Bakar Satay di Hari Raya ke 5

Bakar Satay bersama adik-beradik ipar

Hujung minggu ini aku ingin menulis entri yang ringan dan santai sahaja. Cuti hujung minggu yang panjang tentu ada antara sahabat blogger menganjur Rumah  Terbuka. Entri kali ini mengenai bakar Satay pada hari Raya yang ke 5 bersama-sama adik ipar dari kampung. Perancangan untuk membakar Satay dirancang oleh adik-adik ipar sebelum Raya lagi. Adik-adik ipar hampir ke semuanya mengikuti aku pulang ke Kuala Lumpur.

Persediaan sebelum bakar Satay

Semua persedian membeli daging lembu dan ayam yang dibawa dari kampung. Berkumpullah adik-beradik ipar membuat perapan daging Satay dan mencucuk daging Satay. Ini adalah pengalaman pertama kami membakar Satay kerana kali terakhir arwah Pak Mertua membakar dan menyediakan perapan daging Satay.

Persediaan dan membakar SataySelepas Mahgrib bermulanya dengan membakar arang dan lama juga hendak menghidupkan bara api arang. Mulalah ada yang bergurau arang susah menyala kerana ada yang belum mandi lagi. Aku membeli arang kotak dan tidak tahu apa jenisnya kerana ia tidak mengeluarkan api tapi sebaliknya bara api yang agak lama berbeza dengan arang timbang menyala api yang boleh menyebabkan daging Satay terbakar dan hangus.

Abang Koning makan mengadap makan Satay

Puas juga kami makan Satay yang dibuat sendiri kerana saiznya besar-besar. Sempat juga kami memberi Satay kepada jiran tetangga. Pada saki baki bara arang yang tinggal kami membakar daging Ayam BBQ yang telah diperap dengan rempah selepas bakar Satay.



Related posts:

  1. Tema Hari Raya 2010 adalah biru
  2. Penangan lemang di Hari Raya
  3. Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya
  4. Kemeriahan dirasai pada Hari Raya
  5. Menjahit kaki seluar Raya abang Koning
Comments
  • Post a comment

    CommentLuv badge

  • budak69 October 3, 2011 at 4:17 pm

    Ermm sedap nyer satay………………….. i like….. tak bawak pon kat opis..hihihih :)

  • ohcikgu September 21, 2011 at 3:32 pm

    wahh..sedapnya sate..ni yang nak makan sate balik nih..
    ohcikgu recently posted..(Video) Undilah – Malaysia ini negara kitaMy Profile

  • chekgu naman September 21, 2011 at 2:25 pm

    fuh..meriahnya..lagi best kalau makan satay yg dibuat/dibakar sendiri kan?

  • faiz September 21, 2011 at 1:56 pm

    mmg sodap..lame tak makan satay…

  • Khidhir September 21, 2011 at 11:33 am

    kenapa.. kenapa.. kenapa sy bukan jiran biomed. kalau x ada rezki satay itu.. huhu
    Khidhir recently posted..Memastikan Kemampuan DNS Resolve Sesuatu Nama DomainMy Profile

  • nuriz September 21, 2011 at 9:51 am

    memang tensen tau nak bagi arang tu terbakar, arang timbang kot yang saya guna memang lambat la nak jadi bara. geram rasa..last2 sekali bakar je atas non stick pan huhuhu. mungkin arang kotak bagus kot..

  • Mus September 20, 2011 at 6:50 pm

    bestnya..
    aku raya tahun ni BBQ burung puyuh..

  • Ladfe Amir September 20, 2011 at 12:58 am

    orang rumah saya n adik beradiknya mmg hantu satay. Pernah juga kami bakar satay bersama beberapa tahun yg lalu waktu raya. tetapi kini lebih kepada membeli sahaja

  • ejoncb September 19, 2011 at 11:59 pm

    Fuh..sedap tu makan sate..kalau family saya, raya haji baru bakar sate..hehehe….

