Cicak Tokek disuntik silikon

Cicak Tokek disuntik silikon untuk meraih keuntungan

Cicak Tokek disuntik dengan silikon supaya kelihatan besar sebelum dijual kepada peraih. Biasanya kita terbaca beberapa artis barat yang dikatakan membesarkan payu dara dengan cara implan silikon bagi membesarkan payu dara yang diinginkan.

Antara yang artis barat yang dikaitkan dengan pembesaran payu dara dengan cara implan silikon adalah Dolly Parton seorang penyanyi terkenal dengan lagu-lagu Country dan pelakon simbol seks drama bersiri Baywatch iaitu Pamela Anderson.

[ad#nuffnang]

Kes penipuan Cicak Tokek disuntik silikon 

Cicak Tokek disuntik silikonCicak Tokek sedang menjadi buruan yang dikatakan berkemampuan menyembuh penyakit HIV/Aids dan ada yang boleh mencapai harga RM25,000 bergantung kepada saiz . Cicak Tokek ini mampu membesar sehingga 20cm dan 40cm panjang.  Sebuah akhbar News Straits  Times melaporkan ada beberapa kes penipuan Cicak Tokek dipercayai telah disuntik dengan silikon. Ada sindiket menjual Tokek telah menyuntik Cicak Tokek dengan silikon bertujuan supaya dapat dijual pada harga tinggi di pasaran. Cicak Tokek yang telah suntik silikon ini akan kelihatan besar ketika dijual kepada peraih.

Belum ada bukti Sains yang dikaitkan oleh Cicak Tokek boleh menyembuh HIV/Aids. Jabatan Hidupan Liar turut mengakui ada sindiket memgambil kesempatan kerana kegilaan buruan Tokek  untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda secara tidak jujur dengan cara Cicak Tokek disuntik silikon.

 

 

No related posts.

Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • puanbee August 17, 2011 at 8:15 pm

    kerana duit mcm2 leh jadi gelihati lak baca cicak pun nk di suntik silikon

    • akubiomed August 17, 2011 at 10:03 pm

      Kesian si cicak Tokek pun tidak dapat lari dari menjadi mangsa

  • bEe August 16, 2011 at 5:36 pm

    Eeeei,
    Geli!!!! :-P

    • akubiomed August 16, 2011 at 11:07 pm

      Hmm boleh kawan dengan anak saya Abang Ngah penakut cicak :-)

  • Ekspresi Ruang August 14, 2011 at 11:21 pm

    cicak silikon tu sesuai la kot utk yg suka besar2kan alat2 diorang. huhu
    Ekspresi Ruang recently posted..Gambar Pilihan Harini #10My Profile

  • Mekar August 14, 2011 at 9:47 pm

    Cicak tokek ni kehidupannya di mana ya? tak pernah jumpa pun sblm ni. semenjak 2 menjak dia popular dlm blog
    Mekar recently posted..Gulai Kalut @ Gulai Panas di LangkawiMy Profile

    • akubiomed August 14, 2011 at 10:51 pm

      Sekarang ini ada yang membela Tokek untuk dijual tapi saya tidak mina kerana teringat kisah nabi Muhammad SAW ketika sembunyi di gua Hira’

  • MDHAFiZ.NET August 13, 2011 at 4:23 pm

    Duit punya pasal.. apa saja boleh buat.. :)

  • kopisoda August 12, 2011 at 3:30 pm

    kadang macam tak sangka cicak tokek ni menjadi penawar.
    dan lagi tak sangka boleh main suntik-suntik pulak. macam2 huhu

    • akubiomed August 13, 2011 at 12:46 am

      Khabar angin disangka benar. Yang suntik silikon ambil kesempatan untuk mendapatkan untung lebih. Macam pernah ada isu ayam daging disuntik hormon suatu ketika dahulu

  • adele August 11, 2011 at 10:25 am

    cicak ni semakin glamour skrg..wlaupun beliau tak pernah mintak utk jd glamour.. :D

    • akubiomed August 11, 2011 at 3:52 pm

      Cicak Tokek pun sudah pandai suntik Silikon :-)

