Moh kita ke Pesta Buku Kelantan 2011

Jom ke Pesta Buku Kelantan 2011

Bila kali terakhir membaca bacaan ilmiah? Sebentar tadi? Semalam? Lama dah? Persoalan yang mungkin tidak penting bagi kita.

Semenjak aku memasang aku memasang plugin Contact Form 7, kotak e-mail telah mula menerima beberapa e-mail dari pengunjung ada yang menanyakan mengenai entri dan ada yang meminta membuat promosi. Aku mula tidak sedar akan kepentingan memasang borang hubungi pemilik.  Apabila membaca entri sahabat blogger menyatakan kalau ada pihak pengiklanan yang berminat hendak meletakkan iklan berbayar mudahlah pemilik blog untuk dihubungi tetapi blog AkuBiomed ini masih Page Rank telur dinosaur adakah pihak pengiklanan sudi?  :-)

[ad#nuffang]

Salah satu e-mail aku terima ialah memohon membuat promosi Pesta Buku Kelantan 2011 di blog AkuBiomed. Kalau dahulu semasa sekolah rendah orang tua aku akan membeli majalah Kuntum, Bambino dan  Utusan Pelajar setiap bulan. Kalau ada jualan buku, aku akan membeli buku cerita. Minat membaca masih diteruskan ketika bujang aku minat sangat mengenai Teknologi Maklumat(IT). Majalah aku baca adalah Computimes di samping majalah Fantasi kerana kegilaan aku pada ilustrasi karikatur.

Apabila sudah berumahtangga, selera membaca berubah seiring dengan peningkatan umur yang mana aku mula membaca buku-buku motivasi. Minat aku didalam sukan pemotoran, aku menjadi kan majalah Roda Roda sebagai rujukan teknologi terkini untuk motorsikal berkuasa tinggi.

Aku mengambil peluang kepada sesiapa yang tinggal di Kelantan atau kebetulan berada di Kelantan antara 29 Mac4 April boleh lah singgah Pesta Buku Kelantan 2011.

Pesta Buku Kelantan 2011

Pesta Buku Kelantan 2011 anjuran Persatuan Perpustakaan Negeri Kelantan
dengan kerjasama JPN Kelantan dan ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn Bhd
kembali lagi menemui anda dari 29 Mac 2011 hingga 04 April 2011.

Hadiah untuk pengunjung Pesta Buku Kelantan 2011

p/s: Suburkan minat membaca

Related posts:

  1. Yang menanti kita pada 1 Feb 2011
  2. Ops Ulat buku di Rawang
  3. Menambah pengetahuan dengan membaca
  4. Pelajaran seks disekolah bersediakah kita dari segi mental
Comments
  • RHisham April 5, 2011 at 12:52 pm

    Pesta Buku Kelantan 2011 telah berakhir dengan selamat dan jayanya. Jumpa lagi tahun hadapan. Insya Allah

  • RHisham March 22, 2011 at 1:05 pm

    Berpaksikan tema pada tahun ini, Membaca Pemangkin Transformasi Bangsa, pesta buku kali ini dianjurkan dengan harapan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu berpaksikan kepada satu tujuan untuk melonjakkan transformasi negara secara holistik dalam semua bidang melalui penerapan budaya membaca. Tema kali ini harus dihayati dan disebarkan kepada seluruh rakyat Kelantan khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

    Trend membaca di kalangan pelajar amnya telah pun berubah secara drastik menjelang zaman millennium. Mengikut kajian Pusat Perkembangan Kurikulum, didapati para pelajar lebih suka membaca buku berkisar mengenai sesuatu yang hampir dengan mereka, sesuai dengan usia dan persekitaran mereka.

    Oleh itu, pihak sekolah harus peka dengan perubahan trend membaca di kalangan remaja dalam urusan mendapatkan bahan bacaan untuk dijadikan koleksi di pusat sumber sekolah. Ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar dan sekaligus dapat dijadikan sebagai pemangkin kepada transformasi bangsa.

  • Ladfe Amir March 22, 2011 at 12:16 am

    aku dulu suka baca majalah remaja dan majalah apo serta ujang. pastu komik hong kong mcm jejak wira dan alam perwira.

    roda2 pun aku baca gak..tapi sekejap je.

    mastika pun pernah jadi koleksi kumpulan aku. tapi itu dulu.

    skrg ni aku lbh suka ari buku2 ttg sejarah tokoh islam. paling tidak boleh dijadikan contoh

    • akubiomed March 22, 2011 at 12:28 am

      Tak apa jenis bahan dibaca kerana yang penting minat membaca perlu disuburkan selalu :-)

  • Ali ridha March 19, 2011 at 9:24 pm

    hadiah basikal tu ada enjin tak.
    senang sikit nak bawa pergi
    kerja.penat kayuh la.hehe…

  • Ali ridha March 19, 2011 at 9:21 pm

    akuboimed trafik dah kencang…rajin
    pula tu tinggalkan komen..semua komen
    tu bernas belaka…terpaku besi aku
    membaca…dapat sedikit ilmu.