    • akubiomed September 21, 2011 at 10:31 pm

      Sambutan Raya Haji di Kelantan lebih meriah dari Hari Raya Puasa,

  • mancai September 19, 2011 at 11:34 pm

    seronoknya dapat berkumpul sambil bersantai bakar2 sate cam gini… meriah2

  • cikmin September 19, 2011 at 9:03 pm

    dah 2 tahun we all buat BBQ..next year nak bakar satay macam ni jugak lah…best2…seronok kan himpun keluarga gotong royong makan2 macam ni..lebih2 lagi musim raya…

    • akubiomed September 19, 2011 at 11:55 pm

      Malam yang kami bakar Satay tidak ada menu lain hanya Satay :-)

  • Kay Masingan September 19, 2011 at 8:21 pm

    sedapnya sate…:)

  • APAAJANEWS September 19, 2011 at 3:45 pm

    salam aidil fitri maaf zahir dan batin…ermmm ada acara bakar satay rupanya,,,kenapa tak jemput apaajanews buat liputan…he he he

    • akubiomed September 19, 2011 at 11:54 pm

      Salam Lebaran. Maaf Zahir dan Batin kepada bro.

  • adele September 19, 2011 at 11:25 am

    fakta mengenai diri sy..sy tak suka sate! hehe. pelikkan..kalo org bwk mkn sate..sy mkn dalam satu dua cucuk je.. :D

    • akubiomed September 19, 2011 at 11:53 pm

      Rugi bawa Adele sebab kurang gemar makan Satay :-)

      • adele September 20, 2011 at 1:11 pm

        hehe..takpe,bwk sy makan tomyam :D

  • bEe September 19, 2011 at 11:24 am

    Wah, mkn besau nmpk!!!!

    Best juga buat makan2 besar + mkn bersama2 :-)

    • akubiomed September 19, 2011 at 11:53 pm

      Memang puas makan beramai-ramai kerana semuanya menjadi sedap kerana suasana

  • eiela September 19, 2011 at 12:09 am

    bestnya makan satay, saya kalau makan satay, timun tuh dulu habis dimakan
    eiela recently posted..Taktik Licik Pencuri Masa KiniMy Profile

    • akubiomed September 19, 2011 at 11:52 pm

      Hmm..kelainan biasanya Timun dan Nasi Impit yang akhir sekali makan :-)

  • Amirez September 18, 2011 at 11:16 pm

    aktiviti bakar satay macam ni memang best. lagi2 kalau ramai yg join.
    eh, ada ek arang kotak? baru first time dengar. kalau baranya tahan lebih lama senanglah keje nak membakar

    • akubiomed September 19, 2011 at 11:51 pm

      Arang yang saya beli dibungkus kemas dengan kotak dan saiz setiap satu arang seragam. Kalau kebiasaan kita beli arang di kedai ia dalam pelbagai bentuk. Kelebihan arang ini adalah bara yang lama dan menjimatkan berbading arang biasa kerana sekejap ia menjadi debu.

  • Dulu Lain Sekarang Lain September 18, 2011 at 9:38 pm

    Family kawe dah lama tak bakar satay :D Selalunya kami GORENG ajer. Sonang sikit ehhh.. Plus cepat bila dimasak dan dimakan :D Anyway, time-time lepak2 gini sekeluarga mungkin enjoy gak buat aktiviti begini. Next time, jemput kami ehhh..

    • bEe September 19, 2011 at 11:24 am

      bEe juga!!!
      hehe~~~~

  • Pacifista September 18, 2011 at 9:04 pm

    uih…lama jugak tak buat aktiviti membakar satay ni bersama keluarga.rasa2nya last 2 tahun lepas.tu pun sebelum kawin.nak plan dengan adik beradik aku ni kalau nak buat aktiviti bakar satay ni.kalau tak,aku la yang bakar,aku jugak la yang makan nanti.hehe :p
    Pacifista recently posted..Highlight Bonus PacifistaMy Profile

  • cikguden September 18, 2011 at 7:59 pm

    setiap kali hari raya ke2 selalu bakar sate jugak. memang seronok

  • puanbee September 18, 2011 at 5:50 pm

    bestnya buat mcm ni .. kami ni tak dpt ler..semua duk rumah tinggi2 tp teringin jugak..

