Ais krim Malaysia vs Ais krim Koning

Ais krim Koning boleh melawan ais krim Malaysia

Musim panas dan cuaca terik memang sedap kalau pekena ais krim Malaysia yang ada bermacam-macam perisa oren, milo, anggur, bandung, koning jagung dan Asam Boi antara yang popular . Kalau mengimbau zaman sekolah rendah sekolah sesi pagi pada ketika balik sekolah tentu singgah kedai runcit ditepi sekolah untuk membeli aiskrim yang pada masa itu boleh dijual dengan harga 20sen. Sambil berjalan melalui perumahan teres dengan menyedut aiskrim sambil bergurau senda dengan kawan sekelas. Aku suka aiskrim Malaysia yang berperisa Asam Boi kerana selepas menikmati aiskrim akan dapat biji Asam Boi.

Ais krim Malaysia vs Ais krim koning.JPG

 

Ais krim Nestle MatKool Split[ad#nuffnang]

Baru-baru ini saudara Anif ada menulis entri mengenai aiskrim yang boleh dikupas. Kebetulan pula ada penjual aiskrim Nestle yang bermotorsikal beroda tiga lalu didepan rumah aku. Aku pun tanpa berlengah lagi macam anak-anak kecil yang ingin membeli aiskrim. Mata aku terus tertumpu kepada aiskrim yang boleh dikupas.  Aiskrim kupas atau yang nama sebenarnya adalah Nestle MatKool SPLIT mempunyai perisa vanila manakala kulit diperbuat dari jeli yang boleh dikupas ada perisa anggur dan mangga dijual pada harga RM1.20. Aku suka strategi  pemasaran Nestle dengan mempelbagai rangkaian poduk MatKool dan uniknya MatKool SPLIT ini perlu dikupas kulitnya macam mengupas pisang koning untuk menikmati isinya dan manakala kulit yang diperbuat dari jeli boleh dimakan.

Adik menikmti ais krim koning

p/s: kesian kepada Abang Ngah tidak dapat menikmati aiskrim kerana belum sembuh lagi dari batuk.

Related posts:

  1. Tiada lagi koning tapi kuning
  2. Adik nak koning
  3. Melangsingkan tubuh dengan diet yang sihat
Comments
  • iza hafiza March 7, 2011 at 12:09 am

    mak sy jual ice-cream malaysia lgi tp utk bdak2 je lah..he3 dlu kecik2 suka tunjuk kat kwan2 yg sy boleh mkn ice-cream byk2.. skrg dh bsar sminggu skli je lah hu3…

  • decrewz March 3, 2011 at 5:14 am

    Sekarang ni jarang jumpa dah ais krim malaysia tu.. Kalau dulu kat kampung, ramai je makcik2 yang buat, jai ngan adik2 slalu la beli kat umah makcik tu..

  • dnoBiz March 2, 2011 at 10:49 pm

    aku suka ais krem bubur kacang hijau
    dnoBiz recently posted..Artis Tak Bermoral – Tanggungjawab siapa sebenarnya My Profile

  • diden March 2, 2011 at 9:33 am

    waaaaa… best pulak aiscream korning nih

  • ieda al-habsyi March 2, 2011 at 7:51 am

    abang ngah, semoga cepat sebut, leh menikmati eskrem koning bersama2 makcik ieda nih, hehehhe! eskrem split tu memang sodap, kegemaran makcik yg buyong ni ok! hehehe :)
    ieda al-habsyi recently posted..SENARAI KOSMETIK YANG MEMBAHAYAKAN JANINMy Profile

  • yonna March 2, 2011 at 1:29 am

    kalau aiskrim milo tu, yg ada line hitam tu la paling nikmat n sedap! rasa lemak jeee milo tu haha

  • suri March 1, 2011 at 10:25 pm

    minta sikt hahh..

  • Sabahan Bloggers Club March 1, 2011 at 10:04 pm

    Ni blogger buat ikan free ni, mana tak aiskrim Malaysia kalah…. :P :P :P
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Google US new search algorithms improvementMy Profile

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:42 am

      Ha..haa..jangan macam tuh. Alangkah Nestle boleh lantik jadi duta produk muka :-)

  • Notakaki March 1, 2011 at 5:00 pm

    ais krim yang boleh kupas..idea sape la ni..genius la..skarang ni orang fikir benda pelik2 ya.. semuanya di luar jangkauan.. (sedap jgk nengok ais krem ni..7eleven ada eh..kena pi cari ni..hehe)

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:42 am

      Saya pun terpengaruh kerana saudara Anif :-)

  • Zida March 1, 2011 at 4:44 pm

    Ehhhhhhh sejak bila pulak ada eskem yang boleh kupas macam pisang. Ohh myy baru ku tahu. Kena cari ni before balik Egypt! haha :)

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:41 am

      Sebelum balik Zida boleh cuba dan belanja anak buah. Bila nak berangkat pulang ke Mesir?