  • Ali ridha March 19, 2011 at 9:19 pm

    borang hubungi memang wajib pun
    dipasang.senang blogger baru nak
    bertanya…bagaimana nak pasang
    blog wordpress seperti akubiomed.

  • RHisham March 19, 2011 at 3:23 pm

    Pelbagai penerbit buku dari dalam dan luar negara akan menyertai PBK 2011 kali ini. Terdapat lebih kurang 70 penerbit yang menyertai PBK 2011. Antaranya MC GrawHills Education (Asia) , Pearson (M) Sdn Bhd(Longman), MPH Distributors Sdn Bhd, Marshall Cavendish (M) Sdn Bhd formerly known as SNP Panpac, Fajar Pakeer Sdn Bhd( Kaki Novel), Grup Buku Karangkraf (Alaf 21 Sdn Bhd), Al-Hidayah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sasbadi Sdn Bhd, dan banyak lagi.

    Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan buku – buku berkualiti yang bertaraf bintang lima dengan harga kaki lima.

    Temui anda semua di dewan Jubli Perak, MPKB BRI, Kota Bharu, Kelantan dari 29 Mac hingga 04 April 2011.

  • aimannajmy March 18, 2011 at 6:59 pm

    dah lama tak pegi pesta buku.. dan dah lama jugak la tak bukak buku baca huhu..since dok melepakan diri depan PC je huhu

  • Amirez March 16, 2011 at 10:56 pm

    thanks bagi info ni.
    saya yg duk kat kelantan pun tak tau pasal ni hehe.
    maybe banner tak meluas lagi agaknya.
    kena catat kalendar ni..

    • akubiomed March 17, 2011 at 11:42 pm

      Bro pun duduk di Kelantan bolehlah pergi ke Pesta Buku yang bakal dianjurkan nanti

  • adele March 16, 2011 at 5:47 pm

    setiap hari kena baca buku ilmiah..mmg tekanan.. T_T

    jauhnya nak ke kelantan..huhu

    biasa kalau nak cr buku akan ke MPH alamanda..mmg best :D

    • akubiomed March 16, 2011 at 10:44 pm

      Kalau sudah nama siswazah bergelumang dengan buku rujukan sahaja :-)

  • suri March 16, 2011 at 3:41 pm

    bau buku mmg sellu mmbuatkan suri teruja :)

    jom pergi :)

    • akubiomed March 16, 2011 at 10:43 pm

      Saya suka bau not duit kertas :-)

  • suri March 16, 2011 at 3:41 pm

    eh kat ipoh ada juga kann..kan heee…

    sy mmg gila buku..novel lagi;ah sebulan 2 kali beli..majalah pa & ma mmg tiap2 bulan en suami belikan hee..

    • akubiomed March 16, 2011 at 10:42 pm

      Rajin membaca juga Suri patutlah entri blog banyak informative

  • tengkorak emas March 16, 2011 at 1:55 pm

    Penulis blog perlu banyak membaca, kalau yg nak melatih penulisan perlu banyak membaca, bila pula book fair pwtc?

    • akubiomed March 16, 2011 at 10:41 pm

      Betul bro apabila banyak membaca baru hadir ide

  • RHisham March 16, 2011 at 1:48 pm

    Pesta Buku Kelantan merupakan acara tahunan Anjuran PUSTAKA dengan kerjasama JPN Kelatan dan ditaja oleh Syarikat Muda Osman Sdn Bhd.

  • Luthfi March 16, 2011 at 12:57 pm

    perghh macam best kot pesta buku ni.
    kat kelantan selalu tak ada pesta macam ni?

  • maza March 16, 2011 at 12:29 pm

    kuikui. terasa macam kena piat aje telinga bila ditanya pasal bila kali terakhir membaca bahan ilmiah. hehehhee

    • akubiomed March 16, 2011 at 10:15 pm

      Ye ker Maza. Saya minta maaf tidak ada niat mengusik pun

  • MDHAFiZ.NET March 16, 2011 at 11:44 am

    untung kalau mcm tu.. saya letak dah lama dh tp xda respon..hehehe.. ye lah belog budak hingusan mcm saya mana nak dpt perhatian…baru nak belajar merangkak dlm dunia blogging ini.