    • akubiomed September 18, 2011 at 6:14 pm

      Kalau buat BBQ rumah atas awan tentu ada yang ingat berlaku kebakaran kerana asap-asap berkepul-kepul naik ke tingkat atas. Baik beli Satay yang dah siap bakar :-)

      • Dulu Lain Sekarang Lain September 18, 2011 at 9:43 pm

        Buat atas bumbung gempak juga ehhh.. :wink:

  • MEKAR September 18, 2011 at 5:22 pm

    Meriahnya di rumah bro. ada aktiviti membuat dan membakar satay.
    Biasanya kalu buat sendiri, kita mesti nk buat saiz besar2 kan? baru puas nak makan. Nampak asap berkepul2 tu membuatkan lagi bertambah selera nya :-)

    pst: kat kampung sya buat satay masa raya korban sebab dpt byk daging masa tu
    MEKAR recently posted..Aktiviti Berkelah Di Hutan Lipur sekitar LangkawiMy Profile

    • akubiomed September 18, 2011 at 5:28 pm

      Kalau masa Hari Raya Korban selain dibuat sup akan dibuat masak Asam Daging dan diletak lemah,<—uish meleleh air liur

  • fatinmraz September 18, 2011 at 5:11 pm

    meriah! yang penting xtvt cenggini leh merapatkan hubungan adik beradik.

  • Kak Long Mawar Merah September 18, 2011 at 4:54 pm

    Kami hidang satay pada hari raya ke-2 tapi tak buat macam akubiomed buat tu. Bukan open house, cuma kami order aje 1000 cucuk, tapi ramai tetamu. Belum sempat tengah hari dah habis. Itu pun ada masak mee sup dan nasi campur. Kalau buat macam yang keluarga akubiomed buat tu, tentu seronok.

    • akubiomed September 18, 2011 at 5:19 pm

      Satay kalau dihidang memang akan dituju dahulu oleh tetamu :-) .

  • dnoBiz September 18, 2011 at 3:22 pm

    Satay buatan sediri ni memang best, sebab boleh ikut selera sendiri…, saiz pun mengancam.. nafsu tekak :D
    dnoBiz recently posted..Video Warna Anwar dan Eskay – Kenapa baju hitam jadi Putih ?My Profile

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:28 pm

      Betul tuh, saiz Satay tidak ingat. Ha..haa…

  • SS September 18, 2011 at 2:14 pm

    bestnya satay home made :D

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:29 pm

      Puas makan bro cuma letih sikit hendak mencucuk tapi adik-beradik ipar banyak membantu.

  • suri September 18, 2011 at 1:42 pm

    eh mintk sikit bro? satu berpa sen? heeee

  • ahmadyani September 18, 2011 at 12:18 pm

    Sesekali berkumpul sekeluarga, makan-makan satey atau makan bakar lainnya memang menyeronokkan. Bukan senang hendak kumpul sekeluarga bila semua sudah berkerjaya.

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:31 pm

      Betul tuh bro. Puas kerana makan anak – beranak. Jam pukul 10 malam sudah kemas tidak sampai lewat malam.

