Kenapa sekarang baru ada kebocoran?
Sejak aku melangkah kaki keluar dari rumah orang tua aku kerana ingin mempunyai rumah sendiri. Ramai yang menasihatkan aku duduk rumah orang tua walaupun famili sendiri banyak dugaannya. Agak lama aku tinggal dirumah orang tua aku di Taman Keramat kerana sebelum berumahtangga aku telah merantau dan Kuching adalah destinasi pertama aku. Aku masih ingat tarikh aku jejak kaki di Kuching iaitu pada 25 Disember 1996 dan kemudian aku dipindahkan ke Miri. Pada tahun 1999 aku telah dipindahkan ke Kota Kinabalu dan aku telah membawa isteri aku bersama. Aku sempat berada disana selama 3 bulan sebelum kembali ke Semenanjung. Aku duduk bersama orang tua aku selama 4 tahun.
Jam-Pack your friends & win prizes worth up to RM40k!
Pada tahun 2003 aku mula mencari rumah maklumlah sudah mempunyai kerjaya yang kukuh. Aku dapati kawasan perumahan di Rawang adalah tempat sesuai untuk aku dan isteri tinggal bersama. Tipulah kalau tidak gembira mempunyai rumah sendiri walaupun ibu berat menerima hakikat yang anaknya ini akan melangkah keluar dari rumah. Rezeki memihak kepada aku apabila isteriku sah mengandung bukan kepalang girang apabila bakal menjadi seorang ayah. Selama aku tinggal disini tiada kebocoran yang akan memberikan kesulitan kepada aku dan isteri
Have you been living a healthy lifestyle? Find out today!
Jiran-jiran merata sudah mula terkena kebocoran dan aku selesa selama 8 tahun tanpa ada kebocoran pada hal kedudukan rumah kami diantara jiran-jiran yang kebocoran. Kebocoran bermula apabila jiran aku mengesan ada air mula keluar dari dinding jiran rumah sebelah. Kalau sebelum ini ada isteri aku mengadu yang biasanya bil air selalu negatif kerana kerajaan negeri Selangor memberi rebet RM10.40 untuk 20meter padu air pertama kini menjadi positif.
It’s the Celcom Grrrrreaat Sale! Get your dream phones at crazy discounted rates!
Kalau hari ini masyarakat India tempatan menyambut Thaipusam yang mana salah satu perayaan utama bagi kalendar mereka. Aku menjadi pembantu tidak bergaji kepada seorang jiran yang mempunyai kemahiran membaiki paip air yang bocor. Beberapa perkongsian tip yang diberikan oleh jiran aku dengan memasang paip air Acrylonitrile – Butadiene – Styrene(ABS) yang mempunyai tanda SIRIM dan menurut beliau ia tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan badan untuk jangka masa yang panjang berbanding jenis-jenis paip air yang lain seperti keracunan BPA didalam botol susu plastik.
It’s the Xpax Everyone Grand Sale! Get your new phones today!
Paip Acrylonitrile – Butadiene – Styrene(ABS) berwarna biru
Seperti mana yang kita tahu paip ada 3 jenis iaitu Paip Besi Galvani, Paip PVC yang berwarna kelabu dan Paip Poli @ High-density polyethylene (HDPE) biasanya berwarna hitam. Paip Poli paling banyak digunakan untuk mengantikan Paip Besi Galvani yang mudah karat dan Paip PVC yang mudah pecah. Terbaru adalah Paip Acrylonitrile – Butadiene – Styrene(ABS)dan seperti aku katakan ia tidak memberi kesan kesihatan pada badan berbanding Paip PVC dan Paip Poli apabila panas yang ekstrem maka tindakbalas kimia didalam pipe akan larut didalam air. Macamana hendak mengenal paip ABS adalah pada warnanya iaitu berwarna biru dan aku turut dimaklumkan agensi kerajaan mula mengunakan paip jenis ini termasuk bangunan SIRIM.