    • akubiomed March 16, 2011 at 10:15 pm

      Jangan macam itu bro. Saya pun belum setahun jagung lagi

  • afique March 16, 2011 at 11:37 am

    layan kreko jee. hehe :P

  • sw33tdarling March 16, 2011 at 11:36 am

    lama giler tak membaca buku.. serius! sejak zaman teknologi ni, asyik laa duk baca blog jer.. hehehe

    • akubiomed March 16, 2011 at 10:14 pm

      Ini betul-betul blogger tegar :-)

  • titan March 16, 2011 at 11:23 am

    kenapa aku rasa macam jauh aje ek..

    • suri March 16, 2011 at 3:43 pm

      sb saya dok ipoh heee.ker bro tintan jln kaki nak kesana ;) heeee

  • abby kamil March 16, 2011 at 11:20 am

    eh da lama x pegi pesta buku lah.

    dulu time sekolah selalu pegi pesta buku kt pwtc. tapi biasanya tak beli apa apa.

    ehehehehhehehee

    • akubiomed March 16, 2011 at 9:12 pm

      Cuci mata yer B :-)

  • puteri March 16, 2011 at 10:54 am

    eh jap..
    komik ada tak?
    sy ske komik.
    hehe

  • puteri March 16, 2011 at 10:54 am

    kek kelate?
    buleh la ambo oyak ke saing pahni
    suroh dio gi beli

    hehe

    • akubiomed March 16, 2011 at 9:12 pm

      Rasanya Pesta Buku Kelantan adalah acara tahunan

  • chii March 16, 2011 at 9:51 am

    skolah rendah dulu langgan kuntum gak…

    skolah menengah….dok baca remaja

    dunia universiti…baca mingguan wanita plak…

    kini..semua baca..ehehe..

    • akubiomed March 16, 2011 at 9:07 pm

      Mingguan Wanita selalu isteri saya baca. Masa mula-mula masuk rumah baru saya minat membaca majalah Laman Impiana

  • RHisham March 16, 2011 at 9:27 am

    Terima kasih banyak saudara BioMed.
    Jemput turun reramai memeriahkan lagi PBK 2011.
    Pelbagai acara menarik menanti anda.
    Yang paling glamor dan disukai ramai, Cabutan Hadiah Istimewa.
    Hadiah memang gerenti masyukkkkk…..

    • akubiomed March 16, 2011 at 9:06 pm

      Pertama kali promosi untuk khidmat masyarakat. Masa akan datang saya akan terlibat membantu promosi aktiviti sebegini

  • zik March 16, 2011 at 3:17 am

    membaca buku itu tambah ilmu dan lagi bagus kongsikan bersama-sama… :-)
    zik recently posted..Camel spider- labah-labah unta yang menakutkan!!My Profile

    • akubiomed March 16, 2011 at 9:05 pm

      Lagi banyak kita kongsi lagi banyak pahala dan ilmu kita akan dikurniakan

  • tehr March 16, 2011 at 2:44 am

    kami biasa bawa pelajar2 tahun 4. 5 dan 6 pesta buku ni
    kadang2 perlukan 2 bas

    • akubiomed March 16, 2011 at 9:04 pm

      Baguslah ada rombongan sekolah membawa anak murid ke pesta buku

  • kulanz March 16, 2011 at 2:12 am

    aku memang minat datang pameran buku ni.. jarang sangat ketinggalan kalau kebetulan dekat.. tapi kalau di Kelantan memang tak dapat datanglah.. jauh juga tu

    • akubiomed March 16, 2011 at 9:04 pm

      Saya sekarang jarang-jarang ke pameran buku kecuali ke kedai buku sahaja

  • suffer8zine March 16, 2011 at 2:02 am
    • akubiomed March 16, 2011 at 8:57 pm

      Siapa yang duduk di Kelantan atau berada di Kelantan pada tarikh pesta boleh lah mengunjung Pesta Buku Kelantan 2011

  • wanluqman March 16, 2011 at 12:19 am

    bila pergi pesta tu jangan sorang2, bawa sekali kaum kerabat sekampung, perlu membaca – iqra untuk dpt info, IT kaedah.
    01.01.11,11.01.11,01.11.11,11.11.11 tahun ini/masa cakap.

Bloggers - Meet Millions of BloggersReal Time Web Analytics