  • Norasikin March 1, 2011 at 11:18 am

    Betul la strategi marketing yang selalu mereka praktikkan.
    3 kali siar iklan baru kita perasan
    3 kali perasan baru kita nampak
    3 kali nampak baru kita teringin
    3 kali teringin baru kita beli

    Lagi banyak iklan yang sama disiarkan lagi kuat keinginan orang untukmembeli

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:41 am

      Sebenarnya flashing berulang-ulang dikaca tv akan mempengaruhi minda bawa sedar.

      Tidakkah hairan kita melihat banyak billboard disepanjang lebuh raya?

  • Johari Hamzah March 1, 2011 at 7:30 am

    wah.. mcm best jew aiskrim matkool tu.. dah lama tak beli aiskrim2 camtu..

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:37 am

      Boleh cubaba nanti kalau berminat :-)

  • suri February 28, 2011 at 9:38 pm

    suka icerm pedel pop hee…seb warna dia warna pelangi heee

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:35 am

      Ais krim Paddle Pop untu merasa semua jenis perisa

  • fikryn February 28, 2011 at 9:19 am

    Anak aku panggil aiskrim pisang. Sebab dia boleh dikupas macam pisang. Mula2 tak faham apa maksud aiskrim pisang, bila tengok cara dia makan.. baru aku tahu… mcm2 lah sekarang ni.

    Koning pun sodap..

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:35 am

      Ha..haa..betul yang koning pun sedap

  • aimannajmy February 28, 2011 at 4:14 am

    wahh kenapakah aku baru tahu pasal eskrem kupas ni..ish ish outdated sungguh, dah lama tak makan eskrem sebenarnye hehe

  • tehr February 28, 2011 at 2:22 am

    ais krim malaysia, ya?
    aku suka kalau isinya bubur kacang
    hehe

    • suri February 28, 2011 at 9:46 pm

      citarasa kirta samalah heeee..terasa subgguh kacangnya klu kita bubug byk dln tiub plastik tuh

  • maza February 28, 2011 at 12:41 am

    hahaha… samalah.

    lepas terbaca entry si anif tempoh hari, malam nya terus cari aiskrim tu.. haahaha

    tapi aiskrim malaysia memang nostalgialah..
    pilihan utama dulu2 memang aiskrim malaysia asam boi.. hahhaa

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:34 am

      Kawasan saya kalau nak cari kena tunggu penjual ais krim Nestle lalu baru dapat :-)

  • Fitrihadi February 28, 2011 at 12:18 am

    eh boleh kupas macam pisang?? wuu hebat.. ini makan time panas tengah hari memang heaven ar…
    Fitrihadi recently posted..Mesti Baca 5 Youtuber Terbaik Abad Ini Inspirasi Kepada Semua Vlogger Serta Blogger MalaysiaMy Profile

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:33 am

      Betul boleh kupas macam pisang

  • donny February 27, 2011 at 11:52 pm

    wow sedap nya… nak satu bro hehe

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:33 am

      Bro Donny murah sahaja kerana harga runcit RM1.20sen sahaja

  • syah February 27, 2011 at 11:51 pm

    mmg best makan aiskrim asam boi tu.. last makan sem lepas.. hehe..

    • akubiomed March 2, 2011 at 12:30 am

      Ais krim Asam Boi adalah kesukaan saya

  • Nur February 27, 2011 at 1:38 pm

    Wah nampak sangat sedap.. Kena pergi cari ni sebab nak rasa.

    • akubiomed February 27, 2011 at 10:11 pm

      Cari sahaja dekat 7 Eleven

  • Pemerhati Dunia February 27, 2011 at 1:07 pm

    Wah, first time dengar. Nanti saya cuba. Mcm sedap je bunyi.

    • akubiomed February 27, 2011 at 10:10 pm

      Cuba jangan tak cuba. Aiskrim Nestle Matkool Split ini turut dijual di 7 Eleven

      • Pemerhati Dunia February 27, 2011 at 10:50 pm

        Tukang promote nampak. side income ke…

        • akubiomed February 27, 2011 at 10:52 pm

          Tidak dapat apa-apa pun :-) sebab di 7 Eleven paling senang nak dapat Nestle Matkool Split nih

  • pipoq February 27, 2011 at 12:16 pm

    wow..baru tau ada aiskrim kupas tu..nanti nak cari gak la..

    anak aku tu memang hantu aiskrim..kalo beli yg 1.5 liter tu memang dia habiskan sorang je..dalam peti sejuk pun kena sentiasa ada aiskrim..kalo rajin sikit baru la buat aiskrim Malaysia tu untuk makan sambil santai tengok TV.