p/s: Lebih berhati-hati mengunakan barangan yang berasaskan getah tiruan
emm memang seronok bila dapat tahu kita bakal jadi ayah..hehehe..emm pandai bab tukang-tukang ni bro..satu kelbihan tu,..hehe
aku dah start duduk di luar start zaman persekolahan lagi. walaupun jarak sekolah dgn rumah masih dlm lingkungan satu daerah, tetapi jaraknya agak jauh menyebabkan aku bertekat untuk tinggal di asrama.
begitu juga masa belajar di politeknik.situasi yg sama juga.
lepas tu..zaman kemelesetan, mmglah stay ngan orang tua.bila dah bekerja di ibukota..smp berkahwin dan punyai rumah sendiri.
tapi orang tua kita mmg tak perasan..anaknya dah besar panjang dan punyai keluarga sendiri,kdg2 tu ada jugalah orang tua aku tercampur dlm urusan aku sekeluarga..tapi aku fikir ianya masih normal.
Ttg paip tu..SYABAS dah tukar semua paip ke paip ABS tu ke?
pasal diaorg claim air yg mereka bekalkan sudah cukup bersih..smp tak perlukan penapis air.
Itu bahagian PUAS sebelum meter air selepas meter air kita masih pakai besi dan PVC
pernah juga ku terfikir.
suatu hari nanti pasti
aku akan keluar dari rumah.
anak mak ni bakal keluar
dan cari kehidupan sendiri.
Orang tua kadang-kadang susah hendak menerima hakikat bahawa anaknya sudah besar panjang dan masih ingat si anak ini masih kecil lagi
so bro dah tukar paip ABS la ye?teringat masa belajar kemahiran hidup dulu..tapi dulu lebih berminat ke arah elektrik he2..
Yang biasa aku tengo paip besi, paip PVC warna kelabu dan juag paip yang warna hitam (penyambungan dengan sistem bolt dan nat tampa gam)
Kalau ada pengalaman memang baik kalau repair sendiri,kalau tak tau tue jangan buat2 tahulak nanti lain pulsk jadi eh.hu hu hu
Kalau ada kemahiran Insyallah boleh baiki sendiri
selalu kita lupa nak perhatikan. takut memudaratkan seisi rumah. apatah lagi kontraktor rumah sekarang ni inginkan keuntungan lebih. bahan mentah yang digunakan sangat diragui.
Saya sendiri pun tak sedar mengenai maklumat ini dan hanya diberitahu oleh tukang pain baru saya sedar. Kiranya tukang paip yang baiki paip bocor rumah saya memang seorang yang jujur
kalau sudah bocor, bahaya rumah tu bro. baru tahu ada juga paip yang tak bahayakan kesihatan. thanks berkongsi bro.
Sama-sama rasanya tak semua tukang paip akan berkongsi info paip ABS ini
paip bocor di dinding mmg dah serius tu.silap haribulan dinding retak, lagi teruk kena kejutan elektrik.Nasib baik bertindak cepat menukarnya.
