WordPress 3.3 baru lebih responsif.
WordPress 3.3 turut dikenali dengan panggilan “Sonny”.
WordPress 3.3 turut dikenali dengan nama “Sonny” sempena nama peniup saksofon Jazz berkulit hitam Amerika yang tersohor iaitu Sonny Stitt. Beberapa ciri-ciri baru diperkenalkan untuk WordPress 3.3 diantaranya:-
- Proses memuat naik gambar, video dan lagu lebih mudah dengan diperkenalkan ciri drag-and-drop uploader. Format fail rar dan 7z boleh untuk digunakan pada uploader.
- Rekabentuk dashboard telah digabungkan Admin Bar dan Admin Header.
- Rekabentuk yang responsif dapat menyesuaikan saiz skrin termasuk iPad dan Tablet PC.
- Tidak akan kehilangan widget pada theme lama apabila menukar theme baru.
- Kemudahan mengimport Tumblr kepada WordPress.
p/s: Theme blog AkuBiomed tidak ada masalah untuk ketika naik taraf ke WordPress 3.3.
err…saya belum sampai lagi ke tahap self hosting ni..perlu belajar banyak lagi ni..
versi terbaru lagi senang nak upload gambar rasanya, sekadar pandangan
sekarang dah ada 3.4.1 kan,. masih setia guna 3.3 kot,. hehe,. masa tuh try guna versi latest 3.4 .. Habis semua plugin xleh nak guna trmasuk nak activate dan deactivate,.. so malas nak fikir panjang terus downgrade ke versi asal,. hehe,.
Iya ni cepet banget updatenya ya.. malah sekarang dah versi 3.4.2
Blog aku ada masalah lah dengan WP yang baru nie.. bila dah upgred tak boleh nak post apa2. nak upload gambar pun tak kluar2 lagi.. tak tau nape..dah 2 hari dah tak dapat updated post.. tension tol
boleh dowgrade kw versi asal secara manual guna filezilla..
Makin lama makin mantap. Kita sebgaim pengguna pun seronok menerokainya 🙂
Sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh WordPress untuk menjadikan ia antara app pilihan blogger. 🙂
rasaya setiap update wordpress ni nama update tersebut mesti ada kena mengena inspirasi jazz. terbaek 😉
memang interface yg sngt minimal and nice !
dah upgrade alhamdulillah tak ada masalah..selalunya bila ada version baru, banyak features yg lama ditambahbaik
saya tak tukar lagi, nak tuggu dulu lama sikit hehe, skrg pun rsa dah ok
tukar lah 🙂 mesti tak nyesal
dah upgarede juga , tak de masaalah , terasa lebih laju dashboard 3.3 dari sebelumnya , sebelum di naik taraf , blog saya agak susah nak upload gambar , kena refresh 2-3 kali untuk mode visual , pelik
aku suka fungsi drag tu. memang best. haha..
Memudahkan kerja sebenarnya sepatut sudah ada lama fungsi drag ini. 🙂
blog saya pun tiada masalah dengan versi 3.3 😀
sedap ke pakai wordpress nie…nampak macam susah je
biasa jer,. lebih mudah pun ader,. 🙂
Saya tak upgrade lagi sbb takut hilang apa2 yg penting. But since dah buat review kat sini, dengan senang hatinya saya akan upgrade terusss…yeayyy! haha
aku tak tukar lagi ni
bila la nak buat
yang dok ada sekarang ni aku dah suka sangat dah
Setakat ini plugin dan theme tidak masalah dengan versi baru WordPress 3.3. 🙂
malas nak upgrade dah, nnt mcm2 kena edit kt cpanel terutamanya ikon smiley..selalu je hilang kalau upgrade..huhu
sama la….wat masa ni selesa ngn yg ada..mungkin klo ada masa..baru upgrade
Antara ciri baru WordPress 3.3 adalah bila bertukar Theme baru, widget lama akan kekal tidak macam dahulu kena set dan susun semula. Apa pun menaik taraf versi WordPress 3.3 ini adalah tanggung sendiri.
Rasanya ia tidak memberi kesan kecuali apabila tukar theme mungkin tidak compatible.
Bila hendak betulkan plugin CommentLuv?
Memang cantik dan lebih kemas WordPress 3.3 / Sonny.
Apa yang saya suka adalah ruang dashboard telah di minima dan menu tidak lagi banyak dan semak. Menu sebelah kiri pula macam beri bantuan kepada yang pertama kali guna WordPress boleh merujuk disitu.
wah! anjakan paradigma. 🙂
He..hee..”big word” padahal naik versi sahaja.
WP 3.3 features terbaru dia erbaik tp ada jg masalah bkaitan plugin xcompatible, tp buat masa skg ok lagi plugin yg digunakan kat blog..xda masalah
Biasanya boleh tunggu sehingga plugin dapat menyesuaikan dengan versi baru WordPress.
aku trus upgrade selepas dpt berita dr WordPress.. aku ada try versi beta ari tu, fungsi yang paling aku suka drag & drop. Senang giler keja nak upload multiple images 🙂
yup, drag & drop terbaik 🙂
Senang kerjakan bro apabila banyak sangat folder gambar yang bagus uploader ini auto detect format fail.
Bro lainlah memang bidang IT macam saya perlu tunggu “official release” baru berani pasang. 🙂
saya pon dah upgrade, xda masalah, cuma kalau tanya saya, saya x berapa suka sangat interface dashboard yg baru ni, terlalu simple yg bar sebelah kiri tu, semua mcm nk short kan, kene sentuh baru keluar all post, add new, categories. saya x suka cara mcm ni sebab x nmpk dengan jelas spt sblm ni yg terbuka semuanya
Antara minimalis yang dilakukan adalah meletakkan semua menu di satu tempat tidak ubah macam “start menu” pada Windows. 🙂
dah macam moto lak…makin beso, makin mewah widget2 tambahan yg diberi…hehehe
Dah tukar ker 3.3..setakat ni tak ada masalah semuanya cantik dan plug in pun ok…
Kalau macam itu boleh tarik nafas lega. 🙂