    • akubiomed February 27, 2011 at 10:09 pm

      Saya bermusim juga beli aiskrim sebab isteri dan anak-anak ada lelah

  • Mus February 27, 2011 at 10:28 am

    anak aku lain macam jer tengok aiskrim ni.. mcm berkenan jugak
    Mus recently posted..Sedap Ke Buat Projek Malam MingguMy Profile

    • akubiomed February 27, 2011 at 10:09 pm

      Nampaknya berkesan startegi Nestle MatKool Split :-)

  • Zik February 27, 2011 at 2:51 am

    lama tak makan aiskrim nih… dah elok batuk nih.. boleh sekali dua.. huhu
    Zik recently posted..Pencipta mesin pengeluar wang automatik ATMMy Profile

    • akubiomed February 27, 2011 at 10:08 pm

      Kalau batuk belum baik tangguh dulu nanti berulang kembali batuk tersebut

  • Ladfe Amir February 27, 2011 at 2:03 am

    dah lama aku tak makan aiskrim yg dibeli sendiri pastu makan sorang2. selalu nya aku beli aiskrim dlm mangkuk.perisa tetap sama iaitu perisa coklat.

    • akubiomed February 27, 2011 at 10:07 pm

      Saya pun suka coklat perisa coklat juga

  • ARieF February 27, 2011 at 1:44 am

    wah..
    tringat blik aiskrim malaysia dulu2..
    sedap dan murah..

  • zulkbo February 27, 2011 at 12:44 am

    salam..
    ermmm..suka juga ais krim ni..
    sellau makan New Zealand ais krim
    KLCC..yum..yummm
    zulkbo recently posted..Meninggal Dunia Akibat Bermain Game InternetMy Profile

  • sop February 27, 2011 at 12:16 am

    skrg ramai yg malas nak buat ais krim Malaysia sbb kena bancuh, lambat nak letak dlm plastik pastu nak ikat..
    beli lg senang… huuhh

  • akubiomed February 27, 2011 at 12:04 am

    Saya tida tanya pula pada penjual aiskrim tadi tapi saya beli perisa Vanilla cuma kulitnya sahaja berperisa berlainan

  • Nadri February 27, 2011 at 12:01 am

    mmg kreatif sungguh nestle nie…sapa sangka aiskrim blh ada kulit mcm pisang…perisa durian ada tak bro???

  • afique February 26, 2011 at 9:46 pm

    eee jeli tak suka. =P
    aiskrim malaysia faveret, perisa jagung! =D

    • akubiomed February 26, 2011 at 11:13 pm

      Jeli ini tidaklah terlalu cecair bak kata orang puteh ‘Just nice’

  • padin February 26, 2011 at 9:16 pm

    errr sekarang pon mak aku masih jual aiskrim Malaysia nih, anak jiran nak makan hehee.. memang syok aiskrim asam boi,

    • akubiomed February 26, 2011 at 11:14 pm

      Isteri saya dulu rajin buat ais krim kerana kedudukan rumah memang strategik laluan budak-budak sekolah

  • Amirez February 26, 2011 at 8:48 pm

    panas2 macam sekarang ni memang best makan aiskrim. tapi harga aiskrim sekarang ni dah mahal, tak macam zaman sekolah dulu

    • akubiomed February 26, 2011 at 11:15 pm

      Ada ais krim dijual pada harga bawah RM1 pun sedap juga

  • tengkorak emas February 26, 2011 at 7:42 pm

    batuk juga ni..bakal publish entri berkenaan vs juga..hehe
    hari tu ada baca kat blog bro Anif, ingatkan kuning je, ada warna lain juga ye..menarik dan unik

    • akubiomed February 26, 2011 at 11:15 pm

      Isi masih perisa sama iaitu Vanilla tetapi kulit sahaja berlainan perisa

      • Ismail N February 27, 2011 at 2:40 pm

        kalau yg hijau tu pisang muda..
        Jangan lepas ni ada aiskirm kelapa lak. Mahu pakai kapak nak bukak kot.. :D

        • akubiomed February 27, 2011 at 10:02 pm

          Haa..haa..biar betul. Kesian-kesian :-)

  • suffer8zine February 26, 2011 at 7:29 pm

    menelan air liur kejap

    Terkini : Akuarium Paling Kecil Di Dunia

    • akubiomed February 26, 2011 at 11:16 pm

      Jangan setakat telah air liur terus sahaja cari aiskrim :-)

  • ohcikgu February 26, 2011 at 7:12 pm

    emm..dah lama tak makan aiskrim jagung tu. saya lebih suka aiskim milo. hehe..

    • akubiomed February 26, 2011 at 11:17 pm

      Ais krim perasa Milo sedap juga :-)

  • anif February 26, 2011 at 6:59 pm

    Hahaha.. sudah berjangkit sampai sini :)
    anif recently posted..Perkhidmatan MyBlogLog Akan DitamatkanMy Profile

    • akubiomed February 26, 2011 at 11:17 pm

      Memang sah sudah berjangkit. Jumaat lepas cari juga aiskrim Nestle MatKool tidak jumpa

    • Ismail N February 27, 2011 at 2:39 pm

      Aku pun cari.. belum ketemu lagi. Nasib hang la bro dapat jumpa..
      Petang ni kawe kena operasi cari aiskrim la kot :D

Bloggers - Meet Millions of BloggersReal Time Web Analytics