan layan jugak ler..hehe
errr..nape chii x pernah dgr pun lagu ni..tp time umumkan sape masuk finalis..nampak eddie je..xtau plak dia ada group sendiri..eheh
best lagu nie bro… boleh ler kawe download lepas nie @ mp2skull he..he 😀
Baru ingat… intro dia mcm lagu Lucky oeh Jason Mraz dan Colbie Cailatt… that’s why mcm pernah dengar jeer.. Tapi masuk chorus lain lak melodinya..
Nampaknya saya dan bro boleh layan. Pertama kali dengar lagu ini memang hendak susah hendak terima.
haha..dah ada yang berminat tu…
Suka tengok edrie tu. Dia dulu selalu ikut jomheboh kan? Rasanya sejak sureheboh lg dia dah jd pemuzik jemputan
Dia selalu jadi pengarah muzik.
Boleh la layan. Tapi untuk jadi lagu evegreen, susah sikit. Tak sampai menyucuk kalbu. hehehe…
tapi aku pelik. apahal nama kumpulan ni projek pistol. pelik jer dengar.
Aku dah dengor & tgk dulu lagu ni youtube…tapi tak semuanya laa…baru masuk minit ke 0.35 aku dah tutup….tak kene langsung la bro dgn selera aku….huhuhu
lagu dan style kumpulan ni lain skit, x kenal, tp agak best juga lagu dia
aku tak puas hati sebab bunkface takda
Mungkin AJL27 nanti ada peluang.
Patut la pernah nampak muka diorg.. ex-otai rupanya.. kalo asyik ditayangkan kat radio, grenti org suka lak.. kira mcm kena brainwashed ler 😛
Cara mereka bermain muzik nampak matang kerana sudah lama didalam industri.
ingatkan bro nak buat pistol tadi
atau nak sewa pistol
huh.
Pistol mainan anak hendak tak bro? 🙂
ada versi lagu iban juga lagu ni..
Tentu akan menarik minat peminat dari Borneo lebih terbuka menerima Projek Pistol.
tak suka sangat band ni .keh3
muzik cam lengkap je dengar padahal 4 orang … kira ala2 kumpulan May lah ni kan …
Nak kata cara mereka main rentak muzik tidak sama dengan May tapi lebih kepada Incubus dan Matchbox 20.
kebiasaannya yang menyedihkan ialah sebuah kumpulan band tu tak kan kekal lama … cubalah jadi cam kumpulan search baru gerun lawan
Kalau main muzik bagus tapi tidak kekal lama sayanglah.
dari hari tu lagi benjy dah dengar lagu mereka best OOooo ! dan ada harap nak menang
Kali pertama dengar lagu ini susah hendak diterima oleh halwa telinga kerana genre muziknya agak baru.
betul bro…pada aku macam pelik sangat la genre muzik geng2 nih…
aku tiada senapang pula huhu…
bila dengar, x sangka lagu kumpulan M’sia.
Siapa sangka Projek Pistol ini adalah band tempatan.
Lagu mcm xde mesej..wlupun sy prmpuan..xberkenan sngguh dgn lagu ni..tmbh2 nnt nk jd soundtrack filem datin ghairah..bukan2 je buat filem mcm gitu…Sory kalo ade yg terasa..ni juz my opinion..
Saya suka rentak muziknya tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut. Pandai Edrie mengubah lagu selain selaku penerbit album.
memang otai2 semua ye dalam kumpulan ni
lagu ni selalu dengar , ingatkan indonesia punya lagu hehe .. bagus lah kalau gini sedap org Malaysia punya
ehh lama btl tak dgr nama kumpulan niiii
Oohh, Amy memang mengikuti perkembangan kumpulan ini sebelum ini?
awatla namanya pelik sangat.
okla. lagu dia ok. yang aku pelik..nape plak pokok tak lepas. aduhh..
Terkejut juga lagu Pokok oleh Meet Uncle Hussain gagal ke final AJL26.
tu la. banyak bunga aje yang lepass ni..
Band ni banyak problem masa awal penubuhan dulu… vocalist tu cam over sket ar…
first time dengar pistol2 ni.. jauh ketinggalan dah sy ni
ini lagu lentok2 manjer kak heeeeee
semua otai dlm band ni..
suka lagu ni..mmg layak pon bersaing. good luck
Kita tengok sejauh mana band Projek Pistol boleh pergi di final AJL26.
Kurang berkenan dengan liriknya.. tapi muziknya OK 😀
Saya suka irama lagu dan suara Boy Cliford memang blend. 🙂