  • wazy September 18, 2011 at 11:46 am

    wahhh
    sedapnyer bakar satay,lama tak buat ni

    • suri September 18, 2011 at 1:43 pm

      nak buat jimat skit,klu mls blh beli,,klu rajin google je

    • dnoBiz September 18, 2011 at 3:23 pm

      Time macam gini memang best buat aktiviti macam ni Wan.. boleh bangkitkan semula suasana raya :D
      dnoBiz recently posted..Video Warna Anwar dan Eskay – Kenapa baju hitam jadi Putih ?My Profile

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:32 pm

      Saya tidak ada pengalaman menyediakan daging Satay dan bakar. Adik-beradik ipar banyak tolong membantu :-)

  • nizamghazi September 18, 2011 at 10:29 am

    Bakar satay ramai2 mmg nyum2
    Tgok gambar2 kat atas ni mmg terliur habis.
    Nak kena cari satay malam ni jugak

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:34 pm

      Daging Sataynya besar-besar bro. :-)

  • puteri September 18, 2011 at 8:47 am

    lamo eden xmakan satey/…………
    rindu………….

    terutama satey pasar malam semarak hehehe..
    40sen satu cucuk
    (rindu sebab harga paling murah)

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:34 pm

      Kalau kepingin boleh beli di pasar malam :-)

  • anif September 18, 2011 at 2:19 am

    Inilah yang dikatakan melakukan pembakaran terbuka tanpa rasa bersalah! :D
    Apa pun Satay memang sedap!
    anif recently posted..Malaysia’s David Beckham! – Safee SaliMy Profile

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:37 pm

      Ha..haa..betul tuh bro tapi bau asap dari pembakaran Satay boleh mengugat iman jiran tetangga :-)

  • Hairul Hissam September 18, 2011 at 1:35 am

    kalau berkumpul ramai2 dan ada aktiviti mcm nie memang seronok.. disamping merapatkan lagi hubungan saudara mara…

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:38 pm

      Ini adalah aktiviti kekeluargaan pertama dianjurkan diluar kampung halaman oleh adik beradik ipar

  • tehr September 18, 2011 at 12:49 am

    meriah2
    payah juga nak kumpul ramai2 ni
    tahniah, bro
    tehr recently posted..Kelayakan Olimpik 2012 | Jadual Perlawanan Bola SepakMy Profile

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:39 pm

      Terima kasih bro, adik-adik ipar ada yang berkereta jadi mudalah mereka mengujungi rumah saya

  • alamonline September 18, 2011 at 12:22 am

    Best dapat kumpul ramai-ramai then masak sama-sama. Memang nikmat tu. Dapat buat setahun sekali dah kira bagus.

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:55 pm

      Setakat ini belum merancang akan menjadikannya aktiviti tahunan

  • maza September 18, 2011 at 12:18 am

    wahhh. bestnya makan satay. .lagi2 bakar sama2 dgn family…

    ah, jealousnyaaaaaaaa

    • akubiomed September 18, 2011 at 3:56 pm

      Halaman tepi ruma Maza di kampung pun luas boleh buat aktiviti BBQ juga

  • adwa September 17, 2011 at 11:16 pm

    lama x melantak satay laaa.gulp! telan airliuq beb :P

    • akubiomed September 18, 2011 at 4:00 pm

      Kalau ke Kajang boleh cari Satay Hj Samuri

      • Kak Long Mawar Merah September 18, 2011 at 4:49 pm

        Sekarang ni banyak franchais Satay Hj Samuri di merata negeri, tapi ada masanya kualitinya ‘kurang’ sikit.

        • akubiomed September 18, 2011 at 5:19 pm

          Kilang Satay Hj Samuri ini berdekatan dengan rumah orang tua saya

      • puanbee September 18, 2011 at 5:49 pm

        saya suka ke kajang tuk makan satey je ..

  • nurmisnan September 17, 2011 at 9:21 pm

    wahhhhh…. bestnya.. rewang ramai2 pastuh
    bakar satay ramai2 pastuh makan ramai2…
    aku suka la family mcm nih..

    Lama betul tak buat satay sendiri…

  • isza September 17, 2011 at 7:04 pm

    wah.. makan besar tu..
    masa kecil2 dulu abah rajin bakar satay bila time dapat gaji. Kira makan spesel lah sikit. Semua abah yang buat. Mak goyang kaki jer..
    :)

Bloggers - Meet Millions of BloggersReal Time Web Analytics