  • wanmus August 9, 2011 at 1:17 pm

    kesian betull..cicak pun jadi mangsa..hehe

  • Mus August 8, 2011 at 11:26 pm

    memang bijak dorang menipu..
    Mus recently posted..Ajar Anak Makan Buah KurmaMy Profile

  • Dulu Lain Sekarang Lain August 8, 2011 at 11:06 pm

    ingat makan tokek, rupanya telan silikon…. alahai…

  • Fahmi August 8, 2011 at 4:50 pm

    benda tgh panas… ada je org ambil kesempatan darinya… cicak pun boleh jadi mangsa… bukan orang saja… orang sanggup buat apa saja demi duit. Bezanya cara baik atau cara yang tak baik…
    Fahmi recently posted..Keputusan Cabaran SEO: Tip Blogging TerbaikMy Profile

  • sw33tdarling August 8, 2011 at 4:48 pm

    mcm2 hal… sepupu saya ada seekor tapi saya geli laahhh

  • Mr Rileks August 8, 2011 at 4:05 pm

    manusia nie sggup buat apa saja… isk3.. msh ade ke nak beli cicak tokek nie sbb hr tu dorg kata tipu jer bende nie… info ckit…

  • nuriz August 8, 2011 at 1:24 pm

    bukan setakat orang je yg suntik silikon nak cantik ye , cicak pun kena suntik huhu patut le cicak ni mahal

  • Norizwan August 8, 2011 at 1:24 pm

    owh…masih belum ada penawar lagi HIV/Aids lagi…..untung betl org jual tokek ni….tak jujur lgsung…

  • adamfaiz August 8, 2011 at 8:25 am

    Heran.. tanpa bukti saintifik pun masih ramai yang mencari untuk membeli tokek..
    adamfaiz recently posted..Kenapa Mak Iqbal Fahreen Hamdan Tidak Menangis…My Profile

  • nizamghazi August 8, 2011 at 5:45 am

    Kat rumah ni banyak je cicak.
    Macam2 kaler ada. paling geli warna hitam.
    Cicak tokek ni mmg menjadi rebutan

  • titan August 7, 2011 at 11:38 pm

    wahh, main suntik-suntik plak sekarang..

  • Jai August 7, 2011 at 7:13 pm

    Matlamat utamanya bukan sebab ubat lagi, sebab duit.. Macam kata bro, sampai sekarang xde pengesahan lagi.. Siap ada fanpage facebook tokek lagi.. Masing2 dok bincang nak jual kat mna.. Kawan adik aku minta adik aku tolong jualkan, sebab dia dapat dari utara.. Kat KL mna ada port nak jual, kalau ada pun ssh la nak jumpa..
    Jai recently posted..KL Gangster | Iklan Gangster Pecah Perut Bukan Pecah PanggungMy Profile

  • Hans August 7, 2011 at 1:47 pm

    adoi
    cucuk silikon plak dah
    diorang nih memang nak untung jer kan

    • akubiomed August 7, 2011 at 6:33 pm

      Lepas ini Silikon pun naik harga :-)

  • Amry August 7, 2011 at 12:38 am

    sekarang dah agak redha cerita pasal cicak ni…mula-mula duu kecoh gak……sekarang dah salah kan kalau dijual atau memburu cicak tu
    Amry recently posted..Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri MalaysiaMy Profile

    • akubiomed August 7, 2011 at 9:53 am

      Kawasan di utara tanah air masih dijual kerana masih mendapat sambutan di selatan Thailand

  • FD August 6, 2011 at 10:08 pm

    hanya wujud di silicon valley….
    FD recently posted..#SPM – Trial Exam dan Juga Ketakutan Ringkas AkuMy Profile

    • akubiomed August 6, 2011 at 10:45 pm

      Malaysia ada Multimedia Super Corridor(MSC)

  • wrizuan.net August 6, 2011 at 9:39 pm

    wah cicak di”botox”kan :)

  • tips-kurus August 6, 2011 at 3:45 pm

    belakang rumah bapak saye ade ni.. :-)

    • akubiomed August 6, 2011 at 5:18 pm

      Boleh tangkap dan iklan untuk dijual. Memang Cicak Tokek tengah hangat dipasaran

Bloggers - Meet Millions of BloggersReal Time Web Analytics