huhuhu… sapa2 mahu kontraktor boleh roger aku… eh teriklanlah pulak… paiping rumah aku pun baru selesai di tukar sepenuhnya dengan Paip Acrylonitrile – Butadiene – Styrene(ABS) ni… nasib baik opis bayar…
Okay bro guna paip ABS kerana ia tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan badan walau macamana pun digalakkan pasang penapis air kerana baki paip masih lagi besi dan PVC
pemasangan paip nie biasanya serahkan kepada mereka yang pakar… tapi tuhla mahal jugak upahnya… nak buat macam ne, takda kemahiran itu.. kena belajar jugakla.. basic2 pun jadilah…
Kalau masalah yang biasa boleh buat DIY tapi ini melibatkan air tekanan tinggi selepas meter air tidak berapa berani bimbang bocor
diy lagi ek.. hari tu repair tayar beskal.. mmg terbaik la bro.. dpt berjimat.. 🙂
Kali ini tidak buat DIY sebab tidak ada kemahiran upah tukang paip cuma bantu dia angkat barang dan buka kunci paip sahaja 🙂
kalau rumah bocor, paip bocor, tayar bocor dan lain2 yg bocor memang la buat kepala penin 😛
Nasib baik paip bocor di peringkat awal kalau sudah tahap kritikal boleh menyebabkan tanah dibawah lantai rumah berlubang
Apa pun anggap sahaja ia sebagai penyelenggaraan berkala yang memang perlu dilakukan. 🙂
uh..bahaya..langkah2 haru di ambil klu tak teruklah nnti
Kebocoran di rumah saya masih diperingkat awal ada rumah jiran lain bil bulanan sudah sampai ratusan ringgit
sediakan payung jika bocor… 🙂 hehehe..
Masalah besar bro kalau rumah bocor bimbang ada kejutan elektrik
Ermm.. Pe nak tanya ek.. Oh ye.. Air masak klu disimpan dalam botol lama2 akan jadi kuning walaupun dah masak.. Sebab air pir tu ke sebab botol tu sendiri?
Keladak air bukan berpunca dari botol plastik. Masalah keracuan BPA ini sebab digunaka didalam pembuatan plastik. Didalam tahap suhu yang tinggi BPA didalam botol plastik akan menyerap didalam air. Tak salah saya tin minuman ringan dibahagian didalam tin minuman tersebut ada disaluti BPA.
Sekarang ini banyak produk yang bebas BPA boleh dilihat label tersebut dibawah botol yang akan ditanda nombor 7
kalau tujuan untuk minum atau yang nak masuk badan ni, memang penting menggunakan paip yang betul.
dulu pernah nak beli water heater. tapi nak beli yang murah jer. bujang la katakan…tapi salesman tu ada terangkan perbezaan yang mahal dan yang murah. yang murah ada bau plastik, iaitu bau bahan plastik tersebut yang mempunyai bahan kimia. yang mhal tak ada, so yang murah ni selain tidak berkualiti, turut tidak bagus untuk kesihatan.
maafla lari topik tapi still tentang air. hehe
Tak juga masih didalam linkungan bahan kimia yang digunakan didalam pembuatan plastik
kadang2 seronok jugak bertukang ni.
ps: bila tengok nama2 paip teringat masa belahar subjek kemahiran hidup huhu
ingat paip bocor msa bljar sek menengah tapi tu dulu skrg dah lupa..hiii..
mana satu pelampung,, mana satu sesendal hiii
Kalau ada pengetahuan dan kemahiran boleh dimanfaatkan jadi boleh jimat kos
Saya tidak sempat belajar pertukangan ketika tingkatan 1 kerana pindah sekolah jadi sekolah tidak ada subjek pertukangan dan terpaksa mengambil subjek Sains Pertanian sampai tingkatan 3
thanks 4 da info pasal paip tu, baru tau 😀
eh dalam blog nie ada ke gmbr family ye?? nak selongkar tengok gmbr baby aslah ngan ibunye 😀
Ada gambar famili di entri sebelum-sebelum ini
baru tahu akan hal paip yang mesra pengguna ni 🙂
rumah teres kebocoran tak seteruk rumah pangsa yang kebocoran,kena pulak rumah yang kebocoran tu buat tak reti je ! 🙁
klu duduk rumh yang bertinh2 mmg parah nak2 yg duduk tigkat bawah..yg atas wat donoh aduh….
Aduhai kesian jiran-jiran yang terkena tempias bocor tentu rumah berlendir dan berlumut 🙁
sama la jo aku pun baru tahu je pasal paip biru ni 😀
x bahaya ke bocor2 ni. takut runtuh plak rumah sbb terhakis
Betul lantai rumah boleh bocor kalau tidak diselesaikan masalah ini dengan segera